Winter Wonderland Japan Part 11 : Tokyo Tower

Tokyo Tower adalah destinasi terakhir kami sebelum pulang ke Malaysia. Sebenarnya 2 hari sebelum tu kami dah datang ke sini pada siang hari..Yang pasti, dua kali pergi Tokyo Tower sekali pun tak naik ke observation deck! Apa sengal sangat aku masa tu aku pun tak sure. Mungkin sebab saat saat akhir sebelum balik Malaysia, duit yen dah tinggal beberapa kupang saja.

Daripada Asakusa ke tokyo tower mengambil masa 30 minit. Kami menaiki train ke Kamiyacho station. daripda station kene berjalan jauh sedikit, lebih kurang 15minit untuk sampai tokyo tower ni.

Tokyo Tower di siang hari, matahari terik masa ni.



Di luar tokyo tower 


Di dalam tokyo tower ni ada kedai kedai souvenir. Murah - murah juga harganya. Fridge magnet di sini lebih murah dari tempat lain. Sempatlah Fazri beli untuk kawan kawan dia. Aku beli juga pin batch untuk tambah collection. 




Souvenir shop 

Sempat menikamti pancake di dalam cafe dia. 


Hari terakhir di Jepun kami sekali lagi pergi ke Tokyo Tower. Kali ni malam pula. Suasana malamnya lebih romantik. Di luar bangunan masih ada winter illumination dengan lampu lampu neon di sana sini. Kami banyak habiskan masa di luar saja mengambil gambar malam.
















Lama juga kami di Tokyo tower ni. Jam 7 malam kami bergerak pulang ke Asakusa untuk mengambil luggage sebelum ke Airport. Flight pulang ke Malaysia jam 11.40malam. 

9 hari di Jepun masih lagi tak terasa puas bagi aku. Banyak lagi tempat- tempat yang tak dapat aku pergi dek kekangan masa...Kalau boleh aku nak pergi lagi pada musim autumn..boleh tak? boleh ya en. fazri yaa??






Winter Wonderland Japan Part 10 - Asakusa : Last Day in Tokyo


31 Januari 2016.

Hari ini adalah hari terakhir di Tokyo. Untuk hari terakhir ini aku tak plan banyak pun. Hanya untuk meninjau-ninjau kawasan Asakusa ni. Plan awalnya nak pergi ke Euno Zoo, tapi pikir pikir balik, panda - panda kat sana pun mesti tido je musim- musim sejuk ni, jadi kami batalkan saja plan tu. 

Kami check out pada jam 10.00 pagi. Aku email Momo bagitau aku tinggalkan kunci dalam post box. Macam biasa Momo reply "Ok Thank you!".  Dengan mengangkut beg besar kami pergi ke coin locker berdekatan dengan apartment. Coin locker di sini tak banyak. Ada dua locker saja yang besar, yang lain locker kecil. Kami bernasib baik sebab kedua-dua locker tersebut kosong. locker paling besar berharga 500 yen untuk 12 jam manakala sederhana besar berharga 300 yen. Dah letak beg baru senang hati nak berjalan.

Menyusuri Sungai Sumida

Fazri cadangkan kami menaiki cruise yang terletak di sebelah apartment. Okay, kami berjalan ke jeti yang menempatkan Sumida River Cruise tersebut. Harga menaiki cruise selama 90 minit (return) adalah 1400+ yen seorang. Boleh juga ambil one way saja tapi leceh la pula nak cari train balik ke sini nanti. 

Sumida River ni sebelah apartment kami saja.

Jeti di Sumida River

Dalam cruise
Dalam cruise ni ada dua jenis tempat duduk. yang sedap sikit di bahagian depan, dan tempat duduk kayu di bahagian enjin. Mula-mula aku duduk di depan, tapi susah untuk ambil gambar disebabkan cermin cruise yang silau. Jadi aku pun pindah ke belakang berdekatan enjin. Kat situ ada tingkap yang tak bercermin, tapi bau minyak pulak kuat. Hai, macam-macam.


Macam biasa keluarkan buku conteng dia

Mama, sofea nak tukar nama jadi Sofiya. Kalau Sofea, bunyi die SO- FE- 'A, tak sedap!
Adoi, garu kepala aku!

Bendera Jepun, 

Sebenarnya pemandangan di sepanjang tebing sungai ni tak adalah cantik mana pun. Tak ada bangunan bangunan tinggi pencakar langit, mahu pun pokok pokok sakura yang kembang. Kadang kadang cruise ni lalu belakang kawasan kawasan flat saja, nampaklah orang orang Jepun tengah sidai tilam toto. 










