Bukit Tinggi Indonesia

Destinasi: Bukit Tinggi , Padang Indonesia
Tarikh : 23 - 25 November 2012


Trip ke Bukit Tinggi Indonesia ni dimanage sepenuhnya oleh yang dikasihi Encik Fazri. Masa ni aku tengah sibuk sangat di tempat kerja. Masa dia kata ' Jom pergi Bukit Tinggi' aku iyerkan saja, lepas tu dia tunjuk flight ticket kat aku. Aku ingat dia ajak pergi Bukit Tinggi kat Pahang tu, rupanya Bukit Tinggi di Indonesia. Aku tak begitu familiar sangat dengan tempat ni. Google punye google baru la dapat tau serba sedikit pasal tempat ni. Kami pergi sekejap sangat, 3hari 2 malam. Itu pun hari ketiga flight awal pagi, kiranye dapat satu hari setengah sahaja kat sana.

Dari LCCT kami diterbangkan ke Minangkabau International Airport di Padang. Rupa-rupanya dari Padang nak ke Bukit Tinggi ni kene naik kereta ke tanah tinggi. Perjalanan lebih kurang macam naik Cameron Highland, tapi lebih jauh. Fazri pulak tak book transport awal-awal, main redah jer. Dari airport kami ambil teksi ke Bukit Tinggi. Perjalanan ambik masa dalam 4 jam. Nak dijadikan cerita teksi kitorang sangatlah buruk, macam prebet sapu. Itu boleh tahan lagi, yang tak tahan nya teksi ni takde aircond. Nak bukak tingkap luas jalan berdebu sangat. Sudahnya kami bermandi hujan peluh dalam teksi. 

Perjalanan ke atas memang sangat menduga kesabaran aku. Drebar teksi bawak kereta bukan main laju. Sepanjang jalan berdebar-debar. Ada satu masa time dia potong kereta depan, hampir berlanggar dengan kereta dari arah depan. Side mirror teksi kami pecah dah serpihan-serpihan kaca terbang ke belakang. Nasib baik tak kene Cik Sofea yang tengah baring kat belakang. Sepanjang perjalanan aku dok kutip kaca je kat seat kami, takut terkena Sofea. Tapi tangan driver tu aku tengok luka banyak. Dia sempat stop kat stesen minyak basuh tangan. Nasib baik driver tu mintak maaf banyak kali, kesian pulak aku tengok dia.  Aku memang taubatlah naik teksi sapu ni.



Bangunan belakang tu airport.



Sampai di Bukit Tinggi kami menetap di Hotel Graha. Driver teksi offer nak ambik kami turun ke Padang time pulang nanti. Aku cepat-cepat tolak, tak nak lalui pengalaman ngeri naik teksi dia lagi.

Hotel Graha ni okay, bilik dia sempit sikit,tapi bersih, harga pun murah. Aku tak ingat harga bilik, dan tak sempat pulak nak snap gambar hotel. Dari hotel nak berjalan ke pekan Bukit Tinggi pun tak jauh.  

Malam harinya aku dan Fazri pakat tolak stroller ke town Bukit Tinggi ni. Town dia kecik je. Ada satu menara jam besar kat tengah-tengah town, yang dipanggil Jam Gadang. Happening jugak, aku tinggal kamera kat hotel, sebab ingat nak pergi makan je. Kami singgah di satu restoran masakan padang untuk jamu selera. Bagi aku restoran tu biasa-biasa saja. Lepas makan jalan-jalan sekejap kat pasar malam dia sebelum balik hotel. Aku dalam penat-penat tu sempat jugak rembat telekung sehelai dua kat pasar untuk dibawa balik Malaysia, hehe.

Hari ke -2

Hari ke dua ni jadual agak pack. Sepanjang hari kami berada di luar kawasan. Sebab keesokan hari nak balik Malaysia. Apakah? Baru sampai dah nak balik. Nak buat macamana, masing-masing tak boleh cuti panjang. Kali ni kami tukar driver, Fazri dapat driver baru last minit malam sebelumnya. Kereta pun okay, Toyota unser, yang penting ada aircond dan selesa untuk kami. Bukannya apa, sebab kami bawak anak kecik. Budak kecik ni kalau panas dan lapar, akan meragam, lama-lama mak dia pun akan meragam gak.. So aku dah sound Fazri awal-awal nak transport yang molek sket untuk jalan jauh. Mode tak puas hati lagi pasal teksi sapu semalam. Driver kami kali ni Saiful nama dia, dia lebih relaks, bawa kereta pun cekap. 

Tasik Maninjau

Sebelah pagi kami bergerak ke Tasik Maninjau. Perjalanan agak jauh, 2-3 jam jugaklah rasanya. Sepanjang perjalanan pemandangan cantik-cantik. Sawah padi dan tasik, tak guna tulis banyak, kita layan jelah gambar.















Tasik Maninjau 

Takut sangat kucing ni kejar dia
Kami berhenti sekejap je kat Tasik Maninjau ni, sebab banyak tempat lain nak pegi. Tapi sempatlah minum kopi kat warung tepi tasik tu.

Lembah Harau

Perjalanan seterusnya adalah ke Lembah Harau. Tempat ni adalah satu perkampungan sawah padi yang di kelilingi oleh bukit-bukit batu yang cantik. Kat sini kami sempat singgah di air terjun. Turun kereta sekejap ambik angin.
    

Lembah Harau di Payakumbuh






Istana Pagar Ruyung

Perjalanan seterusnya adalah ke Istana Pagar Ruyung. Jauhhnya, aku rasa dalam sehari ni banyak masa habis kat dalam kereta je. Nasib baiklah pemandangan agak menarik dan Sofea pun tidur je, tak meragam sangat. Kami tiba di Istana Pagar Ruyung pun hampir senja. Cantik istana ni. Menurut driver kami, istana ni sekarang jadi muzium saja, xde dah raja duduk sini.
                                                         



                         


                           

                     


Daripada Istana Paga Ruyung ni kami pulang balik ke hotel. Hari pun dah malam bila sampai ke hotel. Penatnya memang tak tercakap lah. Tidur pun masing masing lawan dengkur sebab kepenatan. Jam 4 kami dah bangun balik bergerak turun ke Padang sebab flight balik Malaysia awal pagi. Aku rasa macam dalam mimpi lak, sebab sekejap sangat, dan dalam satu hari setengah kami kat Bukit Tinggi ni hampir semua tempat utama kami dapat cover. Disebabkan terlalu sekejap, masa tulis blog ni pun banyak moment-moment yang aku tak ingat. Apa- apa pun bagi aku Bukit Tinggi ni memang cantik dan kalau diberi peluang aku nak lagi ke sini dengan orang yang tersayang dengan lebih lama lagi. Chow.