Cameron Highland - Brinchang and Tanah Rata

Date : 23 July 2016

Dah alang alang turun Cameron n, rugi la kalau tak menyinggah kan..

Cameron Highland, what do you expect. Its all about strawberries, teas, vegetables and flowers. Rasanya hampir semua orang yang ku kenal pernah pergi ke sana. Aku pun dah 4-5 kali jejak ke sini. So..nak tulis banyak pun tak guna la kan..

Cume yang best nye kali pergi dengan gegirl je..Biasalah geng gegirl ni banyak abis masa selfie, so aku ada banyak masa ambil gambar dan test baby baru, hehehe (thanks Fazri for the gift). So kita layan gambar saja lah ya...

Ladang Starwberry Memetik Sendiri, macam tak kena pulak ayat dia ni, hahaha. Nak pergi yang dalam dalam macam tak sempat. Yang ni tepi jalan saja di Brinchang.

Fresh Strawberries

Strawberry ice cream. RM1 each

Strawberry jam..yummy

Sate strawberry with chocolate dip (not in the picture)

Punyala banyak dia borong

Tea plantation in Tanah rata, tepi jalan saja..kalau yang masuk dalam tu lagi cantik kan..

Cafe at the tea plantation

Original Cameron tea, fresh from the plantation

Tea plantation







Feeling feeling comel la tu..anak aku pun tak perangai camni haha

Souvenir shop at the tea plantation 

Tea with different flavour

Sweetcorn, yummy

Singgah beli untuk mak mertua

Roses

Red roses

Lavender (rasanya la..)



Strawbery..tak masak lagi

Sunflower

Sempat lak dia menyinggah kat sini


One of the nursery in Cameron Highland


Cameron Highland - Mount Irau

Date : 22 Julai 2016
Place : Mount Irau, Brinchang, Cameron Highland

Nak cerita pertama kali hiking naik ke gunung. Sebenarnya aku memang suka aktiviti-aktiviti dalam hutan macam jungle trekking ataupun camping. Cuma aku jarang ikut sesiapa saja semenjak dah beranak pinak ni. 

Dulu masa muda remaja selalu gak la ikut ayah aku camping masuk hutan. Masa tu sebab nak mandi sungai adik- beradik. Masa universiti pernah la gak ikut kawan kawan camping dan berjungle trekking. Lepas kahwin terus memeram kat umah..sebab boyfriend aku bukannya jenis suke aktiviti outdoor macamni. Ada juga sesekali naik bukit kecil kecilan saja masa travel..

Masa adik aku ajak join trip hiking ke Mount Irau ni aku teragak agak juga nak join. Sebabnya kalau ikutkan fitness memang makcik tak sanggup ler nak manjat gunung la ni...naik tingkat 8 pergi ofis pun semput separuh jalan.

Tapi bile terkenangkan Mount Irau yang sangat cantik tu..aku gagahkan juga menerima pelawaan adik aku tu. Peluang bukan datang selalu kan. Pancit tak pancit tu belakang kira, hahaha.

Aku memang dah lama survey Mount Irau ni..yang dikatakan antara hutan tercantik di Malaysia. Aku ni memang suka google gambar gambar landscape di internet, lepas tu berangan berangan nak sampai tempat tu.

Mount Irau terletak di Brinchang Cameron Highland, Pahang. Ia adalah gunung ke 15 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2110 meter dari paras laut. Dikenali juga sebagai Mossy Forest disebabkan terdapat lumut bersepah sepah di setiap bahagian hutan ini. Gunung ini terletak betul betul di antara border Pahang dan Perak.

21 Julai 2016 lepas isyak aku drive ke Cameron Highland bersama Munirah dan kawan pompuan dia..Cuak juga wei drive tengah tengah malam naik jalan sempit ke atas tu. Manala tau..harimau melintas tengah jalan ke..Alhandulillah jam 2.30 pagi sampai di Masjid Brinchang. Pekan Brincang macam dead town pagi pagi buta tu. satu kereta pun tak ada atas jalan raya. Aku tido sekejap dalam kereta sementara menunggu team dari Kelantan sampai. Jam 3.30 baru diorang sampai, dan kami dibawa ke rumah sewa. Sempatlah aku tido lagi barang sejam dua..

Jam 6.30 bangun siap-siap dan sarapan. Masa ni barulah sempat berkenalan dengan kawan kawan baru 13 orang dari Kelantan ni. Semua sekali termasuk kami 7 perempuan yang lain lelaki.