Yang menariknya Sumida River Cruise ni adalah ia akan melalui pelbagai jenis jambatan yang berbagai bentuk dan warna. Orang Jepun ni obses sangat dengan jambatan gamaknya. Setiap jambatan ada nama sejarahnya tersendiri. Tiap kali kami lalu jambatan, guide cruise ni akan cerita lah pasal jambatan tersebut. Tapi aku tak dengar sangat, sebab duduk di bahagian belakang dan tak berapa nak paham sangat slang Jepunnya.

Jambatan kuning

Jambatan hijau

Jambatan merah

Jambatan oren

Jambatan biru

Jambatan kuning putih

Jambatan putih

Along riverside
Shopping at Namisake Street

Kaluar dari cruise aku rasa lega sikit. Lama sangat dalam cruise tu, 1 jam setengah. Rasa mabuk bau minyak enjin. Kami berjalan ke arah Nakamise Street. Aku nak mencari beberapa souvenir sebagai kenangan.

Rupanya tempat shopping di Asakusa ni sangat besar. Kami berjalan ke arah Shin Nakamise dahulu. Di sini laluan pejalan kakinya berbumbung, takdelah sejuk sangat.

Sepanjang Shin Nakamise ada banyak kedai- kedai menjual souvenir, baju- baju dan kasut. Aku tengok harga kasut dia pun agak murah. Winter boot dia berharga 1000 yen selepas diskaun. Murah tu!




Aku sempat beli kit kat di sini. Kit Kat ni kat Malaysia pun dah ada, tapi tak feeling- feeling Jepun la kan. Lagipun tengah promo, dan harga dia jauh lagi murah dari di airport. Fazri kata kitkat kat Malaysia tak rasa mactha green tea sangat macam yang di Jepun. Rasa gula je. Betul ke?


Sofea hantu Kitkat. Jadi kami beli banyak sikit

Sempat juga membeli macha green tea


Kami berjalan lagi sehingga berjumpa Saray Kebab. Memang plannya nak makan lunch kat situ. Kami dine in saja, malas nak tapau. Aku pesan hidangan turki dengan kebab sebagai main dish. Rupa - rupanya kat restoran ni cuma chicken kebab yang halal. Nasib baik waiter tu inform. Fazri dah berkira kira nak makan beef kebab dah. Sebenarnya ada ditulis kat menu, cume kami je tak perasan.

Harga bagi set hidangan untuk 2 orang adalah 3200yen. Itu pun tak abis siap tapau kebab lagi. Harga dia lagi murah berbanding di Osaka. Kami makan hidangan yang sama di Osaka dengan harga 5000 yen.


Saray Kebab dari kejauhan.
Lepas makan kebab, perut dah kenyang baru la ada mood nak shopping. Sebenarnya tak shopping apa pun. Cuma nak beli souvenir untuk diri sendiri saja. Kali ni kedekut nak beli untuk kawan-kawan dan family. Last year masa ke Osaka dah beli dah. Lagipun duit yen dalam wallet dah tinggal nyawa- nyawa ikan je, huhuhu. 

Kami masuk Nakamise Street ni daripada Sensoji Temple. Punyalah ramai orang! Beza sangatlah dengan malam sebelumnya yang kami pergi tu. Nak berjalan pun punyalah susah. Mungkin sebab hari minggu kan, semua orang nak keluar berjalan. Kami tak masuk pun Sensoji temple sebab dah pergi malam sebelum itu.


Hazimon Gate ke Sensoji temple 

Dari Sensoji Temple Gate ni kami berjalan menyusuri Nakamise Street menuju ke Kaminarimon Gate. Sebenarnya Fazri dah rimas duk dalam ramai- ramai orang ni, kalau boleh dia nak terus keluar dari situ. Aku pulak baru nak ada mood berwindow shopping. Dalam berjalan tu, Sofea mintak dibeli sticker. Yes! ada chance nak dok lama kat sini. Aku pun tarik tangan Sofea masuk satu kedai ke kedai yang lain. Konon - konon cari sticker Sofea, sambil sambil tu aku pun cuci mata tengok barang- barang yang comel- comel tu.



Semua jenis souvenir ada di sini. Dari kimono sampailah ke kerepek beras. Kebanyakan kedai menjual barang yang sama, tapi berlainan harga. Fazri membeli set chopstick berharga 800 yen untuk 5 pasang. Masuk kedai lain chopstick yang sama 690 yen pula, beli lagi. Tiba tiba ada satu kedai terakhir ni chopstick yang sama berharga 500yen sahaja! Adeh menyesal menyesal...

