Showing posts with label Living room. Show all posts
Showing posts with label Living room. Show all posts

Namsy Loves Deco : Chesterfield kesayangan

Chesterfield..
Sebenarnya..dah lama mengidam chesterfield..sejak 5-6 tahun yang lepas berangan nak letak chesterfield di ruang tamu aku..

Tak ramai rakan rakan sebaya aku yang minat perabot perabot classic.
Kebanyakkan orang muda macam aku (ceh, muda sangatlah kan..) minat gaya ringkas, scandanavian contohnya. Atau gaya minimalist.

Aku tak minat..too simple for my complicated mind..

Ataupun gaya hipster macam industrial yang selalu aku tengok kat cafe cafe masa kini.

I still choose classic to be my style, of course mix dengan modern. Aku tak minat yang perabot2 berukir macam kat umah mak aku tu..

Sebab tu la aku memilih chesterfield untuk ruang favourite aku, maybe boleh letak dengan glass table untuk nampak modern.

Harganya yang mahal, of course..
Ada aku survey survey di kedai kedai perabot sekitar kl.
Memang mahal.mencecah 4-6k hanya untuk 3 seater..boleh pergi New Zealand dengan harga tu, huhu
Sayang pulak nak beli sofa mahal lepas tu letak kat rumah aku untuk anak aku conteng atau tuang air susu dia..no no no..thats nightmare!

Maka aku tangguhkan dulu impian aku tu.
Kumpul duit dalam tabung nuri.

Tapi kebelakangan ni..impian aku memang tak dapat ditahan tahan lagi..lebih lebih lagi bila aku dah pisahkan ruang tv dgn ruang tamu.
Sofa lama second hand aku alihkan ke ruang tv.
And..ruang tamu jadi kosong, hambar je..
Tak ada sofa..tak ada apa apa.

Maka aku kembali gigih survey chesterfield lagi..
Kali ni dalam online pulak.
Ada dua tiga website malaysia yang jual chesterfield. 3-4 tahun lepas tak pulak aku nampak.
Ada yang murah..ada yang mahal smpai 6-7k.okay yang tu awal2 lagi aku reject.

Then aku terjumpa satu website kedai jati yang jual chesterfield. Rangkanya rangka jati diimport dari Jepara. Harganya dalam lingkungan bajet aku..tak murah sangat..tak mahal sangat.

Aku bertambah excited. Lama ku fikir fikir..risiko membeli perabot dari talian.
Akhirnya aku decide untuk beli.
Owner kedai tu agak peramah.tak memaksa aku pun untuk beli.
Aku mula pilih warna. Of course grey, my favourite colour.
Dan aku pilih fabrik suede untuk chesterfield ni. Aku memang suka fabrik suede atau velvet sebab nampak mewah.memang aku suka tengok perabot2 glam you alls..walaupun duit poket aku tak tebal sangat pun..

Tempahan sofa aku ni ambik masa 2-3 bulan jugaklah untuk siap.
Dalam pertengahan bulan 5 owner kedai call..bgtau sofa dah siap.
Nervous lak aku..takut tak cantik..takut kaler tak sama macam dlm gambar.

Tapi bila chesterfield tu ada depan mata..terus aku jatuh cinta.
Cantik pada aku..Kemas buatan dia.
Tak kecik dan tak besar juga..
Yang penting warnanya sama dengan tema grey untuk rumah aku.

Berbaloi baloi aku tunggu 5-6 tahun untuk beli chesterfield ni..hehehe

Aku tunjuk gambar chesterfield saja ya..sebab yang lain lain tu masih serabut lagi..Banyak lagi yang aku nak ubah..coffee table putih ikea tu memang tak masuk..that current rug is too small for my living room. 2 seater colour cream pun tak match dengan grey theme aku..
Sabarlah atiqah ya...


Grey Chesterfield with silver studs
Studded nails tu aku yang suruh letak. Sebab sofa ni colour grey, nampak dull je..so aku letak silver nail untuk nampak glams sikit






Namsy Loves Deco : Projek Langsir

  Grey curtain at foyage ( Langsir untuk ruang tamu)

Assalamualaikum everyone..

Nak cerita pasal projek langsir rumah namsy. Sebenarnye dah lama dah namsy nak ganti langsir kat living hall ni..langsir lama namsy beli masa mula-mula masuk rumah, 4 tahun lepas. Langsir ni namsy beli ready made dekat Ikea, time tu baru start kerja, poket namsy pun kering, so beli tangkap muat jela gamaknya. 

Langsir ready made ni takler best macam yang custom made tu, yang namsy beli ni terpanjang lak ukuran dia. Apa namsy buat, namsy lipat bahagian bawah die, pastu namsy gam je, kehkehkeh. Tapi lama-lama gam tu tercabut, abis langsir namsy meleret-leret ke lantai. Walaupun memang sangat annoying balik kerje tengok keselekehan langsir namsy tu perangkap habuk, namsy tutup sebelah mata jer..demi ketebalan walet namsy yang tak berapa nak tebal....


