Bukit Tinggi Indonesia

Destinasi: Bukit Tinggi , Padang Indonesia
Tarikh : 23 - 25 November 2012


Trip ke Bukit Tinggi Indonesia ni dimanage sepenuhnya oleh yang dikasihi Encik Fazri. Masa ni aku tengah sibuk sangat di tempat kerja. Masa dia kata ' Jom pergi Bukit Tinggi' aku iyerkan saja, lepas tu dia tunjuk flight ticket kat aku. Aku ingat dia ajak pergi Bukit Tinggi kat Pahang tu, rupanya Bukit Tinggi di Indonesia. Aku tak begitu familiar sangat dengan tempat ni. Google punye google baru la dapat tau serba sedikit pasal tempat ni. Kami pergi sekejap sangat, 3hari 2 malam. Itu pun hari ketiga flight awal pagi, kiranye dapat satu hari setengah sahaja kat sana.

Dari LCCT kami diterbangkan ke Minangkabau International Airport di Padang. Rupa-rupanya dari Padang nak ke Bukit Tinggi ni kene naik kereta ke tanah tinggi. Perjalanan lebih kurang macam naik Cameron Highland, tapi lebih jauh. Fazri pulak tak book transport awal-awal, main redah jer. Dari airport kami ambil teksi ke Bukit Tinggi. Perjalanan ambik masa dalam 4 jam. Nak dijadikan cerita teksi kitorang sangatlah buruk, macam prebet sapu. Itu boleh tahan lagi, yang tak tahan nya teksi ni takde aircond. Nak bukak tingkap luas jalan berdebu sangat. Sudahnya kami bermandi hujan peluh dalam teksi. 

Perjalanan ke atas memang sangat menduga kesabaran aku. Drebar teksi bawak kereta bukan main laju. Sepanjang jalan berdebar-debar. Ada satu masa time dia potong kereta depan, hampir berlanggar dengan kereta dari arah depan. Side mirror teksi kami pecah dah serpihan-serpihan kaca terbang ke belakang. Nasib baik tak kene Cik Sofea yang tengah baring kat belakang. Sepanjang perjalanan aku dok kutip kaca je kat seat kami, takut terkena Sofea. Tapi tangan driver tu aku tengok luka banyak. Dia sempat stop kat stesen minyak basuh tangan. Nasib baik driver tu mintak maaf banyak kali, kesian pulak aku tengok dia.  Aku memang taubatlah naik teksi sapu ni.



Bangunan belakang tu airport.



Sampai di Bukit Tinggi kami menetap di Hotel Graha. Driver teksi offer nak ambik kami turun ke Padang time pulang nanti. Aku cepat-cepat tolak, tak nak lalui pengalaman ngeri naik teksi dia lagi.

Hotel Graha ni okay, bilik dia sempit sikit,tapi bersih, harga pun murah. Aku tak ingat harga bilik, dan tak sempat pulak nak snap gambar hotel. Dari hotel nak berjalan ke pekan Bukit Tinggi pun tak jauh.  

Malam harinya aku dan Fazri pakat tolak stroller ke town Bukit Tinggi ni. Town dia kecik je. Ada satu menara jam besar kat tengah-tengah town, yang dipanggil Jam Gadang. Happening jugak, aku tinggal kamera kat hotel, sebab ingat nak pergi makan je. Kami singgah di satu restoran masakan padang untuk jamu selera. Bagi aku restoran tu biasa-biasa saja. Lepas makan jalan-jalan sekejap kat pasar malam dia sebelum balik hotel. Aku dalam penat-penat tu sempat jugak rembat telekung sehelai dua kat pasar untuk dibawa balik Malaysia, hehe.

Hari ke -2

Hari ke dua ni jadual agak pack. Sepanjang hari kami berada di luar kawasan. Sebab keesokan hari nak balik Malaysia. Apakah? Baru sampai dah nak balik. Nak buat macamana, masing-masing tak boleh cuti panjang. Kali ni kami tukar driver, Fazri dapat driver baru last minit malam sebelumnya. Kereta pun okay, Toyota unser, yang penting ada aircond dan selesa untuk kami. Bukannya apa, sebab kami bawak anak kecik. Budak kecik ni kalau panas dan lapar, akan meragam, lama-lama mak dia pun akan meragam gak.. So aku dah sound Fazri awal-awal nak transport yang molek sket untuk jalan jauh. Mode tak puas hati lagi pasal teksi sapu semalam. Driver kami kali ni Saiful nama dia, dia lebih relaks, bawa kereta pun cekap. 

Tasik Maninjau

Sebelah pagi kami bergerak ke Tasik Maninjau. Perjalanan agak jauh, 2-3 jam jugaklah rasanya. Sepanjang perjalanan pemandangan cantik-cantik. Sawah padi dan tasik, tak guna tulis banyak, kita layan jelah gambar.















Tasik Maninjau 

Takut sangat kucing ni kejar dia
Kami berhenti sekejap je kat Tasik Maninjau ni, sebab banyak tempat lain nak pegi. Tapi sempatlah minum kopi kat warung tepi tasik tu.

Lembah Harau

Perjalanan seterusnya adalah ke Lembah Harau. Tempat ni adalah satu perkampungan sawah padi yang di kelilingi oleh bukit-bukit batu yang cantik. Kat sini kami sempat singgah di air terjun. Turun kereta sekejap ambik angin.
    

