Sofea's new buggy - Maclaren Mark II in Navy

Memang dah lama nak beli buggy baru untuk cik sofea, dah lama survey tapi tak ada yang berkenan dan menepati citarasa: ringan, yang boleh recline, nampak mahal walau pun murah (ada tak? ada tak?). Kite ada 3 buggies di rumah, tapi semuanya macam tak best. 

Our previous buggies :

1. Qunny Zap : A gift from Sofea's Atok, almaklumlah dulu time awal2 kawin memang sengkek nak beli stoller pun tak mampu. Memang cantik bergaya, tapi guna sekejap je, lepas tu duduk dalam stor sampai la sekarang. Sebab: berat, susah nak angkut, tak boleh recline, tak sesuai untuk kids below 6 months. Bila Cik Sofea duduk dlm tu, badan dia senget ke kiri kanan. 

Quinny Zap, tak praktikal untuk budak kecik, dah senget-senget da dia tido, sian..

2. O baby Buggy : Pemberian Tok Pah juga, sebab kesian dok tengok Cik Sofea tido kepala teleng dalam tu. Jauh jugak kitorang bawak buggy ni, sampai ke Beijing, lepas tu taubat tak nak guna lagi. Pengalaman xdapat nak lipat buggy ni time checkgate kat airport Beijing. Ingat boleh masuk je tak payah scan, sekali officer tuh suruh jugak lipat buggy untuk scan. terpaksala kite sebelah tangan dukung anak, sebelah lagi try lipat, Berpeluh-peluh kite. Husband dah lepas dulu (kes husband je yang reti lipat, kite xpernah nak belajar huu). Orang ramai beratur kat belakang, apa lagi kene la hamun dengan mamat officer tuh, memang macam komunis sungguh,nasib baikla x kene tembak. Balik Beijing terus reject, masuk dalam stor!

O Baby stroller, boleh recline, my kid lying comfortably inside, tapi sgtlah berat (~6kg) and susah nak lipat


3. My Dear Buggy : Buggy ni memang sempoi. Jumpa kat Jusco Balakong time cari buggy nak angkut ke Gold Coast. Harga dia lebih kurang RM80. Ringan, dalam ~5kg, tapi xboleh recline dan kualiti? adoi mak, guna sekali lepas tu jahanam. Buggy ni rendah jer, sesuai untuk kite yang super petite ni, tapi bila hubby yang pegang terpaksa bongkokkan badan. Stroller ni dah sampai ke Gold Coast, dan bertahan selama 4 hari SAHAJA di sana lepas tu jahanam + ada orang tertumpahkan air kopi kat seat dia (gua lah tu).







My Dear: murah giler (<RM80), ringan (~5kg), tak tahan kebal, pakai sekali dah rosak)


4. Finally, let us introduce..our new buggy..MacLaren Mark II!!

Selepas beberapa bulan survey menyervey, akhirnya kite buat keputusan beli buggy Maclaren Mark II ni. Sebab al-asbabnya : sangat ringan okay, basic weight only 3.3 kg! sturdy, dan nampak mahal (actually memang mahal la bagi kite, sob, sob, sob...abis duit gaji bulan ni!). Buggy ni keluaran Maclaren yang terbaru, baru release April 2014 kalau tak silap. Kite jumpa kat website First Few Years. Kedai dia pun ada kat One Utama, kalau rajin boleh pegi. Kite tak rajin, beli online jer, harusla kan zaman sekarang, beli stroller pun online you! (kes malas nak cari parking kat OU). 


Pandangan sisi, sila abaikan halimunan yang tengah lalu kat belakang 
Cik Puan happy dapat buggy baru

Pandangan belakang, ada shoulder strap so mmg mudah nak bawak klu tak guna 
So far kite baru test buggy ni kat Alamanda sahaja. Tapi memang best, senang nak tolak, ringan. Bumbung buggy ni pun besar, boleh cover the whole body time panas terik. The only thing yang kite tak berkenan is that buggy ni tak boleh recline, tapi macam okay je bila sofea tido, takdelah tegak sgt, maybe sebab dia dah besar. Kite beli satu neck pillow so bila sofea tido taklah sakit leher dia. So far sofea is quite happy with it. Dan yang penting mama dia puas hati!!