Siem Reap Day 2 - Halal Restaurant and Phare Cambodian Circus

Hari kedua di Siem Reap. Balik dari Kompong Khleang sampai hotel baru pukul 3.30ptg. Aku dan BF termanggu-manggu kebosanan tak tau nak buat apa. Daniel, staf hotel ni suggest aku pergi tengok Apsara Dance show, sejenis tarian Cambodia. Tapi bila aku tengok review kat Tripadvisor, macam tak best je. Kebetulan aku ada terbaca jugak pasal satu night show ni; Phare Cambodian Circus. Takde review dari orang Malaysia, banyak dari mat saleh je. Dan review-review mereka bagi 4-5 star. Aku pun macam tertarik terus decide nak tengok show tu. 

Pukul 4.30 petang kami keluar dari hotel. Sebelum ke tempat show tu kami pergi dulu ke restoran halal di down town Siem Reap. Sebelum ke Siem Reap aku ada terbaca pasal makanan halal kat sini. Orang kata kalau datang sini kene rasa Daging lembu naik bukit, yang tak ada kat Malaysia. Aku pun teringin nak merasa daging tu, walaupun kami banyak lagi bekalan makanan Ready-To-Eat Meal Pak Brahim kat bilik.

Ada beberapa restoran halal kat Siem Reap ni. Banyak ada kat area Down Town. Antaranya :

1. Muslim Family Restaurant 
    - No. 074, SteungThmeyVillage, Sangkat Svay Dangkum, Siem Reap
2. Cambodian Muslim Restaurant 
    - No 086, Steung Thmey Village, Sangkat Svay Dangkum, Siem Reap
3. Wau wau Restaurant 
    - No. E09, National Road No.6, Borei Angkor Shopping Arcade, Krous Village, Siem Reap
4. Curry Walla Indian Cuisine
    - No. B05, Sivatha (St.), Sangkat Svay Dangkum, Siem Reap
5. Maharajah Restaurant
   - Sivatha (St.), front of Terrasse Des Elephants, Old Market Area, Siem Reap 

Muslim Family Restaurant

Aku decide untuk pergi Muslim Family Restaurant, yang terletak di Down town. Masa kami pergi ke Down Town semalam, tercari cari gak restaurant ni tapi tak jumpa. Jadi petang ni aku tunjuk je alamat kat driver tuk tuk. Dia pun angguk-angguk, aku harap dia taula macamana nak pergi sana. Tak sampai 10 minit kami dah sampai. Memang restoran ni dekat dengan down town, tapi kedudukan dia agak tersorok sket di lorong-lorong perumahan, susah nak jumpa. Ada sebuah lagi restoran halal kat sini, Cambodian Muslim Restaurant, tapi kami tak sempat nak ke sana. 

Sebenarnya restoran ni dalam kawasan orang islam Cambodia. Berdekatan dengan masjid Siem Reap. Masa kami sampai, owner restoran, Mat Nor nama dia, ada kat kedai. Peramah orangnya. Pandai cakap Melayu sikit-sikit. Menurut Mat Nor, disebabkan orang Islam kat sini golongan minoriti, mereka susah nak dapat makanan halal. Mungkin sebab tu la dia decide untuk bukak kedai makan.
Signboard depan kedai makan
Di dalam kedai

Bersiap sedia order makanan
Tunjuk skill masak, hahaha. Daging lembu diletak dalam kuali yang bebentuk bukit. Haa sebab tula nama dia lembu naik bukit. Lepas tu masukkan telur dan sayur-sayuran. Senang jer ghupenye
Inilah dia bila dah masak. Cecah dengan kuah sos BBQ atau sos cuka
Coconut shake adalah air kegemaran aku dan BF sepanjang kat Siem Reap.  Memang rasa kelapa asli. Terbaik lah!

Ular kekenyangan

Bagi aku Daging Lembu Naik Bukit memang sedap. Rasa dia memang macam Daging Lembu Naik Bukit, tak serupa dengan mana-mana masakan kat Malaysia. Aku ada order jugak tomyam dengan sayur campur, emm, so-so je...

