Winter Wonderland Japan - Jom kita!

Jepun lagi??? Jepun adalah salah satu tempat yang paling aku suka, selain Bali (untuk masa ini lah, sebab banyak lagi negara yang aku tak pergi pergi). Pada awalnya aku berangan nak ke India tahun 2016 ni. Konon-konon nak explore keunikan bangunan bersejarah di Jaipur dan Udaipur, menghayati sejarah tragik Shah Jehan dan permaisurinya di sebalik keindahan Taj Mahal dan menyusuri keindahan Tasik Dal di Kashmir. Tapi angan-angan tak kesampaian disebabkan beberapa perkara. Antaranya tiket ke Delhi yang agak mahal dan risiko banjir di Kashmir pada penghujung/awal tahun. Fazri pula tak mahu bawa anak ke sana takut risiko jangkitan cholera, hepatitis dan sebagainya. Anak kesayangan kan?

Jadi...semasa Air Asia buat promotion bulan April tahun lepas, aku ternampak tiket murah ke Jepun, segala kenangan masam masin semasa di Kyoto-Osaka kembali menerpa (chewaahh) dan tanpa pikir panjang terus beli tiket ke Tokyo bulan Januari 2016!

Flight Ticket :

Flight tiket ke Tokyo Haneda Airport sudah dibeli lebih kurang 10 bulan dahulu, sebelum zaman kejatuhan Ringgit Malaysia lagi. Panas rasanya hati, tengok makin dekat nak pergi, makin turun nilai RM. Rasa macam nak cancel trip dan buang tiket flight dalam tong sampah, tapi...no no no...sebab....tiket flight kali ni boyfriend yang blanjaa...hurrayy!(joget sopan satu kali)



Itinerary

Itinerary secara ringkasnya seperti map di bawah :


Map di atas menunjukkan tempat-tempat yang kami akan travel, mostly adalah di central Jepun. Tak banyak sebenarnya tempat yang kami dapat pergi disebabkan jarak antara tempat -tempat yang jauh, ada yang ambil masa 6-7 jam naik train. Memandangkan kami ada membawa seorang budak kecik dalam luggage, aku sediakan itinerary free and easy sahaja. Takdelah rush sangat kan,  lagi pun winter waktu siangnya sekejap saja.

Generally my itinerary :
Day 1 : Tokyo to Takayama
Day 2 : Shirakawa Go Village, Takayama
Day 3 : Takayama Town, then train train to Kawaguchi Lake 
Day 4 : Kawaguchi Lake and Saiko Lake 
Day 5 : Kawaguchi Lake, then take train to Asakusa, Tokyo
Day 6 : From Tokyo to Nikko
Day 7 : Tokyo : Disneyland
Day 8 : Tokyo : Shinjuku/Harajuku/Shibuya/Tokyo Tower
Day 9 : Tokyo : Ueno/Asakusa and to Airport (back to Malaysia)

Hotel

Untuk trip kali ini kami akan bertukar 4 hotel, di Tokyo,  Takayama, Mount Fuji dan Tokyo semula.

Tokyo           : Sotetsu Fresa Inn Kamata (hanya untuk bermalam 1 hari)
Takayama     : Washington Plaza  Hotel Takayama
Mount Fuji   : Kawaguchi Route Inn Hotel, Lake Kawaguchi
Tokyo          :  Asakusa A Bill Apartment (Suga Resident Apartment ) owned by Momo (book melalui AirBnB)


Transportation

Memandangkan perjalanan kali ini agak jauh jaraknya, kami ambil keputusan untuk menggunakan JR PASS. JR PASS boleh digunakan untuk ke seluruh tanah air jepun, lagi berbaloi kalau pergi ke tempat- tempat yang lebih jauh, tapi masa tak mengizinkan untuk pergi ke bahagian yang lebih jauh seperti Sapporo. Walaubagaimanapun, trip kali ini masih lagi berbaloi.

JR Pass


JR Pass hanya boleh dibeli di luar Jepun dan khas untuk foreigner sahaja. Di Malaysia ada beberapa agen bertauliah yang menjual JR Pass. Tempat yang paling dekat dengan rumah kami adalah di JTB KLCC. Kami beli seminggu sebelum ke Jepun. Masa cari JTB ni kami agak confuse sikit, punyalah pusing-pusing di KLCC tapi tak jumpa. Rupa-rupanya perlu masuk ke dalam ISETAN Level 2 dulu. JTB ni terletak di dalam Event Hall, Isetan. 

