Siem Reap Day 1- Angkor Complex

Perjalanan dari Malaysia ke Siem Reap agak memenatkan. Pukul 3 aku dah bangun dah kejut BF siap-siap nak ke airport. Siap-siap dengan senyapnya sebab taknak Cik Sofea terjaga. Tapi saat nak gerak dari rumah tu die terjaga jugak maka pemergian kami kali ni diiringi oleh tangisan sedih-kene tinggal anak aku...

Flight kami jam 6.50pagi. Masuk je flight, aku terus sambung tido, tapi bukan nyenyak pun, jap pramugari datang bagi makanan, jap lagi datang lak kutip sampah. Nasib baik flight on time.

Sampai Siem Riem jam 7.50 pagi waktu sana. Keluar saja dari perut kapal terbang, kami disambut oleh paluan gendang dan muzik. Ada pulak cameraman dan wartawan snap-snap gambar. Terasa macam retis pulak. Rupa-rupanya hari ni adalah hari pertama pembukaan bangunan airport yang baru dan flight kami adalah flight pertama yang mendarat. Aku tengok adalah beberapa passanger yang kene interview dengan wartawan. Aku tunggu jugak diorang datang kat aku, tapi takde. Aku paham aku ni tak cukup retis nak masuk suratkhabar, pakai lak baju tido. Tapi harap-harap adalah sipi-sipi muka aku dalam surat khabar Cambodia nanti, heheh.



Ketibaan disambut paluan gendang dan tarian Cambodia

Custom check, Siem Reap International Airport

To Arrival hall

Outside, basic je airport dia ni
Di arrival hall driver hotel dah menunggu. Kami dibawa ke hotel yang dah aku dah book awal-awal lagi ; Borei Angkor Resort & Spa. Oleh sebab aku suka sangat hotel ni, aku akan review kat post lain. Ada hotel staff yang sambut kami. Daniel nama dia, aku tengok dia ni memang helpful dan friendly orangnya. Kami dapat check in awal, jam 9.30 pagi. Lepas tukar baju sekejap, kami turun ke reception balik. Daniel ada book tuk tuk untuk kami ke Angkor Complex. Harga tuk tuk USD18 sehari (8pg - 5ptg). Aku rasa boleh dapat lagi murah kalau book tempat lain, tapi sebab tak banyak masa kami ambik je tuk tuk hotel ni.

Driver tuk tuk Mr. Phoeuong nama dia (sebutannya Phong). English dia boleh tahan. Aku tak amik tourist guide untuk ke Angkor tapi Mr. Phoeuong ni boleh la cerita sikit pasal Angkor.

Naik tuk tuk ke Angkor ambik masa dalam 15 minit. Sebenarnya ramai orang salah paham pasal angkor kompleks ni, termasuklah aku. Aku ingat Angkor ni satu kawasan kuil yang besar, tapi sebenarnya ia adalah satu bandar lama yang dibina semasa Empayar Khmer pada kurun ke 12-13.Tak nak cerita pasal sejarah, itu semua boleh cari kat internet.

Disebabkan masa sangatlah singkat, ada separuh hari je nak explore angkor ni Mr. Phoeueng suggest kami ambik small route saja, yang akan cover 5 buah temple:

- Bayon
- Baphuon
- Ta Phrom
- Banteay Kdei
- Angkor Wat

Mula-mula aku ingat nak pergi Angkor Wat dulu, sebab itu lah main temple kat sana, tapi Mr Pheuoeng suggest kami pergi sana last sekali bila dah petang sket. Kalau pergi awal matahari tengah tegak kat kepala tak cantik nak ambik gambar dia kata. Okay aku pun setuju dengan cadangan dia.

Maka kami pun bergerak dari hotel ke Angkor menaiki tuk tuk. Mr Phoeuong ni memang legend betul lah. Dia bawak tuk tuk menentang arus jalan walaupun kenderaan-kenderaan dari depan dah hon-hon dia. Aku cuma mampu tawakal dalam hati, tapi kaki dah sebelah kat luar, siap sedia melompat keluar kalau jadi apa-apa.