Phare Cambodian Circus 

Lepas makan hujan turun dengan lebat. Kami tunggu sekejap sebelum berjalan kaki balik ke area night market. Dekat dekat restoran tu tak ada tuk tuk, kene ambik dekat down town. Dari sana kami naik tuk tuk ke Phare Cambodian Circus Show. 

Phare Cambodian Circus show ni berdekatan dengan Angkor National Museum. Selalunya driver tuk tuk tau tempat ni. Alamat tak berapa nak full dia : Lot A, Komay Road/Behind Angkor National Museum/In Front of Angkor Century Hotel, Siem Reap.

Tiket boleh dibeli di sana atau reserve online kat website dia www.pharecambodiancircus.org 

Show ni bukak setiap malam jam 8.00-9.00. Memang nama dia sarkis tapi bukan macam pertunjukan sarkis yang kita tengok kat funfair tu. Show diorang ni lebih kepada drama teater yang dimainkan secara sarkis. Haa, boleh bayangkan tak? Memang sangat menarik. Ada unsur komedi, sedih dan serius. Seriously sepanjang 1 jam show mata aku tak lepas dari pandang pentas. Hilang kebas punggung duduk atas seat papan. Rasa macam sekejap sangat dan rasa nak datang balik next day sambung tengok. 

Setiap malam persembahan yang berbeza akan dimainkan. Malam ni diorang main drama "Eclipse", cerita seorang pemuda kampung cacat yang dibenci orang kampung. 

Diluar khemah

Laluan masuk


Ada kedai souvenir kat sini. Tapi harga mahal


Inilah dia tempat persembahan. Sebenarnya persembahan ni dibuat dalam satu khemah yang besar di panggil Big Top. Tempat ni boleh muat sampai 350 orang, tapi kene datang awal untuk dapatkan seat yang best. Skrin kat atas tu akan tayang subtitle masa diorang buat show. Sangat-sangat membantu. Tempat dia memang basic jer, Seat pun tak ada tempat sandar.

Kami adalah the only orang Malaysia kat sini. Bila tengok sekeliling aku sorang je yang pakai tudung. Penonton ramai mat saleh. orang asia adalah beberapa kerat.
Main tiup tiup api. Gamba memang tak lawa, banyak sangat pergerakan. Haha sebenarnya aku yang tak tau nak amik gambar time malam. Balik ni kene menuntut lagi
Persembahan diorang ni memang agak daring jugak, siap terjun-terjun dari tiang tinggi lagi. Tiap kali diorang buat aksi stunt, semua penonton senyap, berdebar-debar. Bila berjaya semua orang bersorak. Aku pun sama jugak.

Dan aku rasa inilah persembahan teater/drama/sarkis yang paling best aku pernah tengok. Memang sangat berbaloi bayar tiket USD18. Kalau ada sesapa pergi Siem Reap dan tak tahu nak pergi mana waktu malam, memang aku sangat suggest lah Phare Cambodian Circus ni.  Rugi tak pergi!





Siem Reap Day 2 - Kompong Khleang and Tonle Sap Lake

Hari kedua di Siem Reap, aku berasa lebih fresh berbanding semalam. Hari ni kami plan ke Kampong Khleang, salah satu floating village di Siem Reap. Di Siem Ream ni ada 3 floating villages; Chong Kneas, Kompong Phluk dan Kompong Khleang. Chong Kneas dan Kompong Phluk terletak lebih dekat dengan Siem Reap dan selalunya memang crowded dengan pelancong. Selepas mengira-ngira dan menimbang, aku decide untuk pergi ke Kompong Khleang, yang lebih secluded namun lebih mahal harganya. Aku kira agak berbaloi, sebab kampung ni lebih besar, tidak begitu touristy dan tidak ramai pengunjung dan menunjukkan keadaan sebenar masyarakat Camvodia. Dan yang paling penting, aku tak akan bertembung dengan 'rombongan bendera' dari China/Korea yang bising tu. Kat mana-mana pun ada mereka!

