Krabi Thailand Part 1 - Ao Nang Beach at night

Bila Fazri ajak ke Krabi (disebabkan tiket Air Asia yang melampau murah)..aku macam tak excited sangat sebenarnya...sebab :
I'm not a beach person.

I dont like the stickiness of the salty  water.

I hate the sunburn.

For me any beach in the world are just the same. They only have the the sky, the water and the sand. Maybe some trees or rocks or islands as the back ground.

I can't imagine sitting in front of the beach looking at the same landscape for long time.The sound of the waves and the birds chipping are too sedative for me that  I probably fall asleep after just  few seconds. 

And I can't swim.

And I'm scared of the waves  and the deep water.

Yes. Too many excuses.

What a boring me.

Tapi aku pergi juga.

For I have a kid who loves beach. She can play with the sand for the whole day. She loves collecting seashells and jumping over the waves.

Kerana mu ku turutkan jua.....

Ape ape pun, itinerary Krabi 4H3M

           Day 1 : Sampai hotel, Ao Nang 

           Day 2 : Island Tour (Phi Phi Island)

           Day 3 : Railay Island, Ao Nang 

           Day 4 : Leisure at the hotel

Nampak je 4H3M, tapi day first sampai pun nak dekat malam, manakala last day pula pukul 11.30 pagi dah bergerak ke airport. Makanya kami sebenarnya ada 2 hari saja di Krabi.

Tak ada persediaan apa untuk ke Krabi. Passport valid lagi. Tukar duit RM1500 ke matawang Thai Bath. Baju pun tak bawak banyak, sebab fikirkan macam hari-hari je akan pakai baju mandi.

Hotel pula kami book 4 hari sebelum pergi melalui website. Lesson learn jangan nak book hotel last minit sangat..banyak hotel yang okay dan bilik-bilik murah sold out. Oleh sebab kami nak juga duduk di hotel berhampiran pantai, kami ambil juga bilik di Golden Beach Resort. Bilik yang lebih murah RM200 below dah sold out. Yang ada family room berharga RM300/night. Family la sangatkan. Kalau ikutkan kami 3 orang ni bilik single pun muat..

So kami naik Air Asia jam 4.30pm daripada KLIA2 ke Airport Krabi. Sampai Airport kami ambil teksi ke Pantai Ao Nang berharga 600bath. Aku tak ambil shuttle bus sebab pernah gak terbaca dalam blog kalau ambil shuttle bas walaupun murah tapi kene tunggu bas penuh dan bas akan banyak berhenti, singgah tour company lagi, mahu 2 jam sampai pantai Ao Nang. Naik teksi dalam setengah jam dah sampai. 

Sepanjang perjalanan teksi hanya lalu pekan Krabi dan kampung kampung berdekatan. Aku rasa Krabi town ni macam Langkawi gak la..tak ada bangunan tingi-tinggi..Yang membezakannya cuma kabel2 elektrik yang sangat banyak di tepi tepi jalan raya. Jepun tu tak macam tu. 

Sampai saja hotel jam 7.00 malam. Hotel kami memang depan pantai Ao Nang tu saja. Malam tu kami tak buat apa-apa, cuma makan malam di restoran berhampiran saja.

  Pantai Ao Nang di kala senja 

Aku rasa pantai Ao Nang ni biasa- biasa saja. Macam Pantai Cherating la kiranya. Airnya tak berapa biru macam di pulau pulau.

Pantai Ao Nang lagi 

Pantai Ao Nang lagi

Bar di berdekatan dengan hotel kami. Mat Salleh suka lah tempat- tempat macam ni

Makan di kedai berhampiran pantai

Fefeeling Hawai macam tu. Bunga ni (kemboja kot) memang banyak bersepah sepah tepi jalan.



No comments:

Post a Comment