Next time ke sini aku kene banding dulu harga sebelum beli. Eh, ada lagi next time? hehehe.


Postcards dan paintings. Yang ni sangat mahal. Tak mampu den.
Aku rasa barang- barang di Tokyo ni lagi murah daripada di Osaka. Kipas perhiasan kat Osaka dan kyoto berharga 1000yen ke atas. Kat Tokyo ni ada yang berharga 500 saja. Fridge Magnet pun lagi murah. Fridge magnet paling murah adalah di tokyo tower. 320 yen untuk 3 ketul . Kalau kat Nakamise Street ini 280 seketul untuk design yang sama.

Selepas mencari sticker Sofea kami keluar daripada Nakamise Street. Aku sempat jugak grap pin batch seketul dan juga poster untuk rumah kami


Nakamise Street during weekend 

Di hadapan Nakamise Street

Kaminarimon Gate
Asakusa Tourist Information Centre

Lepas shopping souvenir kami macam terkebil kebil, tak tau mana nak pergi. Masa tu aku ternampak bangunan Asakusa Tourist Information Centre ni di depan Kaminarimon Gate. Kami decide untuk ke sana pula. Sebenarnya aku tak research pun pasal tempat ni before. Tapi macam best je.  

Bangunan ini sangat unik dan lain daripada kedai-kedai sebelah dia. Diperbuat daripada kaca dan kayu. Ada 7 tingkat semuanya. 


Unik bangunan dia ni.

Tingkat satu. Information Counter

Model Asakusa yang diperbuat daripada kayu. Sangat detail.

Budak manja
Kami naik lif ke tingkat 7. Rupa- rupanya di sini ada view deck untuk melihat pemandangan sekitar Asakusa. Di level ini ruangnya terbuka jadi sangat best melihat scenery di situ.

Tokyo Skytree. Tak pergi pun.



Nakamise Street dan Sensoji Temple. Tempat kami cari souvenir tadi.

Sempat usha awek kimono

Dari tingkat 7 kami turun ke tingkat 6. Di sini ada galeri painting yang sangat cantik. Tapi kat tingkat ni tidak dibenarkan ambil gambar. Ada juga workshop untuk belajar tulis perkataan Jepun menggunakan paint brush. Percuma saja.

Puas meninjau-ninjau keadaan, kami keluar daripada bangunan tersebut. Di luar ni kami lepak agak lama juga la, memerhatikan gelagat orang ramai dan juga pemandangan sekitar. Di kawasan ini banyak abang sado menarik rickshaw. Tapi mahal sangat harganya. 3000yen cuma untuk beberapa minit. Kami perhatikan saja gelagat mereka. Semua abang sado ni muda- muda lagi. Aku rasa mereka ni part time saja di sini. 

Abang- abang sado penarik rickshaw. Bincang strategik nak ngorat awek kimono

Bos : Hai ko ni. Nak ngorat pun kene ajor. Meh tengok aku macamana.
Abang kiut kat belakang : Hebat lah boss

Sesi praktikal mengorat. Nampaknya awek-awek pun mula terpikat

Waah, makin rancak, apa la yang dia kelentong agaknya.

Yang ni frust sket jerat tak mengena. Mungkin tak berapa sado.



Cuak je mamat ni duduk atas tu. Ni mesti kes kene paksa dengan awek.

Okay, cukuplah tengok drama adegan belajar mengurat. Abang- abang sado tu macam perasan je kami amik gamba dia. Aku tengok jam, masih awal lagi, baru jam 4.00 petang. Flight kami jam 11.45 malam. 

Kami ambil keputusan untuk ke Tokyo Tower sekali lagi, tujuannya adalah untuk menikmati pemandangan malam di sana. Sebelum menaiki train kami sempat singgah di kedai kebab membeli bekalan dinner. Ada dua kedai kebab di Asakusa. Yang ni rupanya lebih dekat. Kami membeli 3 chicken kebab untuk dinner. 



Sekali lagi aku dan Fazri sama- sama bersetuju untuk suka Bandar Asakusa ni. Di sini aku lebih merasai susana kejepunan berbanding dengan bandar bandar besar seperti Shinjuku dan Shibuya. Apartment yang kami tinggal sangat berdekatan dengan subway station dan attraction places. Yang paling best, banyak groceries dan kedai halal di sekitar Asakusa. Takde la kami kebuluruan sangat..

Kalau kami ke Tokyo lagi, pasti kami akan bermalam di Asakusa lagi.