Ke Kompong Khleang ni aku decide untuk ambik tourist guide, sebab tempat ni agak remote dan aku pun tak arif dengan budaya orang sini. Lagipun aku nak belajar lebih lanjut tentang kehidupan masyarakat di sini. Guide kami hari ni bernama Sophear. Walaupun masih muda, dia ni banyak pengetahuan tentang tempat-tempat yang kami nak pergi ni. English dia pun fluent, slang U.S lagi tu. Menurut Sophear, di Siem Reap ni ada dua jenis tourist guide, tourist guide untuk Angkor Kompleks dan guide untuk floating village/local places. Nak jadi tourist guide ni pun kene belajar bahasa dulu selama 2 tahun lepas tu ada exam untuk dapatkan lesen profesional. Kalau sesapa nak jadi guide untuk English speaking tourist, die akan belajar English je, kalau nak jadi guide untuk orang Jepun, die akan belajar bahasa jepun jer, dan seterusnya. Jarang ada tourist guide yang multi language kat sini.

Berbalik kepada cerita ke Kompong Khleang. Perjalanan naik kereta ke Kompong Khleang amik masa lebih kurang 40 minit dengan jarak perjalanan dalam 20km. Tak jauh, tapi Sophear bawak agak perlahan dan banyak bercerita.

Bawa hasil kebun untuk dijual agaknya
Bamboo Sticky Rice 

Dalam perjalanan kami singgah di tempat orang menjual bamboo sticky rice. Bamboo rice ni lebih kurang macam lemang je kalau kat Malaysia, tapi di sini dia campur beras pulut dengan red bean, dimasukkan ke dalam buluh. Buluh die lebih pendek dari lemang. Harga sebatang 50cent. Kalau kawan-kawan datang ke Siem Reap, jangan lupa try Bamboo rice ni, rasa dia lemak-lemak manis, sedap!


Gerai Bamboo rice di tepi jalan je

Makcik tengah bakar lemang


Bamboo rice yang dah masak, bahagian luar yang hangus dah dibuang. Kalau nak order untuk kenduri bolehlah contact no.tu


Bamboo rice


Rupa sebenar Bamboo rice, beras pulut dan red bean, sedap. Kalau datang Siem Reap jangan lupa cuba.
Claystone Brick Factory 

Perjalanan diteruskan lagi menuju Kompong Khleang. Kami singgah lagi di sebuah kilang membuat batu bata secara tradisional. Owner kilang ni orang kampung sini, rumah dia pun kat sebelah kilang je. Menurut Sophear, beberapa tahun dulu kilang-kilang batu bata ni bersepah kat Kompong Khleang. Mereka akan tarah bukit-bukit tanah liat sekitar kampung ni. Tapi sebab banyak bukit dah kene tarah akhirnya Community (Kerajaan) buat polisi dimana sesiapa nak buka kilang batu bata kena dapatkan lesen secara sah dan kene renew setiap tahun. Sekarang adalah 2-3 kilang yang masih bertahan kat area ni.

Tempat proses tanah liat. Nampak tak bukit-bukit kat beakang tu. Tanah daripada situ lah mereka ambil. Tanah liat tu kene campur dengan air dulu baru boleh dibentuk

Tanah liat yang dah lembut dibentuk menjadi brick

Kanak kanak bermain tanah liat. Teringat kat anak kat umah, mesti tengah main play doh juga, huhuhu
Brick yang dah dibentuk disusun bawah bangunan untuk dikeringkan. Lama jugak nak keringkan bende ni. Hampir seminggu
Bila dah kering, baru lah brick ni boleh dibakar. Haa, ni tempat pembakaran dijalankan. Diorang guna kayu api je nak bakar brick ni, Brick perlu dibakar selama dua hari. Pekerja-pekerja ni kene kerja shift 24 jam sebab nak kene jaga api waktu malam

Pemandangan di dalam tempat pembakaran
Bagus jugak Sophear ni bawak aku ke sini. At least aku tahu macamana proses batu-bata kat rumah aku tu dibuat. Tapi kilang ni tradisional sangat, ada kat kampung-kampung je. Kalau kat bandar mungkin teknologi die lebih canggih lagi.