Lembah Harau di Payakumbuh






Istana Pagar Ruyung

Perjalanan seterusnya adalah ke Istana Pagar Ruyung. Jauhhnya, aku rasa dalam sehari ni banyak masa habis kat dalam kereta je. Nasib baiklah pemandangan agak menarik dan Sofea pun tidur je, tak meragam sangat. Kami tiba di Istana Pagar Ruyung pun hampir senja. Cantik istana ni. Menurut driver kami, istana ni sekarang jadi muzium saja, xde dah raja duduk sini.
                                                         



                         


                           

                     


Daripada Istana Paga Ruyung ni kami pulang balik ke hotel. Hari pun dah malam bila sampai ke hotel. Penatnya memang tak tercakap lah. Tidur pun masing masing lawan dengkur sebab kepenatan. Jam 4 kami dah bangun balik bergerak turun ke Padang sebab flight balik Malaysia awal pagi. Aku rasa macam dalam mimpi lak, sebab sekejap sangat, dan dalam satu hari setengah kami kat Bukit Tinggi ni hampir semua tempat utama kami dapat cover. Disebabkan terlalu sekejap, masa tulis blog ni pun banyak moment-moment yang aku tak ingat. Apa- apa pun bagi aku Bukit Tinggi ni memang cantik dan kalau diberi peluang aku nak lagi ke sini dengan orang yang tersayang dengan lebih lama lagi. Chow.

Beijing, China Day 3

Beijing Day 3.

Itinerary: 

Bird Nest stadium
Beihai Park
Shopping market





Bird nest stadium

Beihai park


Seventeen- Arch Bridge








Beijing, China Day 2

Hari ke-2 di Beijing

Itinerary: 
Jade museum
Great wall of China
Tea Shop
Pemandangan dari dalam bas, nothing spectacular




Inilah ahli rombongan Cik Kiah ke Beijing, semuanya sporting-sporting belaka

Great wall of China





Melawat ke Kedai jual Teh


Cantik-cantik betul teapot yang dijual

Beijing, China Day 1

Trip ke Beijing ni dibuat masa aku berkerja di Kuala Pilah. Dianjurkan oleh Kelab Sukan Jabatan aku sendiri. Awalnya aku tak nak join trip ni, sebab aku memang tak suka travel ramai-ramai, sebab aku tak suka menunggu dan menunggu. Pada aku kalau nak travel dengan selesa, cukuplah 1-2 teman sepengembaraan, selalunya memang Fazri ngan Cik Sofea jelah, Itu pun dah cukup menguji kesabaran aku. Last minit boss aku suruh aku dan officemate pergi. Dia kata dia boleh jaga klinik sensorang, hahaha yeke boss, jangan rindu kat kitorang pulak nanti..

Apa-apa pun nak citer trip ke Beijing bukanlah memori terbaik aku sebab : 
  1. Sofea tak sihat, asik muntah je sepanjang 3 hari kat sana, bila dah muntah, badan pun lembik, asek nak berdukung jer..kesian die..
  2. Disebabkan perkara 1, aku dan Fazri tak banyak ambik gambar- gambar kat sana
  3. Kebanyakkan tempat-tempat dia sangat sesak dengan pelancong dan tak baby-friendly. Masa pergi Qian Qing Gong Palace, setengah hari aku dan Fazri mengangkut stroller turun naik tangga. Memang time tu rasa penat giler, mood nak menghayati sejarah istana tu memang hilang langsung
  4. Dengan tourist guide ni, asek bawak tempat shopping jer, tempat - tempat sejarah tak banyak pun, ke atau pun Beijing ni memang tempat shopping je sebenarnya. Tak sempat nak google sebelum datang..
Day 1 Beijing.

Itinerary:
Qian Qing Gong Palace
Beijing Dewai Mosque 
Acrobatic show

Entry ke Beijing dibuat 3 tahun selepas ke sana. Aku dah banyak lupa, so aku cube la yer cerite apa yang aku ingat.  Apa yang aku ingat kitorang naik Air Asia ke Beijing dan sampai sana tengah pagi, dalam pukul3-4 pagi. Kitorang di sambut oleh tourist guide berbangsa China, tapi bahasa Melayu- Indon die memang fluent. Naik bas ke hotel (aku memang tak ingat nama hotel), sampai hotel tido sekejap sampai ke pagi. 

Outside our hotel, waiting for the bus








                                           

                        



Ramai sangat orang, kebanyakan pelancong dari China jugak, dan kebanyakannya orang-orang tua



Selepas ke QianQing Gong Palace, kitorang dibawa ke satu restoran muslim untuk makan tengahari

Inside the restaurant


Habis makan, bas berhenti pulak di masjid. Nama masjid ni Beijing Dewai Mosque, antara yang tertua jugaklah di Beijing
Add caption
Dalam masjid, ruang solat lelaki

Beijing Dewai Mosque atau Beijing Fayuan Mosque, dibina pada akhir zaman Dinasti Ming dan awal Dinasti Qing

Wajib cuba kuih kacang ni, sedap sangat


Sebagai penutup malam kitorang di bawa pulak menyaksikan persembahan akrobatik. Kagum jugaklah aku dengan show diorang ni.