Krabi Thailand Part 4 - Evening at Ao Nang Beach

Sekembali dari Railay Beach, apa lagi, kami tido dulu..recharge badan..tapi sekejap je. Sebab nak explore kawasan sekitar Ao Nang ni..

Dalam jam 5 petang kami keluar berjalan sekitar Ao Nang. Kami tidak ke Pekan krabi sebab harga teksi yang mahal, 500bath sehala, lagipun there were so much to experience at Ao Nang beach itself. Plan nak ke Fossil Beach pun dibatalkan sebab tambang teksi yang mahal dan juga bad review daripada internet. Katanya tak ada apa- apa sangat di Fossil Beach tu.

So apa yang ada di Ao Nang ni ? It had to be their foods!

Kalau ke Krabi jangan lupa untuk merasa home made coconut ice cream nya yang sedap. Gerai gerai menjual ice cream banya terdapat di tepian jalan, dan tak perlu risau dengan kehalalannya. 



Gerai ice cream kelapa

Ice cream kelapa dalam tempurung kelapa tu memang sedap. di bawah ice cream tu diorang letak isi kelapa yang fresh. 

Salah satu streetfood yang terkenal di Krabi juga adalah pancake nya. Juga senang didapati di tepian jalan. Macam macam perisa ada. Sebenarnya nama dia saja pancake, tapi rupa dan rasanya macam roti canai.

Gerai menjual pancake

Banana Nutella Pancake. Must try food in Krabi

Tak sempat nak bawak balik bilik. Dan dan makan kat situ je..

Makan dah sudah, kami berjalan mencari souvenir pula. Aku tak plan nak beli apa-apa, sekadar menemankan Fazri membeli t-shirt untuk adik beradik dia. Harga t-shirt di Krabi berlainan di setiap kedai. Jangan terus beli saja sebaiknya survey survey dulu di kedai berbeza. Harga paling murah adalah 120bath untuk sehelai t-shirt cotton di pasar malam berhadapan dengan masjid Ao Nang. kalau dekat dekat Ao Nang Beach lagi mahal..dalam 150-180bath..tu pun lepas harga tawar. 

Souvenir shop along Ao Nang Beach

Motosikal ni boleh disewa

Restoran Halal di Ao Nang

Pada sebelah malam pula kami berjalan mencari restoran halal untuk dinner. Banyak pilihan restoran halal di Ao Nang ni. Berdekatan dengan Ao Nang beach terdapat banyak restoran ala-ala mamak atau pun cafe-cafe yang menyediakan makanan halal. Selalunya depan restoran tu ada mat mat bangla yang menunggu bagi salam kat kite jemput makan di restaurant tersebut. Tapi kebanyakan cafe cafe atau mamak restaurant yang dikatakan halal ni ada menyediakan arak. 

Kalau nak cari yang betul betul restoran halal dan menyediakan authentic thailand food, kene jalan jauh sedikit daripada pantai Ao Nang. restoran halal ada banyak berdekatan McDonal Ao Nang dan juga kalau jalan jauh sikit ke arah Masjid Ao Nang, haaa kat situ lagi melambak kedai makanan halal. Tapi jauh sikitla dari pantai. 

Aku dan Fazri ambik tuktuk je..sebab dah tau, kalau jalan jauh confirm makcik kecik ni mintak dukung.

Malam tu kami makan di restoran Sareefa. Aku rasa makan kat mana mana restoran kat krabi memang sedap je..kami order nasi goreng, sup tulang dan tomyam. Restoran Sareefa ni kecil saja tau, tak ada seafood bakar ke ape macam restoran lain. Kalau nak makan bakar bakar boleh pergi ke Restoran Bangboo yang berdekatan juga.


Selepas makan kami berjalan daripada restoran ke arah Masjid Ao Nang. Cantiknya masjid Ao Nang pada waktu malam, bertukar bertukar warna lampu pada menaranya. Depan masjid ni ada sederet kedai kedai menjual souvenir. Harga nya lebih murah daripada di pantai Ao Nang.


Menaiki tuk tuk pulang ke hotel

Dari atas tuk tuk


No comments:

Post a Comment