Kompong Khleang


Selepas melawat Kilang batu bata, akhirnya kami sampai ke Kompong Khleang. Sebenarnya Kompong Khleang ni adalah floating village. Kalau musim hujan, kereta tak boleh masuk sini dan kene naik bot dari luar, ambik masa dua jam. Tapi sekarang musim kering. Sungai pun kering makanya tak ada canlah kami nak meronda tempat ni guna bot. Kat Kompong Khlean ni Sophear bawak kami ronda-ronda sekitar kawasan. Bagi aku kampung ni maju sikit je dari kampung orang asli kat Malaysia. Rumah-rumah di sini semua kayu, dibuat setinggi 6 ke 10 meter sebagai persediaan musin hujan. Keadaan sekitar rumah agak daif, dengan suasana yang berdebu tanah merah.

View at Kompong Khleang. 

Kompong Khleang lagi. Jalan tanah merah yang berdebu, tak guna pun letak tar, nanti musim hujan rosak juga. Kalau musim hujan air akan naik separuh tiang, jalan ni akan jadi laluan bot.
Sunyi..semua orang kuar bekerja kot

Tiang rumah yang tinggi
Contoh-contoh rumah. Tangga tengah-tengah tu untuk motosikal naik ke atas. Nak elak kecurian

Amik gambar dengan BF dulu
Sophear bawa kami ke pasar pagi, di mana orang-orang kampung menjual hasil hasil kebun.

Suasana pasar, tak meriah, tak ramai orang. Untuk orang kampung je

Makcik jual sayur fresh dari ladang. Ni lah rupe dia sayur yang ditanam tanpa baja kimia. Kecik kecik je


Kakak baru sampai pasar


Pakcik borong ikan 

Abang baru nak kuar bekerja

Dikejar hingga ke tebing sungai
Daripada pasar kami berjalan sampai ke jeti. Dari jeti ni kami naik bot ke Tasik Tonle Sap. Bot ni memang simple je, Takde life jacket. Tapi Sophear kata dont worry. Sebab sekarang musim kering, air sungai tak sampai satu meter. Aku terpaksa percaya kata-kata dia untuk sedapkan hati. Air sungai semasa musim kering ni sangat kotor disebabkan tanah liat di dasar sungai. Kata Sophear lagi, kalau musim hujan air sangat clear dan cantik. Tapi takpelah, takde rezeki nak datang sini masa musim hujan.

Jeti bot di Kompong Khleang 

Tebing sungai 
Perjalanan naik bot ke Tasik Tonle Sap mengambil masa lebih kurang 30 minit. Suasana perjalanan sangat mendamaikan. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipiku yang legam akibat sunburn. Sepanjang perjalanan kami melalui beberapa perkampungan di tebing sungai. Setiap rumah -rumah ni ada pelampung di bawah rumah, dibuat daripada tong, jadi bila air sungai naik, rumah rumah ni akan terapung. Kaedah yang sama dibuat kat Kampung Bantal, Jerantut. Setiap rumah pun mesti ada satu bot untuk kegunaan musim hujan.

Di kampung ni tak ada bekalan elektrik. Orang kampung akan guna bateri kereta untuk bekalan elektrik. Satu bateri kereta yang fully charged akan bertahan selama lebih kurang seminggu. Tapi kalau orang kampung yang kaya sikit akan guna tenaga solar.

Bot aku naik, no.27. Siap sedia bergerak ke Tasik Tonle Sap

Rumah-rumah di tebing sungai, semua pun tinggi-tinggi

Bot untuk kegunaan musim hujan

Rumah ni rendah je, tapi boleh terapung masa musim hujan

Bot wajib ada setiap rumah, kalau tak berebut pulak
Pakcik makcik nak pergi bandar agaknya



Yang ni nak pegi mana pulak?