Naik tuk tuk menuju ke Angkor, ko tengok dia ni, kalau kat Malaysia dah lama kojol dah ni
Kiri kanan jalan raya

Jalan menuju ke Angkor Complex
Best jugak naik tuk tuk. Angin menampar-nampar pipi ku



BF dan tuk tuk driver
Sebelum masuk ke Angkor kami berhenti kat kaunter tiket dulu beli tiket. Harga tiket USD20/person for one day. Ada juga pass untuk 2 atau 3 hari. Mr Phoeuong pesan awal-awal tiket ni kene simpan elok elok sebab guard kat Angkor ni akan check selalu. Kalau tiket hilang kene dende mahal. Ok noted!

Singgah membeli tiket 

IC sementara. siap bergambar lagi
Bayon Temple 

Temple pertama yang aku pergi adalah Bayon. Aku rasa dalam 5 buah temple yang kami pergi inilah yang aku paling suka sekali. Nak dijadikan sejarah Bayon Temple dibina pada akhir abad ke 12 hingga awal abad ke 13 dan menjadi kuil rasmi bagi Raja yang memerintah masa tu, King Jayavarman VII.

Kawalan temple ni agak jauh ke dalam. Sepanjang jalan masuk ke dalam ada patung- patung manusia dan haiwan sepanjang jalan.


Luar Bayon Temple, belakang kami tu pintu gerbang dia

Ambik gambar dulu, sebelah naga sakti

Bayon Temple. Apa Boys II Men buat kat sini?

Gaya tak jumpa toilet

Lama ku tenung ku renung..Cube memahami...

Tapi langsung tak paham..

Dalam kawasan. Banyak menara dengan ukiran wajah

Lorong sepi..

Berjalan di lorong sepi
Bayon temple ni ada dua tingkat. Lepas round sekali kat bawah kami naik ke tingkat atas, Kat tingkat atas nilah terletaknya menara-menara wajah yang dikatakan kepunyaan King Jayavarman VII. Terdapat lebih 200 ukiran wajah (wikipedia kata 216) yang sama di keseluruhan kuil ni. Begitu obsesnya raja dia dengan muka sendiri. Ada juga yang kata muka muka ni milik Bodhisattva yang dipanggil Avalokitesvara dan Lokesvara.

Ukiran wajah bersepah sepah

Wajah lagi, semua serupa

Wajah yang dikatakan milik King Jayavarman VII

Susah nak percaya, sebab banyak mana pun aku pandang, tetap muka singa, bukan Jayavarman VII
Baphuon Temple


Baphuon temple ni lebih kecik daripada Bayon. Masa kami sampai sini, aku decide taknak masuk ke dalam. Lepak-lepak luar je. Taman luar temple ni agak besar juga. Aku dan BF duduk sekejap di atas batu-batu kecik kat luar sambil makan snickers.








Ta Phrom


Ta Phrom temple adalah salah satu temple yang famous kat Angkor ni. Menurut Wiki, Ta Phrom atau nama lama dia Rajavihara dibina pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke 13. Selepas kejatuhan Empayar Khmer pada abad ke-17, kuil ni dibiar dalam hutan selama berkurun-kurun lamanya. Masa tulah pokok-pokok kayu tumbuh atas kuil dengan akar-akar dia yang besar tahap gaban tu melingkar dan membelit bangunan-bangunan kuil ni. Pada abad ke-21 apabila usaha membaikpulih kuil-kuil kat Angkor dibangunkan, Ta Phrom sengaja dibiarkan dek kerana keunikan akar-akar kayu ni telah menawan hati semua orang orang yang melihatnya. Tapi takdelah sampai dibiarkan langsung, maintenance tetap dijalankan untuk menahan bangunan kuil daripada ranap dikepit pokok besar.

UNESCO telah menyenaraikan Ta Phrom sebagai World Heritage List tahun 1992. Sampailah sekarang, Ta Phrom menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Angkor. Angelina Jolie pun sangat terpesona dengan keunikan Ta Phrom masa shooting Tom Rider tahun 2000.

Bila aku sampai kuil ni pun, aku pun terus bertukar mode feeling2 Lara Croft sebab teruja sangat nak explore keunikan Ta Phrom ni. Haa, kawan-kawan mari kita ikut pengembaraan Cik Lara Croft di Ta Phrom!
Pintu depan

Melangkah masuk ke dalam

Awal-awal lagi dah nampak pokok bersama akarnya yang besar

Atas bumbung pun dia boleh tumbuh

Antara cebisan cebisan bangunan yang belum runtuh

Sekejap, Lara Croft nak berehat dulu lepaskan lelah di sini bersama BF.

