Kyoto - Osaka Day 1 - Fushimi Inari

Kami berlepas ke Kansai Airport jam 1 pagi, 12 Mac 2015, pukul 8 pagi waktu tempatan dah sampai. Tak terasa jauh sebab sepanjang perjalanan memang tido je. Sampai Osaka, aku dan Fazri terpinga-pinga, blur sekejap mencari arah. Maklumlah, first time sampai Jepun.. Masa berjalan tanpa haluan tu la ada sorang pakcik Jepun tegur.

"Hello, from Malaysia?"

Tau je pakcik ni, agaknya dah biasa nampak awek cun dari Malaysia pakai tudung macam aku, kahkahkah.

"Err, yes, from Malaysia"

"Owh, apa khabar?"

Aik, pandai pulak die cakap Melayu.

"Wah, you can speak Malay! Are you Japanese?"

Manala tau kan sebenarnye Apek Cine Malaysia jer die ni..

"Yes, I worked in Penang before. Penang mari"

"Oh really, we are from Kuala Lumpur"

Fazri mule melayan.

" I worked at Ajinamoto factory in Penang. I own the factory"

Okay, tauke kilang Ajinomoto di Penang. Kami layankan saja dia borak. Betul atau tidak lain cerite, yang penting die pandai cakap Melayu, heheheh. Selepas berborak-boral sekejap pakcik tu pun blah.

"Have a nice holiday" Ucap dia..

Kami decide untuk terus cari post office ambik rental Wifi. Wifi ni Fazri book dari internet je, pastu ambik kat airport, senang sangat, Lepas dapat Wifi, aku sempat cari tempat mandi pagi kat airport. Nak mandi ni kene pergi KIX Lounge, bayar 520 yen, dan aku diberi bilik persalinan dan bilik mandi. Nak mandi, masukkan coins air panas keluar selama 15 minit. Lepas siap-siap pakai bedak pakai gincu sumer kami pun beli tiket ke Kyoto station.


Kyoto Dai Ni Tower Hotel

Sampai Kyoto Station, kami berjalan ke Kyoto Dai Ni Tower Hotel, sangat dekat dengan station, tak sampai 5 minit jalan dah sampai.

Train ticket-from kansai airport to kyoto
Kyoto Dai ni Tower hotel, hotel yang kami stay selama kat Kyoto
                                       
Our room at Kyoto Tower Dai- ni Hotel- Cantik kan cadar, macam cadar kat rumah je

Sampai hotel je, kami rehat-rehatkan badan sekejap dan makan tengahari. Aku memang bawak bekal nasi lauk Brahim dari Malaysia, senang sangat, panaskan dalam air panas 5 minit lepas tu dah boleh makan. Tekak aku tak sesuai sangat dengan makanan Jepun ni, Lagipun aku rasa jimat sket bawak makanan dari rumah.

Fushimi Inari

Disebabkan hari masih siang, maka perlulah kite keluar berjalan-jalan dulu kan, takkan dah bayar mahal-mahal pastu duduk bilik je? maka aku pun kerah Fazri dan Sofea siap-siap. Petang tu kami pergi Fushimi Inari Shrine. Kami naik train dari JR Kyoto Station stop kat JR Inari, sekejap je, tak sampai 10 minit. Harga tiket 120 yen.

Laluan utama ke Fushimi Inari
Sebelum kita explore tempat ni, kita usha map kawasan ni dulu 
Ni tempat sembahyang dia

Tempat ambik air sembahyang sebelum masuk kuil
Kawasan temple ni sebenarnye besar, kalau nak boleh je hiking sket naik atas bukit tengok pemandangan. Tapi sebab ada budak kecik hasrat nak hill hiking terbantut. Lagi pun niat utama adalah nak ambir gambar dekat Torii Gate.

Torii Gate at Fushimi Inari
Torii gate, boleh google tentang asal usul sejarah dia..

Torii gate
Emm, model tak berapa nak photogenic

Tak sure ni menatang apa, tak de apa-apa penerangan kat sini untuk dibaca
Souvenir pun ada jual gak
Dekat senja baru kami balik hotel, itu pun sebab tak tahan sangat sejuk. Suhu di Kyoto masa ni 6-9 degree celcius.

Dah senja, balik jom..


No comments:

Post a Comment