Kyoto-Osaka Day 4- Kyoto Tower, Dotonbori

Kyoto Tower

Hari terakhir di Kyoto, kami berkemas untuk pindah ke hotel di Osaka pula. Sebelum naik train ke Osaka, kami sempat singgah Kyoto Tower yang hanya berhadapan dengan Kyoto Station. Kami cuma seberang jalan saja ke sana. Bayaran masuk 300 yen/adult selepas diskaun yang diberi pihak hotel. Kyoto tower ni sebenarnya terletak di bahagian atas sebuah kompleks. Dalam kompleks ni ada pejabat dan kedai-kedai. Kedai souvenir pun ada di bahagian bawah kompleks. Sebelum naik ke tower, aku sempat singgah beli beberapa souvenir untuk kawan-kawan. Harga dia bolehtahan mahal tapi banyak choices kat sini macam keychains, fridge magnet etc.

Kyoto Tower 


Cik Sofea memantau keselamatan bandar Kyoto

Kyoto city- view from the tower

Hearton Nishi Umeda

Keluar je dari Kyoto Tower, kami cepat cepat beli tiket ke Osaka. Di Okasa, kami stay di Hotel Hearton Nishi Umeda, sangat dekat dengan Osaka station, lebih kurang 5 minit berjalan. Bilik hotel ni lebih kecik dari hotel di Kyoto, tapi okayla kan, ini cuti- cuti menjejak Samurai, bukan cuti-cuti santai di hotel..bilik hotel ni tempat singgah berak jer kot..

Bilik hotel- muat-muat jer untuk tiga orang

Aku suka sangat shower bath dia, rasa nak curik bawak balik malaysia, boleh tak?
Dotonbori

Sebelah petang, kami pergi Dotonbori, naik subway dari Osaka station, dalam 15 minit. Sampai Dotonbori dah hampir malam, tapi memang saja nak pergi malam pun, nak merasa suasana yang happening kat sana. Fazri tak gemar sangat tempat-tempat camni, macam Petaling Street dia kata, tapi aku suka..nak buat camner, aku yang buat itinerary, kene la die ikut kan? hahaha..







Dotonbori yang happening 

Tujuan utama ke Dotonbori ni sebenarnye nak makan takoyaki, sanggup tu beratur lama depan kedai semata-mata nak merasa takoyaki original Jepun. Harga? 800yen untuk 6 bijik. First time makan, sedap gak, macam cucur udang. Lepas tu kitorang terjumpa lak Turkish ice cream stall kat tepi jalan, Ice cream ni kat Mesia pun banyak jual, tapi sebab Cik Sofea nak sangat makan, kite beli jugak ler, harga 600 yen, mahalnyerr mak oii. Sebenarnya Cik Sofea dah mintak aiskrim sejak datang sini first day lagi, sebab dia ternampak Baskin Robin kat Train Station. Jadi kenela aku melayan kehendak die sebelum die tantrum dan seterusnya membuatkan aku meroyan. 

Besar lubang hidung dia ni, boleh muat kepala orang
Kedai Takoyaki


Pakcik jual aiskrim Turki, sebijik macam yang jual kat Mid Valley, adik beradik ke?
Buang tabiat makan ais krim time sejuk-sejuk
Lepas makan aiskrim, kami membuang masa berjalan menyusuri tebing sungai. Jalan punya jalan akhirnya aku jumpa gak iklan besar Glico man yang famous tu. Orang kata kalau pergi Dotonbori wajib ambik gambar dengan Glico man, so aku pun posing sekejap kat situ. Fazri macam blurr je, apsal beriya sangat nak ambik gambar kat situ, hujan lak tu. Aku sengih je..tu la, suh buat research tak nak! (giler kot nak kene panah petir pergi Dotonbori tak ambik gambar depan Glico man?!) 

Dengan Glico man, tercapai target aku malam ni

At the river bank
Sungai lagi, nampak tak happening sebab ini adalah dibelakang kedai-kedai
                               

Setahun makan pun tak abis ni

Tak lama kami berada di sini. Dalam pukul 8 kami balik hotel, kalau ikutkan aku nak berjalan lagi kat Dotonbori tu, tapi hujan makin lebat, cik Sofea lak asek merengek jer, dan Fazri pun dah mula muncung. Anak beranak sama je, tak boleh bawak berjalan lama sket. Jomlah kita balik...














No comments:

Post a Comment