Kuching Sarawak Day 3 - Last Day in Kuching

Add caption

Hari ke 3 di Kuching. Actually hari terakhir sebelum terbang balik ke Semenanjung. Hari ini kami masih lagi berada di Bako NP. Awal-awal pagi lagi aku dikejutkan dengan satu bunyi kuat atas bumbung logde. Macam ada babi hutan berlari atas bumbung, nasib baik tak roboh. Aku kira itu monyet-monyet nakal yang berlari2 di awal pagi.

Pagi ini tiada apa-apa plan yang spesifik. Nak trekking lagi macam tak sempat pula, sebab jam 11 pag kena bergerak balik ke Kuching,  Dalam jam 7.30 kami sudah bersiap makan di cafe. Kemudiannya kami hanya berjalan- jalan di sekitar pantai dan HQ. Pantai di Bako pada awal pagi sangat tenang. Tak ada manusia atau buaya berjemur di sekitar pantai. Kawasannya agak luas, Kami berjalan dari hujung ke hujung. Sambil - sambil tu Sofea berhenti bermain pasir. 

HArus diingatkan kalau ke pantai Bako ni eloklah pakai seluar panjang dan baju lengan panjang. Agas- agas kat sini sangat ganas. Masa kat Bako tu tak terasa langsung. Lepas sehari balik rumah barulah terasa gatal- gatal. Kulit pun berbintat. Rasanya dalam seminggu baru hilang gatal dan merah- merah. Tak bohong. 

Berjalan menghirup udara segar 

Agar- agar 




Dihujung pantai adalah satu kawasan paya bakau. Disinilah terletaknya jeti yang menurunkan kami semalam. Seawal pagi lagi dah ada bot yang sampai turunkan pengunjung. Kebanyakkannya Mat Saleh. Memang diorang ni jenis yang suka masuk-masuk hutan agaknya.

Paya Bakau di kala pagi

Penyambut tetamu



Bot pertama tiba

Jambatan ni membawa kami ke arah permulaan trail. Daripada sinilah aku dan Munirah start trekking semalam


Aku fobia dengan monyet-monyet kat sini sejak diorang serang kami semalam 

Penat berjalan- jalan di kawasan jaeti, kami balik ke arah HQ. Di sini banyak binang-bintang berkeliaran. Babi-babi hutan bersepah sepah, tapi jangan risau, diorang tak kacau manusia. Cuma jangan bawa makanan atau makan semasa berjalan. Kalau tak monyet, babi babi ni yang akan menyondol. Deria bau diorang ni kuat sangat. Spesis babi jangan tanya aku. Aku tau 2 jenis je kat dunia ni. Babi oink oink kaler pink tu dan babi hutan.



Di Bako ni juga ada satu spesis monyet yang dinamakan Proboscis Monkey. Monyet ni tak ada kat mana- mana tempat lain tau, kat Bako saja. Monyet ni sangat unik, Hidung dia mancung macam Mat Saleh. Kat sini dikenali sebagai Monyet Belanda. Tapi monyet ni jenis pemalu, dia suka duduk kat atas pokok saja, dan tak makan orang. Kami nampak monyet ni atas poko depan lodge kami saja. Rupa-rupa nya dialah yang berjalan atas bumbung lodge pagi tadi. 



Puas merayau- rayau di sekitar Bako HQ ni, kami berkemas- kemas untuk pulang. Jam 11.00 kami dah berjalan ke jeti semula untuk ke tanah besar. Sebenarnya aku masih berasa tak puas duduk di Bako ni. Sebab tak dapat nak trekking di trail - trail lain yang ada. Kekangan masa dan juga adanya budak kecik Sofea yang penakut nak masuk hutan. Bayangkan kat atas bot dia boleh cakap kuat kuat "Sofea tak nak naik bot ni sebab ada buaya". Nak oii...perkataan buaya tu tak boleh sebut kuat- kuat, nanti dia timbul..adoila. Takpelah, tunggu kamu besar sikit nanti mama bawak kamu trekking ya..

Di jeti sebelum pulang 


Sampai je Jati di tanah besar masing -masing kelaparan. Sebenarnya aku mencari laksa Sarawak kegemaran aku. Kebetulan Munirah ada kawan di Kuching, yang rekomen satu restoran laksa Sarawak yang sedap. Mom's Laksa Kopitiam namanya. 

