Kyoto - Osaka Day 7- Osaka Aquarium,Giant Ferris Wheel

Ini hari terakhir di Osaka. Cuaca dijangka hujan jadi aku hanya tetapkan satu tempat untuk kunjungan hari ini. Memandangkan aku dan Fazri datang bersama anak kecil, Osaka Waterfront yang menempatkan akuarium terbesar di Jepun (Osaka Kaiyukan) dan Giant Ferris wheel aku kira adalah tempat yang terbaik untuk dikunjungi. Walaupun pada kami tempat-tempat hiburan seperti itu kurang menarik minat, demi menghiburkan hati si anak kecil, i follow saja..Kami menaiki JR Osaka Loop dari Osaka Station, Platform 1, kemudian berhenti di Bentecho station seterusnya bertukar train ke Cosmo square (Chuo Line). Kami stop di Osakako Station. Harga tiket 400yen.

Daripada train station perlu jalan sedikit sahaja ke Aquarium. Area Osaka Bay adalah sebuah pekan kecil yang masih tidak membangun lagi. Bangunan-bangunan dia pun lama, takde yang mencakar langit. Tapi kawasan dia memang bersih, sedap mata kami memandang.

Osaka Giant Ferris Wheel

Sampai di hadapan Kaiyukan, Fazri membeli tiket Aquarium + Ferris Wheel. Harga combo Aquarium + Ferris Wheel adalah 3000yen/adult. Kami decide naik Ferris Wheel dulu, sebab cuaca masih cerah, takut lambat-lambat nanti hujan pulak.

Beautiful view of Osaka waterfront

Lalu kedai bunga

Giant Ferris Wheel

Tak tahu bangunan apa





Lego giraffe statue near Kaiyukan 
Giant Ferris Wheel, the building below is Tempozan Market
                                 
Inside the cubicle 
                                                       
View from Ferris Wheel
                                                     
Osaka City- view from the Ferris Wheel
Best naik Ferris Wheel ni, Lebih kurang 20 minit kitorang duduk dalam tu, Rasanya kalau malam lagi cantik kot view die. Tapi cuaca malam dijangka hujan, so tak berani ambik risiko nak pergi malam, memandangkan awal pagi esok dah nak balik Malaysia.

Kaiyukan (Osaka Aquarium)

Lepas naik Ferris Wheel kami masuk ke Kaiyukan. Personally aku rasa Kaiyukan ni so-so je. Aquaria KLCC lagi bes kot. Tak banyak variety of sea-life kat dalam ni, Cik Sofea beriya nak tengok octopus, sampai ke pintu keluar tak jumpe satu ekor sotong pun, huhu.
In front of Kaiyukan (Osaka Aquarium)




Kaiyukan staff, cleaning the glass wall 

Aku tak pasti diorang ni gosip apa, tapi aku dapat rasakan ikan mata bulat tu jeling jeling kat aku 





Mahluk tuhan yang comel 


Tempozan Market

Keluar daripada Kaiyukan kami singgah sekejap kat Tempozan Market yang terletak bersebelahan Kaiyukan untuk mencari souvenir. Dapatlah beli japanese fan & coin purse. Mahal harga souvenir kat Jepun ni. Tak mampu akak dek nonn..

Japanese fans- price range 1000yen - 3000yen
Hasil tangkapan ; total price 5000yen, gulp!!




Budak ni memang pantang jumpe menatang alah ni, dah la mahal!! Bertabahla wahai ayahnye.. 
                                         
Show infront of Tempozan market


Sinasos Restaurant

Pukul 5 petang kami balik ke hotel. Malamnya pula kami keluar balik carik makanan halal. Sebenarnya dah bosan makan nasi beriyani Pak Brahim hari-hari, sebab tu aku memang nekad nak cari makanan halal sekitar Osaka. Mahal pun mahal laa, janji perut senang hati, lagi pun duit yen banyak lagi berbaki. Google punyer google aku jumpe satu restoran turki halal dekat- dekat dengan Osaka Station. Nama dia Restoran Sinasos (www.sinasos13.com). Dekat - dekat pun lebih 1 kilometer jugakla kami berjalan. Sampai sana Fazri order 1 set turkish meal + 1 minch beef pizza saiz regular. Total lebih kurang 5000yen. Habis licin kami makan malam tu!!


