Kyoto - Osaka Day 3 - Kinkakuji Temple, Higashiyama District

Sebenarnya sebelah pagi aku tak plan nak ke mana-mana. Sebab dah plan nak keluar berjalan sebelah petang sampai la malam. Tapi jam 10 pagi aku tengok Fazri dan Sofea ternganga depan TV Jepun, cube nak memahami..Aku pun ajaklah diorang keluar jalan-jalan. So trip ke Kinkakuji Temple ni sebenarnya addhoc plan je. Aku pun tak paham kenapa tak letakkan dalam iti, padahal Temple ni salah satu main attraction juga kat Kyoto ni. Aku rasa tak menyesal pegi ke sana sebab tempat dia sangat cantik. Dari Kyoto Station naik bas no. 205 berhenti kat Kinkakuji Miji Bus Stop. Perjalanan lebih kurang 40 minit. Tiket masuk ke temple 400 yen. Terpegun jap aku tengok kecantikan park die. Katanya Golden Pavillion ni dibuat daripada emas, betul ke?

Kinkakuji Temple

Pintu masuk ke Kinkakuji Temple

Golden Pavilion

Golden Pavilion from different angle
Dan lagi
Darth Vader kecik merajuk lagi..mintak dukung
Lepas dukung, terus ceria, arrghh, drama queen betul!
Agak-agak kalau buat satu pokok camni kat umah okay tak?
Higashiyama District - Temples and Hanatorou

Dah puas berjalan-jalan kami balik ke hotel, makan nasi beryani Pak Brahim dan rehat-rehat sekejap. Sebelah petang kami pergi Higashiyama District. Tujuan ke sana nak berjalan -jalan di sana yang terkenal dengan bangunan-bangunan jepun era lama. Dari Kyoto Station naik bas no. 100 stop kat Yasaka Shrine. Dari Yasaka Shrine kami berjalan kaki ke Maruyama Park, terus ke Kiyomizudera Temple. Lauan dari Yakasa Shrine ke Kiyomizudera ni sangat cantik, terasa macam berada kat zaman jepun lama-lama dulu. Kat sini kami jumpe ramai minah minah Jepun pakai Kimono yang comel-comel belaka, aku tengok Fazri dok jeling-jeling jer minah-minah tu. Taste die memang yang comel-comel macam aku, hahaha.  Jauh jugakla kami berjalan, dalam 2 kilometer (haha jauhler sangat kan?) Kalau kat Malaysia mintak maaplah aku nak jalan jauh camtu. Sepanjang laluan ni banyak kedai-kedai jual souvenir, ada kipas jepun, coin purse, handicraft (harga pun santek sangat yer harap maklum). Aku tak beli apa-apa sebab ingatkan boleh dapat kat tempat lain, rupa-rupanya kat tempat lain tak der yang serupa dan lagii mahaal. Menyesal tak kesudahan, huhuhu


 Laluan awal di Higashiyama district, tak ramai orang lagi

Dah start ramai orang, tak pe, masih lagi boleh bertahan

Gambar merajuk di setiap tempat adalah wajib

Makin lama makin ramai orang

Hampir senja
Pakcik pun dah siap-siap nak ke masjid die
                                       
Cuci mata tengok souvenir kat kedai kedai tepi jalan
                         
Souvenir shops along the walk pathway
Kami berjalan lagi dalam 0.5 kilometer sampaila ke Kiyomizudera Temple, hari pun dah senja. Plan kami memang nak lepak-lepak kat situ dulu tunggu sampai hari gelap sket. 

Kat Malaysia time senja orang semua pergi masjid, kat sini kitorang pergi kuil pulak. Ampunkan dosa ku ya Allah..

Pemandangan senja dari Kiyomizudera

Kami ronda-ronda sekejap kat Kiyomizudera sebelum patah balik ke Yasaka Shrine. Malam ni malam terakhir Hanatoro kat Kyoto ni. Hanatoro ni macam pesta lampu la kirenye, selalunya dibuat dalam bulan March tiap-tiap tahun kat Higashiyama district. Sepanjang Hanatoro ni, diorang akan pasang lampu kat setiap temple dan sepanjang lorong-lorong kat Higashiyama district ni.


Aku di kala senja

Muke dah kepenatan, aku rasa ada lebih 5 kilometer dah kitorang berjalan
Kedai- kedai masih buka lagi

Yasaka Pagoda during Hanatoro

  Yasaka pagoda yang disnari cahaya lampu semasa hanatoro, gambar tak cantik, huhu bila la boleh  upgrade camera canggih ni..

Kalau nak naik menatang ni pun boleh juga, tapi harga aku tak sempat survey

Lampu-lampu yang dipasang sepanjang jalan, romantic you...
Awal jugak kami balik hotel malam tu, dalam jam 8.00 malam, nak charge tenaga untuk esok hari pulak. Hari ni rasa puas berjalan, apa yang pasti, Higashiyama and hanatoro is among the most romantic places i've ever been...


No comments:

Post a Comment