Di jeti 


Sekejap saja drive ke kopitiam ni dari jeti. Tempatnya terletak di Bandar Kuching juga. Memang terbaiklah laksa Sarawak dia. Licin aku makan sampai menjilat mangkuk.




Abis je makan laksa, kami bergerak pula mencari kek Sarawak. Macam -macam jenis kek lapis kat Kuching ni, tapi yang selalu aku pergi adalah di Mira Cake House. Kek ni aku rasa lebih sedap dan moist berbanding brand lain. Banyak gak aku borong. dalam RM200 gak la habis.


Kek Lapis bought from Mira Cake House 



Lepas beli kek saja kami dah termangu- mangu. Baru jam 2.00 petang, Flight pukul 7ptg. Kami bercadang nak ke kedai souvenir dulu depan waterfront tu, kalau sempat nak ke muzium Kuching, sekadar nak abiskan masa, sebab tak tau mana lagi tempat nak pergi huhuhu.

Depan waterfront ni memang berderet- deret kedai souvenir. Barangnya semua sama, kebanyakkannya barang-barang kraft tempatan. Aku sempatkan grab keychain untuk kawan-kawan. Kebetulan semasa merayau di kedai- kedai ni hujan turun dengan lebat. terus plan ke muzium kucing dibatalkan. Sudahnya kami lepak-lepak minum latte panas depan Seven E. 

Souvenir shops 

Lama juga la nak tunggu hujan reda, dekat jam 4 baru kami bergerak ke Airport terus. Munirah balik ke Sabah, manakala aku dan Fazri balik ke Semenanjung. Bagi aku, trip ke Sarawak kali ni agak relaks, tak rush sangat, maybe sebab banyak tempat yang kami tak pergi. Plan pun last minit je. Kalau boleh aku nak ke Bako lagi, nak habiskan trekking di trek- trek yang aku tak sempat pergi. Tapi aku tak pasti bila...yang aku pasti mungkin bukan dengan Fazri, sebab dia serik digigit agas. Dan juga bukan dengan Sofea, sebab dia dah fobia kena serang monyet...hahaha.


Kuching Sarawak Day 2 - Bako National Park


Pagi ke 2 di Kuching Sarawak..

Kalau nak ikutkan accuweather cuaca harini mendung dan ada thunder storm pada petang hari. Kami plan ke Bako National Park harini. Konon- kononnya nak gerak lepas subuh..tapi biasalah..sorang makan breakfast lambat..sorang nak berak dulula..last last pukul 10.00 jugaklah keluar daripada hotel. Lepas check out kami bergerak ke Bako National Park Jetty yang terletak di Kampung Bako. Tak jauh sebenarnya jeti tu, dalam 30 minit daripada bandar Kuching. Kalau nak naik bas pun boleh dan tambangnya juga sangat murah. 

Tiba di Bako National Park Jetty kami ambik masa juga lah mencari parking. Pusing pusing kat depan jetty ni baru dapat parking. tu pun tepi jalan saja. Aku risau jugaklah kalau-kalau balik nanti tiba- tiba kereta tak de, huhu tawakkal je lahh.. nasib baik bayar insurans kurang sikit risau. Tapi sebenarnya okay ja kalau nak parking overnight kat sini. Memang kebanyakan orang yang overnight di Bako National Park akan parking kereta kat depan jeti. 

Di Jeti ni kami perlu register dulu nak masuk National Park. Harga tiket adalah RM10 seorang untuk dewasa dan free saja untuk kanak-kakak bawah 7 tahun. Lepas register barulah beli tiket boat di kanuter bersebelahan. Harga bot ke Bako NP RM30 sorang return tiket. Memang kene beli return tiket terus sebab tak ada jalan lain lagi nak balik ke sini selain jalan sungai dan muara. Kalau nak berenang balik pun tak boleh sebab buaya bersepah -sepah!