Akar pokok macam ular melingkar

Yang ni dah betul betul membelit bangunan


Bumbung pun dah berkulat

Mungkin gambar gundik gundik raja

Yang ni malu-malu sorok belakang pokok, sexi sangat kot

Akar pokok ni kecik tapi banyak dan berselirat


Ditawan oleh akar pokok

Paling famous sebab Lara Croft pernah main gayut gayut kat sini

Ni biasa-biasa saja, muda lagi kot..
Banteay Kdei

Mungkin ramai tak bersetuju tapi bagi aku Banteal Kdey ni memang biasa-biasa saja. Bila aku datang ke sini perasaan aku macam takde perasaan. Apa yang special sangat temple ni yer? Size die lebih kecik dari Bayon atau Baphuon. Masa kami sampai di sini aku dah rasa kepenatan. Aku cuma pusing- pusing ambik gambar kat sekitar temple jer.

Pintu masuk

Kena berjalan sikit ke kuil. Ramai peniaga berjualan di sini

Sempat gak beli air sejuk dan nenas potong

Banteay Kdei

Banyak dah roboh

Binaan yang sama macam Bayon dengan tiang-tiang besar. Banyak ukiran Apsara Dance dekat dinding dan tiang

Hantu mak lampir kat tingkap
Angkor Wat

Angkor Wat adalah temple terakhir yang kami pergi hari tu. Aku beranggap Angkor Wat ni sangat penting dalam sejarah peradaban dunia. Kalau tak penting, takkanlah masuk dalam buku sejarah masa sekolah dulu kan?

Nak jadikan cerita walaupun tujuan utama ke Siem Reap adalah nak tengok Angkor Wat, tapi akhirnya kami tak masuk pun Angkor Wat tu. Terkandas depan pintu gerbang disebabkan daya ketahanan yang begitu lemah sekali ketika itu, hahaha.

Sampai Angkor Wat dalam jam 2petang lebih. Kepala aku dah nyut-nyut semacam, tak cukup tido semalam. Tambah lagi dengan cuaca yang maha panas time tu. Mr Phong kata suhu hari ni mencecah 40 darjah celcius. Biar betik? Tapi demi Angkor Wat kami perkasakan diri jugak melangkah menuju ke dalam.

Rupa-rupanya jauh jugak nak sampai ke temple tu. Mula-mula kene jalan ke pintu gerbang dia. Sampai ke pintu gerbang dia aku ingat dah sampai dah, tapi kene jalan lagi seberang tasik untuk sampai ke main building. Time ni memang aku rasa nak pengsan. Berbotol-botol air aku minum nak tambah energy tapi makin pitam dibuatnya.

Dengan hati yang berat aku ambik keputusan untuk stop di situ saja. Nampaknya memang sampai di sini sajalah perjuangan kami kat Angkor Park ni.

Kami pun cari port di tepi tasik. Sambil duduk tepi tasik tu aku menghayati bangunan Angkor Wat dari kejauhan. Sayu. Kami duduk sekejap tepi tasik perhatikan gelagat orang ramai di situ.


Perjalanan jauh menuju ke pintu gerbang. Kalau zaman dulu-dulu tasik sebelah tu ada buaya, sekarang tak da dah..

Akhirnya sampai di pintu gerbang

Rupa-rupanya kene berjalan lagi. 

Berhenti berehat di tepi kolam. Bangunan kuil dari kejauhan


Posing-posing dulu

Tengok gelagat orang 

Kanak kanak riang gembira

Pembentukan koreografi yang menarik



Sebelum pulang.. hari nak hujan..

Dari kejauhan..
Jam 3.30 petang, aku dan BF berangkat pulang ke tempat bersemayam. Masa naik tuk tuk aku tak dapat tahan mengantuk, tersengguk-sengguk layan Mr. Phoeuong cakap. Hujan turun lebat sepanjang jalan..tak sabar nak sampai hotel sambung beradu.

Bersambung...
 













No comments:

Post a Comment