WInter Wonderland Japan Part 3 - The Beautiful Takayama Town


25 Januari 2016.

Hari ni kami ada setengah hari saja untuk explore pekan Takayama ni. Petang kami perlu menaiki train ke Mount Fuji. Dengan masa suntuk yang kami ada, aku terpaksa menghadkan tempat -tempat yang akan dikunjungi. Banyak tempat yang menarik di Takayama ni. Antaranya Old Town Preservation Street, Higashiyama Temple Park,muzium, morning market dan beberapa lagi. Tapi aku decide untuk pergi ke Old Town Street dan kawasan sekitar sungai sahaja.

Keluar dari hotel salji turun dengan lebat. Walaupun salji, matahari agak terik membuatkan aku tak berasa terlampau sejuk.


Takayama old town street hanya mengambil masa 5 minit berjalan daripada hotel. Kami masuk ke Sannomachi Street yang menempatkan deretan rumah dan kedai menjual souvenir. Bangunan- bangunan di sini semuanya berciri lama yang dibina sejak zaman Edo lagi (1600-1868). Suasananya bagi aku macam di Higashiyama street di Kyoto. 

Aku tak singgah mana- mana kedai pun, cuma berjalan jalan melihat pemandangan. Sambil tu aku ambikla gambar sikit buat kenangan.










Di dalam souvenir shop. Kami tak membeli apa - apa di Takayama ni, sekadar cuci mata sahaja. 


Kami keluar daripada Sinnomachi Street menuju ke arah sungai Miyakawa pula. Tiada rang menjual di Morning Market. Mungkin sebab salji yang turun agak lebat pagi ini. Terdapat beberapa jambatan di sepanjang sungai. Antaranya Nakabashi Bridge yang berwarna merah. Kelmarin kami dah ke situ tapi hari ini kami bergambar sekali lagi sebab pemandangannya teramat lah cantik.


Nakabashi Bridge from far. My favourite spot among others. 

Nakabashi Bridge again 


Dari jambatan merah ni kami ke jambatan berwarna putih pula, Aku tak ambil gambar pula sebab view disitu biasa- biasa saja. Kemudian kami berjalan menuju ke jambatan berwarna hijau. Yang ni aku tak ingat nama dia.

Yang aku tak paham kenapa pakcik ni bogel tengah tengah jambatan

Green Bridge from far




Kami berjalan pulang ke hotel. Jam sudah hampr pukul 12 tengahari. Kami perlu menaiki train ke Mount Fuji jam 1 tengahari. Kami sempat singgah pasaraya semalam, sekali lagi membeli strawberry. Sumpah, memang strawberry kat sini sangat manis.

Deretan kedai di Takayama Town




Sampai ke hotel kami mengambil luggage dan bergegas ke train station. Destinasi seterusnya adalah Kawaguchiko Lake di Mount Fuji..Aku dan Fazri sangat sukakan Takayama Town ni. Selain pemandangannya yang cantik, suasana di sini juga aman dan tenang. Kalau ada kesempatan aku mahu ke sini lagi pada musim lain.



No comments:

Post a Comment