Sekejap saja kami tunggu do jeti, bot pun tiba di jeti untuk membawa kami ke Bako NP. Kami share satu bot dengan satu keluarga Cina dari Sarawak juga. Katanya tak pernah sampai Bako lagiPerjalanan ke Bako NP hanya mengambil masa dalam 20 minit menaiki bot. Bot akan menyusur melalui sungai dan terus ke muara menuju ke Bako NP. Sepanjang muara tu hanya ada hutan-hutan pakau bakau saja. Naik bot ni make sure pakai jaket keselamatan, dan baca doa banyak-banyak, sebab sungai ni banyak buaya!










Bako HQ terletak di Teluk Assam. Sampai di sana kami diturunkan di jeti dan perlu berjalan dalam 800 meter ke HQ. Aku sebenarnya dan booking hostel di sini, sebab nak bermalam 1 malam di sini. Kononnya nak trekking sebelah petang so macam tak sempat nak balik hari. Last bot  return dari HQ adalah pukul 4.

Bilik hostel di Bako ni tak ada di Agoda atau Booking.com. Korang kene book melalui www. ebooking. Sarawak. gov.my. di sini ada beberapa jenis hostel yang boleh di pilih, ikut bajet dan berapa ramai nak tido dalam bilik. Camp site pun ada tapi masa aku datang ni camp site dia masih dalam maintainance. 

Aku dan Fazri check in dulu di kaunter. Kami diberitahu check in hanya pada pukul 2. Masa tu baru jam 11 tengahari. Okay takpelah kami buat keputusan nak makan roti di tepi pantai. HQ ni depan pantai je. Aku, Munirah dan Sofea pun berjalan ke pantai. Tak ampai beberapa langkah sekor anak monyet dan berlari ke kami. Aku baru perasan Sofea pegang mamee. Terus ku ambil mamee dari Sofea simpan dalam baju. Monyet- monyet sini memang pantang nampak manusia bawak makanan, mesti dikejarnya. 

Lepas monyet tu belah tiba- tiba datang anak babi hutan pula. Gayanya memang ke arah kami lah. Aku gelabah gak lah, sebab tak pernah jumpa babi hutan. Sekali disondol nya mau terpelanting nanti, walaupun babi tu nampak macam baby lagi. Kami tak jadi ke pantai, patah balik ke kantin di HQ. Sudahnya kami makan lunch dalam kantin saja. Kantin ni selamat sikit, ada pintu kaca, so monyet takdelah masuk rampas makanan.





Dalam pukul 1 lebih Fazri pergi ke Resgitration counter mintak check in awal. Budak kaunter tu kata okay, boleh check in awal. Kami diberi tuala mandi dan kunci. Bilik yang aku book ni adalah jenis logding 2 pintu. bilik air kat luar bilik dan kene share. 1 bilik ada 3 katil single.

Lodge kami memang kat hujung HQ sekali, memang senyap sunyi. Confirm nak gi toilet pun angkut Fazri je nanti. Bilik - bilik kat sini memang sangat basic. Jangan beranganlah nak ada TV ke aircond ke. Satu bilik satu kipas dinding. Dalam dapur ada sinki dan peti ais. Kebersihan dia okayla..sesuai dengan harga RM150/night.




Aku dan Munirah cadang nak trekking jam dua. Sebelum ke Kuching ni Fazri memang tak nak ikut trekking, alasan nak jaga Sofea. Tapi bila dah sampai sibuk pulak nak trekking. Kasut pun tak bawak, bye-bye, awak jagalah Sofea yea...

Di NP ni banyak trail. ada yang dekat dalam 1 kilometer sampailah ke 9-10 km, yang jauh-jauh tu kene overnight la..Trail yang popular kat sini adalah Teluk Paku (Proboscis Monkey sightseeing), Teluk Pandan Kecil (cliff) dan Lintang (lalu 4 jenis hutan dan air terjun). Kami pilih Teluk Pandan Kecil sebab Lintang tu jauh, dalam 3 jam setengah. Takut tak sempat lak sampai sebelum malam, maklumlah aku ni last sekali jungle trekking 5 tahun yang lalu kot).

Ke Teluk Pandan Kecil ni ada 2 cara. Trekking melalui hutan atau naik bot. Aku dan Munirah bergerak dulu ke trail, manakala Fazri dan Sofea akan naik bot tunggu kami di Teluk Pandan Kecil, Daripada sana kami akan balik sama - sama naik bot. Mahal gak tambang bot. RM70 pergi balik untuk 1 bot. 