Langsir lama living hall, focus pada langsir sahaja, sila abaikan sampah-sampah yang interframe tu 


Langsir tingkap lama 


Close up, nampak tak keselebetan langsir namsy ni..dah la kusut, kemek lak tu, eii so annoying 

Baru- baru ni ntah camne namsy dirasuk hantu jembalang deko-deko, abis satu rumah namsy buat ubahsuai. TV kat living hall namsy alih ke ruang makan, ruang makan namsy alihkan ke mini library lak. Mini library dah takde, namsy korbankan huhu. Sekali namsy check langsir macamtu laa jugak selebet dia. Namsy pun intai-intai tabung ayam namsy, goncang-goncang rasa dah makin penuh. Mungkin dah tibe masanya namsy ganti langsir rumah namsy ni, ngeh ngeh (senyum setan). Namsy mintak Abang F sponsor, tapi dia kata buat dulu, kalau die berkenan die sponsor separuh, kalau tak lawa, namsy bayar sendiri, chett!!

Maka bermula lah misi memburu langsir rumah namsy. Namsy pergi survey-survey kat BBB, adalah beberapa kedai langsir yang namsy pegi mintak quotation. Namsynye citarasa simple je, takdelah namsy nak buat langsir ropol-ropol ada reben tuu. tu namanya mencarik nahas, nanti langsir namsy jadi reservoir habuk je. So macam biasela, favourite color namsy, grey, beige, black. Design pun namsy suka yang paling simple. senang nak maintain.

Ada satu kedai kat bangi ni namsy berkenan, blockout curtain untuk 1 sliding door + 2 windows RM4k ++. Mak oi!! 4k tu namsy boleh buat tambang gi balik jepun bersuka ria kat disneyland siap makan minum ditanggung beres!! Agaknya kain langsir ni ditenun dengan benang emas gamaknye, dan cume layak ditempah oleh golongan mak datin jer.. Kain import kata salegirl tu, tak taula import dari mana, kalau dari China pun import gak nama die kan?

Survey punye survey, namsy berkenan dengan satu kain langsir ni, kaler grey, macam velvet tapi bukan velvet (cakap je la fake velvet kan). tawar-tawar harge akhirnye salegirl tu bagi harga yang sesuai dengan duit dalam tabung ayam namsy. Kali ni namsy beli skali dengan sheer curtain kaler cream. Lepas bayar deposit namsy pun senang hati keluar dari kedai. Orang kedai tu kate 2 minggu dah boleh siap dia datang untuk install. 

3 hari lepas dtg kedai tu, salesgirl tu wsap namsy, bagitau kain tak de stock. Eii, geram betul namsy, kat kedai aritu tak cakap pulak. Salah namsy gak, namsy tak tanye masa dtg kedai aritu ada stock ke tak. Die pun offer kain sama colour tapi yang lebih murah. Hantar gambar thru wasap je, namsy pun setuju, malas datang kedai, lagipun namsy dah tengok kain tu masa kat kedai hari tu. namsy ingat lagi quotation harga dia bagi time kat kedai, tapi saja namsy tanya balik. tup tup die bagi harga lagi mahal, bukan rm10-20, tapi RM400 lagi mahal, sebab dia kata install rail biasa tu extra charge. Padahal haritu dia kata included. Dia ingat namsy lupe. Okay, namsy kata takpe, rail langsir biar namsy pasang sendiri nanti, tolak rm400 tu. Namsy malas nak bising, nanti die sabotaj lak langsir namsy kan..

Selang sehari lepas tu die wsap lagi kate sheer curtain cream tu lak takde stock. Hey, u ni nak jual langsir jual betul-betul la (marah dalam hati je..). namsy pun malas nak complaint banyak, die suggest tukar kaler putih yang sama design, namsy setuju je.

Akhirnya lepas 2 minggu lebeh, salesgirl tu call kata langsir dah siap. Budak kedai tu datang kedai install langsir kat rumah. Dan dia pasang rail tanpa extra charge! Eh, kata aritu kene extra rm400? (Tapi namsy senyap je, taknak panjang2 kan isu, tak pasal2 kene bayar lagi).

Okay, namsy pun berdebar-debar nak tengok hasil langsir yang namsy tempah ni. Bukan apa, kalau Abang F berkenan, selamatlah separuh duit dalam tabung ayam namsy. Kalau die tak berkenan, terpaksalah namsy pecah tabung, huhuu..



Grey curtain (langsir malaysia)



Grey curtain (langsir malaysia)

 Langsir ruang tamu


        

Ruang mini library yang akan namsy korbankan tak lama lagi nak jadikan dining area. Err, ada sapa-sapa nak beli tak almari ikea tu? hihi

What do you guys think of my new curtain, banyak beza kan dengan suasana langsir lama? Betula la kate orang majalah deko, warna, design dan jenis langsir yang digunakan boleh merubah ruang dalam sekelip mata! Rupa langsir baru namsy, walaupun yang ni second choice, tapi memang namsy puas hati la tengok langsir baru ni, kecuali sheer curtain die yang kaler white, namsy lagi prefer cream. Anyway workmanship die bagus, dan size betul, dah tak meleret-leret kat lantai, dah tak menyapu taik cicak lagi..sangat simple, sesuai dengan citarasa namsy.

Tapi...sesuai tak dengan citarasa Abang F? Masa Abang F balik keje, dia tak perasan pun you all langsir rumah kami dah bertukar (hampeh).. tak pelah..yang penting lepas tunjuk langsir kat Abang F, dia kata okay, bak kata lain = Selamatlah separuh duit tabung ayam namsy, hehehe..