Hari kedua di Krabi..
Hari ini plannya nak pergi Island Tour. Di Krabi ni ada beberapa island tour yang boleh dipilih. Antara yang famous :
1. Phi Phi Island
2. 4 Island Tour
3. James Bond Island
4. Hong Island
6. 7 island sunset Tour
Tour package ni senang nak beli di Ao Nang Beach. Sepanjang jalan bersepah sepah company yang jual pakej. Cuma rajin tak rajin je nak survey satu satu kedai. Kami beli pakej ni malam sebelum tour date. Disebabkan dah malam dan penat naik flight bagai, kami taklah menyinggah semua kedai untuk survey. Adalah 2-3 kedai yang kami bertanya. Akhirnya kami singgah di sebuah kedai..yang aku tak ingat apa nama kedai tu..tapi kedai tu kaler pink dan ada tulisan "maklumat perlancongan" haha..
Sebenarnya kami pun tak tau pakej mana yang kami nak join, tapi orang kedai tu suggest Phi Phi Island (of coursela sebab Phi Phi Island yang paling mahal, haha). Sebab aku pun tak sempat nak survey banyak-banyak, ikut je lah cakap dia. Lagi satu dia bagitau Phi Phi Island ni banyak singgah pantai so sesuai untuk budak- budak..Okay la..layankan.
Aku rasa harga untuk Island tour ni lebih kurang sama saja setiap company (ranging untuk Phi Phi 700-1000). Kalau rajin survey boleh dapat 700. FYI, harga dalam katalog memang diorang akan letak jauh lagi mahal. Katanya harga untuk mat saleh.. Contohnya macam Phi Phi Island ni, dalam katalog 1800bath/adult. Tapi bila Fazri mintak kurang terus dia bagi 1000bath, yang aku rasa boleh lagi dapat kurang sampai 700bath (tapi malas nak tawar menawar malam-malam camni). Lagi pun dia bagi free je untuk anak aku. Sepatutnya 5tahun ke atas kene bayar, tapi boleh lak orang tu suh aku menipu esok bagitau kat tourguide anak aku baru 4 tahun sebab kecik sangat, hahaha.
Oh ya..untuk island tour ni korang boleh naik speed boat atau tail boat. Aku rasa naik speedboat lagi sesuai kot, sebab pulau-pulau dalam tour ni agak jauh- 30-40 minit naik bot dan ombak juga agak tinggi. Kalau naik longtail lambat pulak nak sampai.
Phi Phi Island Tour
Mulanya aku ingatkan Phi Phi Island Tour ni cuma pergi ke satu island, rupa rupanya dia menyinggah juga beberapa tempat.
Untuk tour ni ada bebarapa tempat kami akan menyinggah.
1. Bamboo Beach - bermandian
2. Viking Cave - singgah sekejap saja ambil gambar dari atas bot
3 Lohsamah Bay dan Pileh Bay - tak turun bot juga, ambil gambar dari atas bot
4. Maya Bay - Turun beach (optional, kami tak sebab terlalu ramai umat manusia di sana)
5. Monkey Beach - Tak turun bot
6. Phi Phi Don Island - lunch dan bermandian
7. Hin Klang - snorkeling
Oh ya, tourguide kami perempuan Thailand. Daa namanya a.k.a Rhihanna. Dia ni garang, tapi lawak gila. Tapi aku rasa patut jugak dia ni garang, supaya senang orang dengar cakap dia, terutamanya tourist dari Tanah Besar China tu yang tak berapa nak dengar cakap tu (opss statement bukan racist, tapi memang tak dengar cakap).
Dalam speedboat ada dalam 20 orang, dari Ireland, Denmark, Canada, China, Singapore dan kami dari Malaysia.
So bermula lah episode island tour yang aku rasa agak seronok la juga. Yang paling seronok mesti la Sofea, tak sabor sabor nak mandi beach katanya. Aku sebagai ibu mithali ikutkan je la, hahaha.
Bamboo beach
Lohsamah dan Piley Bay
Viking Cave
Sebenarnya tak nampak sangat guanya tu...tengok dari luar je, Rihanna kata gua ni tempat burung bersarang je.
Phi Phi Don Island
Di sini kami singgah untuk lunch dan relaks selama 2 jam. Aku rasa pulau ni majoriti muslim, sebab kebanyakan penduduk tempatan pakai tudung. Kami lunch di kantin yang disediakan. Makanan di sini semuanya halal dan memang sangat sedap. Bertambah tambah aku makan.
Tourguide kami Rihana berasal daripada sini. Menurutnya pulau ini adalah salah satu mangsa Tsunami pada tahun 2004. Salah seorang mangsa adalah abangnya sendiri. Tapi sekarang aku lihat tak ada tanda tanda peninggalan Tsunami pun di sini. Dan Subhanallah ramai betul umat manusia di sini. Menurut Rihanna pelancong-pelancong daripada Phuket pun datang ke sini juga.
Kalau ke sini jangan lupe untuk merasa home made Coconut ice creamnya yang memang sangat sedap. Aku siap beli dua kali lagi.
Aku macam biasalah, cari port bawah pokok. Puteri lilin katakan..
Lepas tu ramai pula yang datang park bawah pokok depan aku. Macam tak nampak pulak aku betul2 belakang dia. Menghalang pemandangan sungguh. Apa salahnye ke kiri sikit huhu.
Hin Klang
Kami singgah di Hin Klang untuk snorkeling. Aku dan Sofea tak snorkeling pun, tengok tengok ikan dari atas bot saja. Ombak di sini agak kuat juga.
Nak ambil gambar laut, tapi Tom Cruise nak interframe gak..layankan je..
El Yucateco Black Label Reserve Chile Habanero - Mapyro
ReplyDeleteGet 고양 출장안마 directions, reviews and information for 구리 출장안마 El Yucateco Black 영천 출장마사지 Label 군산 출장마사지 Reserve Chile Habanero in El Yucateco, CA. 밀양 출장안마