Aku ke HQ dulu untuk register nama. Memang kene register nama sebelum trekking. Manala tahu kan apa-apa boleh jadi kat tengah huta. So HQ tau la nak jejak kitorang nanti. 

Trail Teluk Pandan Kecil ni insya allah selamat kalau trekking tanpa guide. Setiap trail akan ditanda pada pokok-pokok dengan warna berbeza supaya tak sesat. Lagipun masa perjalanan dalam 1 jam setengah saja. Kalau yang jauh- jauh tu mungkinlah kene hire guide, sebab masuk lagi dalam hutan kan. 

Selfie sebelum trekking
Trail teluk Pandan Kecik bermula daripada jeti tempat kami turun tadi. Awal 20 minit memang agak mencabar lah bagi orang sedentery macam aku ni, huhu. Banyak akar-akar pokok dan kene mendaki bukit sikit. Lepas 20 minit trekking aku dah mula rasa menyesal, tapi nak patah balik tak boleh..hahaha terpaksa la teruskan juga. lepas laluan berakar dan berbukit tu barulah kami lalu trail yang landai. Masa ni dah kurang penat sikit, sebab ada laluan landai dan mendaki berselang seli. Selepas satu jam kami sampai ke hampir ke laut. Masa tu laluan pun agak berpasir. Ada juga certain tempat yang dibuat jambatan kayu sebab banyak selut.

Aku rasa on time jugak lah kami trekking. Tak sampai 1 jam setengah dah sampai, sebab tak banyak stop dan tak banyak selfie. 


















 




Trail yang kami lalu ni membawa kami ke satu tebing tinggi di tepi laut. Walaupun masa tu sangat terik (jam 3.30 cantu), kawasannya sangat cantik dan tenang. Masa kami sampai memang tak ada orang lain. Jenguk kat bawah pun tak nampak orang kat pantai. Fazri tak sampai lagi masa tu. Jadi kami pun mengambil peluang untuk berlepak- lepak kat situ mengambil gambar dan menikmati keindahan pemandangan di situ










Add caption




Dalam 15 minit kami lepak di tebing tu baru nampak bot Fazri sampai. Kami pun turun dari tebing ke arah pantai. Sempat juga ambik gambar kat pantai. Awalnya aku bercadang nak mandi di situ, tapi baru tau yang pantai ni tak boleh mandi sebab ada Encik Bujang Senang! Menurut cerita driver bot tu, dulu- dulu memang ramai datang teluk ni untuk berkelah dan mandi manda. Tapi 2-3 tahun lepas HQ tak bagi mandi lagi di sini sebab ramai mat saleh nampak buaya berkeliaran kat sini. Cuak..nasib baik tak berjumpa apa-apa masa trekking.




Kat atas tebing tu la tadi kami lepak- lepak sebelum ke bawah

Kami menaiki bot yang sama untuk balik ke HQ. Bot ni tak sediakan life jacket. Driver in rush katanya tak sempat ambik life jacket. Sabo jelah..kalau bot terbalik ni confirm lemas lepas tu kene makan buaya. Aku tawakkal je la..

Sepanjang balik ke HQ kami menikmati pemandangan indah di sekeliling Bako ni. kami dibawa melalui celah batu batu besar di tepi laut. Salah satunya adalah batu besar yang terkenal yang dinamakan Sea Snake, sebab bentuknya yang serupa dengan ular tedung.

Semasa di celah celah batu tu bot berhenti sekejap, bagi can kami ambil gambar..bergoyang-goyang gak lah bot tu kena pukul ombak, rasa macam nak terbalik pula.



Sea Snake




Dalam 10 minit naik bot kami sampai ke HQ. Baru jam 4.30 petang, nak balik bilik pun bukan boleh tengok TV. Kami ambil keputusan berjalan jalan di tepi pantai saja. Kami balik ke bilik sekejap untuk solat asar dan tukar baju.

Keluar daripada lodge kami berjalan ke arah pantai. Masa ni lah kami didatangi oleh seekor anak monyet yang macam cute. Mula- mula sekor, lepas tu datang pulak beberapa ekor. Aku dan Munirah berjalan di belakang manakala Fazri dan Sofea pula dah ke depan kami. Tiba - tiba anak monyet yang mulanya cute tadi tunjuk gigi taring dia kat aku. Aku dan Munirah terberhenti sekejap. Masa tu lah aku perasan yang anak - anak monyet tu dah kepung kitorang, Masa tu juga aku perasan mak bapak diorang pun ada sekali. Masa tu jugak aku perasan kat tangan aku ada dry bag kaler kuning serupa kaler pisang!

