Gold Coast Day 1 - Surfer Paradise

Tujuan ke Gold Coast sebenarnya nak bawak Cik Sofea kami berjalan-jalan tengok kanggaru. Oleh sebab itu, itinerary yang dibuat tak padat, simple dan relax sahaja. Kitorang ke Gold Coast 3 hari 2 malam, sangat singkat kan. Tapi sebab time tu masing-masing tengah sibuk dan tak boleh amik cuti lama, pada masa yang sama nak jugak gi berjalan, Fazri beli jugak tiket flight. 

Sampai ke Gold Coast Airport dalam pukul 11 pagi. Dari Airport naik bas ke Blue Waters Apartment, dalam kawasan Surfer Paradise. Apartment ni kitorang book dengan harga RM310/night, tapi memang berbaloi-baloi dengan harga dia. 1 bilik, ada ruang tamu, dapur, siap ada mesin basuh & drier lagi. Apartment ni pun dekat dengan tepi laut. 

Berehat-rehat sekejap sebelum keluar ke kawasan pantai. Masa kitorang datang sana pantai tu tutup, tak sure kenapa, air pasang agaknya, tak sesuai nak surfing. So tak nampaklah minah saleh seksi berjemur, hampa betul Fazri time tu, hahaha.


Survey kawasan di Surfer Paradise




Beach close today

Surfer Paradise 

Surfer Paradise 


Tak ada apa yang menarik sangat kat Surfer Paradise ni, kitorang jalan-jalan jer tengok gelagat orang. Lepas tu balik hotel.




No comments:

Post a Comment