Alamat : 
   Japan Travel Bureau (JTB)
   Event Hall 2nd Floor, Isetan KLCC, 
   Suria KLCC, 50088 Kuala Lumpur

Harga JR Pass tidak fix, bergantung kepada nilai tukaran matawang. Masa kami beli pass ni pada bulan Januari 2015, harga bagi seorang adult adalah RM1096. Ada 2% surchage kalau bayar guna kad kredit.

Kami diberi exchange pass yang perlu ditukar kepada JR Pass Ticket apabila tiba di Jepun nanti. Jangan lupa pastikan nama dalam exchange pass tu sama dengan nama dalam passport untuk mengelakkan exchange pass direject semasa di Jepun nanti. Exchange pass ni adalah refundable selagi belum ditukar kepada JR Pass. Tapi kene tolak 10% service charge. 

Kanak -kanak umur 6 tahun ke bawah adalah percuma, agent di JTB tu akan check umur budak melalui passport. Cuma seat tidak akan disediakan dan kalau train tengah full, terpaksalah pangku budak ni..nasiblah..

Total amount for JR Pass + 2% Credit Card surcharge = RM2235.84 for 2 adults

Maklumat lanjut berkenaan JR Pass adalah di sini : www.jrpass.com

Untuk search direction pula, kami guna Google Map dan Hyperdia. Bagi aku Google Map lebih mudah sebab dia akan tunjukkan route secara illustration, ada map, sesuai sangat untuk orang yang selalu sesat macam aku. Hyperdia pula akan tunjukkan kita schedule train atau bas untuk ke satu-satu perjalanan.

Internet
Kami book melalui website econnection selama 9hari, yang berharga RM300. Sebelum ini pun kami guna service yang sama, dan sangat convenience.




Apparels dan kelengkapan diri 

Sebab nak travel musim winter kan, jadi persiapan pun agak detail dengan bekalan pakaian dan kelengkapan winter. Sebelum ni aku tak terfikir pun nak travel masa winter sebab mengharungi kesejukan adalah satu azab bagi aku. Tapi kali ni kalah juga, demi nak ber"do-you-wanna-build-a-snow-man?" dengan anak aku punya pasal...Makanya, barang- barang yang di bawa ke Jepun semasa winter kali ini: 
  • 3 layers winter apparels - Longjohn, fleece/wool dan down jacket 
  • Beanie, Scarf & glove 
  • Wool socks 
  • Boot : Winter boot dia memang aku tak sempat nak carik, so aku pakaikan ankle boot biasa saja. Huhu sorry Sofea 
  • Body butter, face mosturizer, lip balm (sangat penting sebab aku ada eczema) 
  • Heating pad : warmer ni aku baru tau kewujudan dan tatacara pemakaian die semasa pegi jepun awal tahun lepas. mmg sgt2 membantu sampai aku beli berpaket2. This time aku sedikit di Malaysia, takut tak jumpa bila tiba di sana. 
  • Thermos dan 3-1 hot chocolate/Milo utk dihirup semasa perjalanan. 
Peralatan Elektrik :

Camera + charger, handphone, tablet, universal plug dan extension wire (untuk elakkan berebut) adalah wajib untuk kami bawa.

Medications :


Ubat selsema, ubat demam, ubat muntah, plaster adalah yang paling penting bagi aku. Yang lain-lain seperti ubat gastrik, ubat cirit selalu juga bawa tapi tak pernah guna, so aku skip.

Makanan:
  • Sebelum ni kami bawa nasi instant dari Malaysia. Tapi sangat mahal harganya, RM10 satu peket! Kali ni aku bawa traveller rice cooker yang comel itu bersama beras. Hari tu aku jalan- jalan di Aeon terjumpe travel rice cooker yang kecik dan murah, RM80 saja, so aku pun grab satu. Boleh saja kami beli instant rice di Jepun, tapi Fazri tak suka makan nasi sejuk. Baik aku masak nasi di hotel so semua orang puas hati.  Aku juga bawa kicap dan sos cili dalam botol kecik untuk penambah perisa
  • Lauk instant Brahim, mee segera, sup segera, tuna, kicap dan sos adalah makanan wajib yang kami bawa sewaktu travel
  • Kudapan : biskut, kekacang dan raisin, chocolate bar juga dibawa untuk bekalan pengalas perut. 
Kalau diikutkan memang agak detail perancangan yang dibuat kali ini. Ini kerana kami akan bertukar banyak hotel, mengangkut luggage dan stroller dari satu stesen ke stesen lain, menggunakan banyak train dan jarak perjalanan yang jauh antara satu tempat ke tempat yang lain yang pastinya akan memenatkan. Kalau tak prepare dan main redah je, konfirm membazir masa untuk mencari arah sahaja. Ini memang boleh mengundang pergaduhan antara laki bini!



No comments:

Post a Comment