WInter Wonderland Japan Part 4 - Kawaguchi Lake and Saiko Lake



26 Januari 2016.

Perjalanan daripada Takayama ke Lake Kawaguchi mengambil masa 8 jam dengan bertukar train sebanyak 4 kali. Tak terbayang penatnya mengangkut luggage, backpack, stroller dan seorang budak kecik dari satu station ke station lain. Rasa macam nomad saja. Basically kami menaiki train Dari Takayama Station ke Toyama Station, kemudian bertukar shinkansen ke Tokyo Station. Di Tokyo Station kami menaiki train ke Otsuki Station pula dan akhirnya bertukar train ke Kawaguchiko Station. Ini adalah perjalanan paling lama yang kami lalui semasa di Jepun!

Dalam train ke Kawaguchi Lake
Kami sampai di Kawaguchiko Station jam 9 malam. Bas ke hotel hanya beroperasi sehingga jam 6, makanya kami terpaksa mengambil teksi ke Kawaguchi Route Inn Hotel dengan harga 850yen. Pemandu teksi sangat peramah dan memberikan kami discount coupon ke Kachi Kachi Ropeway. Sampai hotel, dia sempat menunjukkan Mount Fuji yang betul-betul tersergam di hadapan hotel. Walaupun malam kami boleh nampak Mount Fuji dengan jelas. Seakan Mount Fuji tu betul-betul terletak di depan aku. Yeayy tak sabar menunggu esok hari!

Tak ada apa yang boleh dibuat di hotel malam itu selain makan dan tidur.

27 Januari 2016.

Hari itu aku yang paling ceria. Tak sabar nak keluar menikmati pemandangan Mount Fuji. Kami turun bersarapan di hotel, harga hotel adalah termasuk sarapan. Nasib baik ada hidangan vegetarian dapatlah kami makan scramble egg, roti, dan sayur- sayuran. 

Beginilah pemandangan di luar hotel. Malam kelmarin kami sampai malam tak sempat nak tengok luar hotel.
Selepas breakfast kami menunggu bas di luar hotel untuk ke Kawaguchiko Station. Kami membayar 760yen untuk ke stesyen yang mengambil masa 10 minit saja. Mahal!


Di Kawaguchiko Station kami membeli Lake Kawaguchi dan Lake Saiko Sightseeing 2 day pass. 2 day pass ini termasuklah Retro Bus, Omni Bus dan mana- mana bas di sekitar Kawaguchi Lake (Red line) dan juga Saiko Lake (Green line) dan kami boleh naik bas bila- bila masa dan ke mana saja dalam masa 2 hari ini. Harga pass ini adalah 1200 yen seorang.




Dia dah jumpa dahhh...

Ini adalah route bagi sightseeing bas ke Lake Kawaguchi dan Lake Saiko. 
Sumber : http://bus-en.fujikyu.co.jp

Di sekitar Lake Kawaguchi ni terdapat banyak tempat- tempat menarik untuk dilawat. Aku terpaksa skip semua muzium yang ada demi penjimatan duit yang optimum. Mahal juga entrance fee dia. Kami tak bawa banyak duit ke Jepun. Lagipun aku dan Fazri lebih suka melepak tengok scenery dari masuk ke muzium.

Destinasi pertama adalah Kachi-kachi Ropeway. Dari Kawaguchiko Station kami berhenti di Stop 11 berhadapan dengan Kachi Kachi Ropeway. Kami menggunakan kupon yang diberi oleh pakcik teksi malam sebelumnya. Harga sebenar untuk round trip adalah 720 yen, selepas diskaun kami hanya menbayar 680 yen, bolehlah jimat sikit kan...


Ropeway ini membawa kami ke Mount Tenjo. Perjalanan ke atas hanyalah beberapa minit sahaja. Agak curam juga ropeway ni, rasa macam gayat pulak duduk dalam cable car.


Dalam cable car

Ropeway ini berhenti di deck berdekatan dengan Mount Tenjo, kira kira 1000 meter dari paras laut. Kecik saja deck ni. Daripada sini pemandangan Mount Fuji cukup jelas. Masa kami sampai matahari dah berada betul betul atas Mount Fuji, tak terasa macam winter pulak dengan keadaan panas terik di situ.





Dari atas ni boleh nampak Kawaguchi Lake juga. 




