Krabi Thailand Part 3 - Railay Beach



Pagi yang Indah ini kami ambil keputusan untuk ke Railay Beach (yang diwarwarkan antara pantai tercantik di dunia).

Untuk ke Railay Beach sangat senang. Sebenarnya Jetty Boat ke Railay Beach terletak di Nopparat Thara Beach, kira-kira 10 minit daripada Ao Nang beach. Tapi tiket boleh di beli di Boat Ticket Service di Pantai Ao Nang ataupun boleh dibeli di jeti di Nopparat Thara Beach. 

Kami ambil tiket daripada Longtail Boat Service di pantai Ao nang saja, lebih dekat. Boat ke Railay Beach ni ada sepanjang hari bermula pukul 8. Last bot dari Railey Beach adalah pukul 6 petang. Bot akan jalan kalau dah cukup 6 penumpang.

Tiket ke Railay Beach berharga 200 bath return seorang termasuk kanak kanak berumur 5 tahun ke atas. 

Daripada Ao Nang Beach, kami dibawa menaiki truck ke Boat Jeti. Bersama sama kami adalah family daripada Europe kalau tak silap aku la..tak sempat nak beramah mesra, tak sampai 5 minit dah sampai Boat Jetty. 

Perjalan ke Railay Beach menaiki bot ambil masa lebih kurang 15 minit sahaja. Sebelum ke Railay, bot akan berhenti di Ton Sai Beach untuk menurunkan penumpang.





Sampai di Railay Beach je, air sedang pasang. Aku dan Fazri agak blur.. Masing - masing pandang sesama sendiri haha. Railay Beach, for certain reason...was below our expectation.  Daripada google search, aku bayangkan Railay beach ni sangat cantik..pasirnya putih bersih dan tempatnya isolated dan tak ramai orang. Tapi Railay Beach di hadapan aku..pantainya tak berapa bersih. Batang- batang kayu bersepah di tepian pantai. Bagi aku itu acceptable. Yang sedikit terkilan tu, sepanjang kami berjalan di tepian pantai, ada saja botol- botol plastik atau sampah terbiar di tepi pantai (walaupun tak banyak, tetap ada). Dan tak patut ada untuk sebuah pulau yang diiktiraf antara tercantik di dunia. Tapi entahla..maybe sebab ramai sangat pengunjung kot, sampai pihak pantai pun tak boleh kawal. 

Kami berjalan dari hujung ke hujung pantai, akhirnya mendapat tempat di bawah pokok yang redup. Ramai orang di pantai ni. Kalau tak silap ada 2-3 resort di sini. 

Di Railay beach ni pun kami cuma duduk duk di tepi pantai. Layan Sofea bermain pasir dan sekadar mandi mandi di gigi air.

Selepas lebih kurang 1 jam kami di sana, barulah air surut. Pantai ni makin cantik masa air surut, nampak sikit pasirnya yang halus. Masa kami sampai tadi tengah pasang, tak nampak pasir sangat. So okayla..sebenarnya cantik juga Railay beach ni..

Sebenarnya daripada Railay Beach West ni kita boleh berjalan ke Phra Nang Beach (antara 10 pantai tercantik di dunia ataupun berjalan ke Railay East Beach). Tapi sebabkan kurangnya ilmu pengetahuan susulan daripada kemalasan nak buat reasearch, aku boleh tahu pasal benda ni lepas balik ke malaysia. Boleh tak ketuk kepala sendiri?

So sapa-sapa yang ke Railay West Beach tolong pergi railay East dan Phra Nang Beach sekali yea..jangan lepak kat Railay West saja macam kami..hehe.

Railay West sebelah kiri. sebalik bukit tu la Phra Nang Beach

Railay West sebelah kanan



Dalam 2 jam juga la kami di sini. jam 12 tengah hari kami bergerak pulang ke tanah besar. Tu pun sebab perut dah lapar bebenar..Sekali lagi naik long tail ke Nopparat Thara Beach. Kali ni satu bot dengan familiy daripada Jepun. 

Longtail boat

Balik ke Ao Nang

Tiba di Jetty kami ternampak satu restoran halal betul betul berhadapan jety. Cantik sangatlah tu. Kami singgah lunch di situ. Friends Hala Restaurant namanya, Besar kedai dia. Bersih. Toilet pun bersih. Makanan pun sedap. Order nasi goreng Tomyam dan air kelapa.

Sedap sangat mango juice ni. Presentation pun cantik

Selepas makan kami ambil lori tuk tuk balik ke hotel. Tuk tuk ni restoran punya..Mahal tambang dia, 80bath untuk perjalan yang tak sampai 10 minit. Tapi sebab penat nak berjalan. bayar sajalah..




No comments:

Post a Comment