Winter Wonderland Japan Part 8 - Satu Malam di Asakusa

29 Januari 2016.

Sekembali daripada Nikko kami tidak balik ke apartment terus, tapi melencong ke kawasan persekitaran Sensoji Temple. Tujuan ke sana adalah untuk menikmati dinner di Naritaya Halal Ramen, yang terletak berdekatan Sensoji temple.

Senang saja nak mencari Naritaya Halal Ramen ni. Landmark dia adalah Sensoji Temple. Daripada Asakusa Station kami berjalan ke arah Sensoji Temple. Betul betul bersebelahan kuil tersebut ada sebuah bangunan yang menempatkan deretan kedai. Di dalam sanalah terletaknya Naritaya Halal Ramen. 

Di dalam bangunan inilah terletaknya Naritaya Halal Ramen
Suasana di dalam bangunan ni sunyi saja semasa kami sampai. Kedai- kedai banyak yang tutup. Sebenarnya cuma kedai ramen ni saja yang buka. 

In front of the restaurant

Restoran Naritaya ni kecik sahaja. Kami disambut oleh seorang gadis Pakistan yang bekerja sementara di situ. Kami perlu order makanan dahulu sebelum duduk. Ini adalah kali ketiga aku merasa makanan Jepun selepas sushi dan Takoyaki. Aku dan Fazri memilih Set Ramen Soup dan Fried bersama fresh orange yang berharga 900 yen satu set.

Tingkat bawah kedai.
Setelah order makanan, kami diminta ke tingkat atas. Pada masa ni tiada pelanggan lain pun. Tempat duduknya tidak banyak, ada 2 meja panjang dan bar table yang menghadap ke tingkap. Di tingkat atas juga terdapat tempat wudhu dan solat.


Ruang restoran di tingkat atas



Ruang solat
Sekejap je makanan kami siap. Inilah pertama kali aku makan ramen. Personally aku tak begitu gemar rasanya. Mungkin makanan jepun memang tak sesuai dengan tekak aku. Tapi oleh sebab kelaparan, habis juga ramen ni aku balun, kah kah.

Inilah Ramen Soup yang kami order

Tak payahla nak kata tak gemar bagai. Abis juga ko balun!


Lepas makan kami berjalan - jalan di sekitar Sensoji temple. Pemandangan di situ sangat cantik. Sensoji temple disinari cahaya lampu pada waktu malam. Tak ramai yang datang ke sini malam hari. 




Main temple 

Main temple dari depan pula

Hozomon gate ke Sensoji Temple





Okay, dah puas ambil gambar dan meninjau-ninjau, kami pulang ke apartment. Kami melalui Nakamise Street yang terkenal sebagai tempat membeli souvenir. Tapi kedai-kedai di situ tutup awal. Hanya satu kedai yang masih buka. Aku pun tak plan nak beli souvenir malam tu, sebab kami akan pergi sekali lagi pada hari last di Tokyo. Nak tinjau keadaan waktu siang pula. 



Kedai ni saja yang masih buka

Fazri membelek- belek T-shirt, tapi macam tak berkenan pula.

Akhirnya kami pulang saja ke apartment. Tak ada apa sangat nak dibuat pada waktu malam ni. Asakusa pada malam hari sunyi saja.





















No comments:

Post a Comment