Selepas breakfast kami menaiki 4x4 ke Starting point Mount Irau. Untuk naik ke atas ni jalannya sempit dan berliku melalui lereng bukit dan tea plantation. Dalam 5km jaraknya.



Starting point Mount Irau. Sampai sini dalam jam 9.00 pagi, masih sejuk dan berkabus lagi..

Selepas sesi breifing kami bergerak masuk ke hutan. Trail ke Mount Irau dimulakan dengan tangga sejauh 800m...lepas tangga tu barulah trail sebenar bermula. 

Trail Mount Irau ni memang berakar dan berselut. Akar-akarnya besar, sometimes ada juga yang tajam. Di antara akar akar tersebut adalah selut yang agak tebal juga lah..

Personally trail ni okay untuk level fitness aku. Banyak turun naik turun naik jadi tak penat sangat. Kami hike pun relaks relaks saja tak mengejar masa sangat. Lagi satu, hutan ni sejuk..so aku taklah dehydrated sangat. Sepanjang hiking turun naik aku minum lebih kurang 500ml saja.


Selfie dalam hutan itu wajib.

It was an amazing scenery along the journey to the mount peak. But somehow i felt not welcomed by the forest. It was beautiful, yet cold and a sad forest. There were no other living beside the trees and the moss. I felt that the forest embracing humanbeings deeper into it's heart reluctantly knowing that they were there just to make spoil. It couldnt do anything about it. It couldn't even screaming. Or it screams but no one listen to it. 

Knowing that the mosses are very sensitive, i tried my fully best not to touch and spoil it. 

These are the photos taken during our trip to the mount peak. Bear in mind, the photos didnt do justice as the real scenery was much way beuatiful than in the pictures.










Lebih kurang 2 jam setengah kami tiba di Mini Irau. Mini Irau adalah kawasan lapang sebelum sampai ke Irau Peak. Kecil saja tempatnya..cukuplah untuk kami berehat beramai sebelum teruskan hike.






Dalam 10 minit kami berehat di Mini Irau. Lepas tu terunkan perjalanan ke Irau Peak pula. Trail ni ambik masa dalam 1 1/2 jam. Believe me..scenery dalam hutan ni semakin cantik lepas mini irau. hutan lumut semakin tebal..Rasa macam dalam pengembaraan lord of ring pula..Mesti ambil gambar untuk kenangan, kalau tak menyesal...macam aku. Sebab penat, aku tak ambil gambar betul2..main snap snao je..tu pun tak banyak..bila sampai rumah baru menyesal rasa macam nak naik balik..


Sebelum sampai ke puncak.

Mount Irau, Cameron Highland



Mount Irau, Cameron Highland








Dalam jam 2 petang baru sampai ke puncak Irau..Kawasan nya tak besar sangat, cukup lah untuk kami berehat rehat. Masa ni terserempak dengan satu kumpulan cina dari Kelantan. Wah..nyonya nyonya pun kuat lagi naik gunung wei..tapi diorang kata memang tiap minggu diorang aktiviti2 macam ni.

Pemandangan daripada gunung memang cantik. Dari atas ni boleh nampak gunung gunung lain dan juga tea plantation. Tapi sekali lagi, tak ada gambar. Sebab tak sampai 5 minit kami sampai hujan turun, keadaan jadi berkabus. Nak keluarkan camera pun tak sempat.



At the mountain peak

Kami di atas puncak gunung ni selama setengah jam. Jam 2.30 petang kami turun. Masa turun gunung ni memang haru sangatla..Hujan, basah, sejuk, licin, berselut, penat, semua ada. Dalam 4 jam juga kami ambik masa untuk turun..Masa ni kami berpisah pisah. Yang laju dah ke hadapan, Yang kura kura macam kami belakang sekali..Ada yang injured, jam 8 baru sampai ke starting point. Group kecil kami jam 6.00 petang baru sampai ke anak tangga.

Masa ni masing masing menggigil sejuk. Sempat pulak masak maggi kat tangga tu. Tiba di starting point powil dah siap menunggu untuk membawa kami pulang ke pekan Brinchang.

Personally bagi aku experience hiking ke Mount Irau ni adalah antara yang tak dapat dilupakan. If you love nature, Mount Irau is of the places in Malaysia you should go at least once in a lifetime. Trailnya tak sesusah yang disangka. Dan okay untuk orang orang yang tak pernah hiking macam aku ni. Yang penting berhati hati, dengar cakap dan tak berlagak. The most important thing you will need is your mental strength and the determination to finish the journey.