Pintu masuk restaurant, kecik je sebenarnya restoren ni 

  

   


Dah siap makan, kami balik hotel terus. Malam tu aku pack barang siap-siap sebab esoknya pukul 6 pagi nak kene naik bas ke Kansai Airport. Huhuhu rasa sedih pulak nak kene tinggalkan Jepun dan mengadap realiti kehidupan di Malaysia tanah air tercinta. Tapi awal-awal lagi aku memang dah plan ini hanya trip ke Jepun part 1, so akan ada lagi trip ke Jepun part seterusnya..yang entah tak tahu bila, sebab poket pun dah kering, kene kumpul duit dulu. 

Sayonara Japan......semoga berjumpa kamu lagi..

Kyoto - Osaka Day 6- Nara, Osaka Castle

Hari ke-6 di Osaka, kami pergi ke Nara. Tujuan ke Nara cuma satu, nak bagi Cik Sofea pegang rusa. Awal pagi kitorang bergerak dari Osaka station ke Nara. Naik JR Loop Osaka stop kat Shinimamiya Station, lepas tu tukar train kat Platform 2 ke JR Nara Station. Harga tiket 800 yen/adult. Sampai je Nara Station, Fazri beli Nara 1 day pass bus ticket berharga 500yen dalam station tu jugak. Bas ni setiap 10 minit ada dan dia akan buat satu pusingan kat tourist spots area Nara dimana visitor boleh turun mana-mana tempat mereka suka. Memang sangat convinient. Sebab dah plan nak berada setengah hari jer kat Nara, kami decide nak pergi Todaiji Temple dan Nara Park je, sebelah petang pulak nak jalan-jalan kat area Osaka. 

Nara Park 

Ketibaan kami kat Nara disambut mesra oleh rusa-rusa yang setia menunggu diberi makanan. Fazri beli sepeket makanan rusa, harga 150 yen. Rusa- rusa kat sini pantang tengok orang pegang makanan, mesti dikejar. Aku yang tak pegang apa-apa pun die sondol. Sondol bontot pulak tu, shame on you deers..

Penyambut tetamu 

Fazri bagi makanan, aku tak, dah merajuk kene sondol, hahaha

Pose manja
Makcik makcik jual makanan rusa, pelik gak, rusa-rusa ni tak pulak pergi menyondol makcik-makcik tu.



Mak ngan anak agaknya

Sedangkan semut pun takut nak pegang, apatah lagi seekor rusa
Todaiji Temple

Lepas sesi suai kenal dengan rusa-rusa, kami berjalan ke Todaiji Temple, antara temple tertua kat Jepun ni. Aku ambik gambar dari luar jer, tak masuk, sebab nak jimat duit, masuk kene bayar, hehe. 

Pintu gerbang ke Todaiji Temple
Todaiji Temple

Dah macam Ju-On da aku tengok, balik ni kene potong rambut dia

Haa, adela tu yang nak dibelinyer

Dah dapat sebatang pensel rusa. Senang jer die paw ayah die, aku mintak handbag Gucci dari awal kawin sampai sekarang tak dapat-dapat lagi

Beautiful view at Nara Park

Nara Park
Osaka Castle

Tengahari kami balik ke Osaka. Berehat rehat sekejap sebelum keluar balik ke Osaka Castle. Dari Osaka Station kami naik JR Osaka Loop stop kat Osaka Kojoen Station. Harga tiket 160 yen Sampai Osaka Castle dah pukul 4 petang, Castle dah tutup, tapi taman -taman surrounding die masih bukak lagi. Aku pun tak plan nak masuk castle, nak jalan-jalan kat luar jer.

Pintu gerbang masuk ke kawasan istana
Round dulu kat taman luar castle ni





Taman belakang castle
                           
Add caption


Add caption


Budak gedik kesayangan aku.