Bila diorang hampir dekat dengan aku aku cepat- cepat balik beg kuning tu ke arah Fazri. Mulanya Fazri tak perasan kami dah dikepung, bila dia toleh belakang baru dia nampak aku dan Munirah dan dikelilingi monyet - monyet samseng. Aku nampak monyet-monyet tu pergi kejar beg yang aku campak kat Fazri. Lega sekejap. Fazri pulak sengal pergi pungut beg tu. Sekarang mereka pula kepung Fazri. Masalahnya ada Sofea kat situ. Sofea dah mula nangis. Apalagi Fazri campak balik beg tu ke arah aku dan secara tak sengaja ditangkap oleh Munirah! Sudah. Dah macam main basketball pulak.

Munirah sengal pergi campak beg tu balik kat Fazri. Sofea dah lari lintang pukang dah! Monyet- monyet tu kejar Fazri balik. Aku dan Munirah angkat tangan  kat monyet-monyet tu tanda surrender. Macamtu sekali kitorang punyer takut. Hahahaha.

Masa tu ada renjer hutan lari ke kitorang bawak kayu dan halau monyet samseng tu. Barulah diorang lari. renjer tu dah gelakkan kami dah..hahaha bile teringat balik rasa kelakar lak. Teringat aku adegan filem main-main hantu yang diorang berebut kepala puntianak dengan penjahat

Kurang ajar ko monyet! Mentang-mentangla ni kawasan ko!

Lepas adegan berebut beg kaler pisang dengan monyet-monyet kami cepat-cepat ke arah pantai. Perut dah sakit asek gelak je. Pantai Bako ni agak luas, di tepiannya penuh batu-batu yang besar. Kami berjalan ke arah batu - batu tersebut. Kalau air pasang tak batu- batu ni akan tenggelam separuh, pastinya kami tak dapat ke sini. Tapi petang ni air dah surut, sempatlah kami menyusur batu- batu ni sambil ambil gambar. Macam- macam bentuk ada, ada bentuk ular, bentuk dolphin. Tapi kalau ada batu bentuk buaya make sure korang tengok betul-betul pastikan itu bukan buaya sebenar, hahaha.



Ini serupa kepala dolphin



Lama jugalah kami lepak di pantai, sambil menunggu sunset katanya. Di sini sunset pukul 6 petang. Cepat 1 jam kan daripada KL. Sambil-sambil lepak layan Sofea main pasir. Kesian gak tengok dia merengek nak ke laut. But No No No. Prinsip aku kat Bako ni stay away from the sea, kalau tak nak kaki kudung kene makan buaya.






Kesimpulannya semasa aku berada di Bako ni, kalau ada sesiapa yang nak ke sini, sila :

1. Bawak kasut yang sesuai, sebab trek dia walaupun senang tapi banyak akar kayu dan agak licin.
    Tak sesuai nak pakai crocs atau selipar Jepun
2. Pakai insect repellent sebab agas- sini ganas gile. Sekali gigit gatal tak hilang 2 minggu wei
3. Minum air banyak- banyak sebab sangat panas
4. Stay overnight kalau nak trekking trail yang jauh- jauh
5. Hostelnya bukan 4-5bintang. Fasiliti basic sahaja. Takde TV atau aircond.
6. Jangan mandi di laut sebab ada buaya. Renjer sini akan remind pasal ni

Aku sangat suka Bako. Ini kali kedua aku ke sini. Kali pertama bersama kawan- kawan dan sempat habiskan trekking di trail-trail utama. Kali ni bersama family pula. Tempat ni mungkin tak sesuai untuk mereka yang nak bercuti relaks- relaks tengok matahari terbenam atau berjemur di tepian pantai (confirm babi hutan datang berjemur sekali sebelah ko). Tapi bagi sesiapa yang sukakan nature, sedikit cabaran dan boleh sesuaikan diri dengan susana basik, memang aku sangat suggest la untuk ke Bako NP ni.