Patung arnab merata rata di sini. Arnab ini adalah dari kisah orang- orang tua Jepun, di mana seekor arnab membalas dendam terhadap seekor raccoon dengan membakarnya dan membenamnya ke dalam sungai. Errkk, creepy.....


Puas mengambil gambar, aku ajak Sofea naik ke atas bukit kecik untuk bermain snow. Sebenarnya laluan itu adalah untuk ke Mount Mitsutoge. Kami berjalan tak lebih daripada 20 langkah saja. Laluannya sangat curam dan licin. Ada seorang budak yang jatuh bergolek-golek! Aku apa lagi, pusing 180 darjah patah balik ke bawah. Sudahnya kami kuis- kuis snow di tepi - tepi laluan saja.

Gate ke Mount Mitsutoge

Jalan sekejap lepas tu patah balik

Kalau tak balik sebelum senja alamat tak jumpa jalan lah yer
Selepas puas di deck tersebut  kami turun semula ke bawah.

Sebelum berlepas

Kalau brek rosak ni alamat patah tulang la merempuh station dia ni..
Lake Saiko

Daripada kachi kachi Ropeway kami bertukar ke Green Bas yang menghala ke Lake Saiko. Lake Saiko adalah salah satu 5 Fuji lake yang agak kurang dikunjungi. Laluan bas ke sini agak kecil dan berliku. Di sekitar Lake Saiko inilah terletak Suicide Forest (Aokigara) yang terkenal dengan lokasi pembunuhan diri di Jepun. Pada tahun 2010 saja terdapat 54 kes membunuh diri di situ. Kerajaan Jepun sangat pening kepala sehingga satu signboard diletakkan di entrance yang ditujukan kepada suicide visitor untuk mereka fikirkan keluarga dahulu sebelum ambil keputusan membunuh diri. 

Di Lake Saiko ni terdapat beberapa tempat yang menarik seperti Ice Cave, Bat Cave, Wind Cave dan Healing Village. Kami skipped semua cave dan hanya berhenti di Healing Village. 

Saiko Iyashino- Sato Nenba (Healing Village)

Healing Village ini pernah menjadi salah sebuah kampung yang paling cantik di Jepun. Tapi sayang, pada tahun 1966, keseluruhan kawasan kampung telah musnah teruk akibat tanah runtuh yang disebabkan oleh typhoon. 40 tahun selepas itu, kerajaan telah membangunkan semula kampung ini dan membina semula rumah- rumah di sini sebijik sebijan macam kampung yang lama. Tapi rumah rumah ini dijadikan muzium untuk pengunjung saja. Tak ada orang yang duduk tetap di sini.

Laluan masuk ke Healing Village 

Daripada Healing Village juga boleh nampak Mount Fuji dengan jelas. Yeay, Mount Fuji merata rata!

Kaunter masuk 
Harga masuk ke sini 350 sahaja, agak murah la bagi aku.

Map : Ada 22 rumah semuanya, kebanyakkannya tempat pameran + kedai menjual pameran tersebut
















Dalam pukul 4 juga lah kami abis round di tempat ni. Kami terus pulang ke hotel. Oleh kerana masih awal lagi nak balik bilik. Kami lepak-lepak di depan hotel dulu. Cantik rupanya kawasan hotel ni. Betul-betul menghadap ke tasik. daripada tasik ni aku boleh nampak separuh daripada Mount Fuji. Kami duduk melepak di situ menunggu matahari terbenam. Dalam cuaca yang sejuk bag hang ni, sempat lagi Sofea guling-guling atas salji. 

Senja di Tasik Kawaguchi 

Siap main guli lagi atas snow 

Makan ais 

Nak kayuh angsa pun ada, tapi service ni tutup semasa winter 

Menikmati senja di Kawaguchi 

Lama jugak la kami lepak tepi tasik tu. Siap Sofea guling- guling main guli. Yes, dia bawak guli ke Jepun, ada dia kesah?. Bila rasa tangan kaki dah kebas bibir pun dah biru kami pun bergerak jalan ke hotel.

Hotel kami daripada tepi tasik 

Dah senja, balik ke bilik dahulu 

Kami sampai bilik dalam jam 5. Masih awal sangat. Itulah cons dia kalau berjalan time winter. pukul 5 je dah gelap. Aku kalau kat bilik ni mati kutu lah,nak tengok tv tak paham. Nak main lompat lompat dengan anak pun tak muat bilik kecik kami tu hoi..!Sudahnya zzzz jelah sampai ke pagi.

No comments:

Post a Comment