Pondok comel di tebing sungai

Okay, dari dekat tak berapa nak comel sebab banyak sampah

Cari rumput untuk lembu makan. Ada jugak rumput yang dikeringkan untuk dibuat bumbung rumah

Perkampungan sepanjang sungai, semuanya floating house

Kanak kanak riang ria

Yang ni macam malu-malu
Tonle Sap Lake

Selepas beberapa lama menikmati pemandangan di tepi sungai akhirnya tiba juga di muara sungai yang menghala ke Tasik Tonle Sap. Di muara sungai ni ada satu perkampungan terapung. Lebih kurang dalam 20 buah rumah bot kat sini. Penduduk kampung ni orang Vietnam, bukan orang Kemboja. Menurut Sophear, mereka datang ke sini dah lama, sejak zaman civil war lagi. Dulu mereka ni semacam dipinggirkan, tapi sejak Perdana Menteri Cambodia kawin dengan orang Vietnam, mereka ni semakin mendapat perhatian dan bantuan dari kerajaan.

Sophear kata orang Cambodia tak suka dan tak boleh bercampur dengan orang Vietnam ni. Sebab orang Vietnam suka buat bising. Kalau bercakap mesti nak kuat, kalau pasang TV/radio kat rumah pun kalau boleh nak satu kampung dengar. Orang Cambodia tak suka. Ada betul jugak cakap dia ni, sebab aku tengok orang Cambodia ni memang polite orangnya. Kalau cakap pun slow je, tak huha huha.

Di Vietnamese floating village ni juga ada sebuah sekolah yang disediakan oleh kerajaan. Cikgu dia pun orang kampung juga. Budak-budak belajar bende basic je kat sini. Kat sini tak ada klinik. Kalau ada orang sakit, mereka perlu ke hospital naik boat. Klinik paling dekat kat Kompong Khleang tadi, tu pun taraf klinik desa je. Menurut Sophear, kalau ada orang mati mayat mereka akan dibawa ke hutan berdekatan untuk ditanam. Sebelum ni mayat mereka akan digantung di pokok di tebing sungai. Burung-burung akan makan daging mayat tu sampai habis. Lepas daging dah habis, tulang-tulang mayat akan dibawa balik oleh waris untuk disimpan atau ditanam. Tapi Community dah tak bagi buat macam tu, sebab bau mayat sangat kuat dan banyak sangat complaint dari tourist yang datang. Kat sini kene dengar cakap pelancong, sebab pelancongan adalah sumber utama penduduk Siem Reap. Tapi betul pun, scary pula pikirkan kalau berkunjung ke sini lepas tu balik hotel ada bau mayat melekat kat badan!

Viatnamese floating Village at Tonle Sap Lake
Nak pergi rumah jiran pun kene naik bot


Makcik ni punya bot cantik

Buat apa tu agaknya makcik

Nak main basikal tak boleh, kite main sampan je la ye kawan kawan. Ko ada?

Singgah jap rumah Kak Jah nak bergosip 

Sekolah di muara. Cikgu cikgu sekalian, sanggup tak agak-agak kalau kene hantar berkerja di sini. Kalau aku, tak.
Dewan masyarakat

Dalam 20 minit jugalah kami berhenti di floating village ni, meninjau keadaan semasa. Selepas tu boatman patah balik ke jeti yang kami naik tadi. Sophear hantar kami pulang ke hotel. Dalam perjalanan kami singgah di sebuah restoran dekat-dekat Kompong Khleang ni. Cantik restoran ni, aman damai dan bersih. Sebab ni bukan restoran halal, aku order vegeterian food sahaja.

Cantik restoran ni, sebelah sungai


Nasi goreng nanas, presentation dah cun. Tapi rasa hambar

Amok vegetable. Rasanya macam sayur masak lemak kat Malaysia, cuma kat sini mereka letak kacang tanah. Sedap

Kuih ni kat Malaysia pun ada, tapi kat sini dia letak bijan.Sedap


Lepas makan kami singgah berehat di hammock yang disediakan sebelah restoran

Berehat sebentar
Keseluruhannya trip ke Kompong Khleang ni sangat mengujakan. Macam-macam aku belajar daripada Sophear pasal life kat Cambodia ni. Kalau ada sesiapa datang ke Cambodia dan nak melawat floating village, aku suggest pilih Kompong Khleang ni berbanding 2 kampung yang lain. Sepanjang di sini, sekali je kami bertembung dengan pelancong. Rombongan bendera memang xde. Kat sini pun x ada scam berbanding dengan Chong Kneas.

Bersambung...