Pengembaraan Doraemon- Kyoto/Osaka- Introduction

Destinasi : Kansai, Japan (Kyoto, Osaka, Nara) extending to Hyogo
Tarikh : 12 - 19 Mac 2015

Assalamualaikum.

Takde ape ape pun, nak cerite pasal trip ke Jepun baru baru ni je... Kami ke Jepun selama 8 hari, 12 March- 19 March 2015. Beli tiket dah lama dah, 6 bulan sebelumnya, macam biasalah, naik Air Asia, tu jela yang rakyat marhaen macam aku ni mampu...

Trip ke Jepun ni memang sangat ditunggu-tunggu sebab aku ditugaskan untuk buat research, itinerary, hotel, transportation, check weather dan lain-lain lagi. Kiranya akulah event manager untuk trip kali ni. Fazri cuma belikan tiket flight jer (ceh, ingatkan dia nak belanje, rupenye kene tong-tong gak).

Aku ni bukannya orang kaya, tapi nafsu berjalan telah mengatasi segala-galanya. Setelah pecahkan tabung ayam, makan maggi, jual handbags, tipu income tax, akhirnya aku berjaya jugak jejak kaki ke tanah Jepun ni..(senyum sampai ke telinga tanda puas hati)

Preparation yang dibuat sebelum ke Jepun:

Flight ticket - Melainkan anda adalah Marco Polo, tiket kapal terbang adalah benda first yang perlu dibuat sebelum melancong. Kalau asek cakap tunggu ada duitla nanti..agaknya sampai mati pun kita tak akan pergi ke mana-mana. Beli jer tiket paling murah yang boleh diperolehi, Insya-Allah lepas tu dengan automatiknye kita akan terpaksa menabung dan makan maggi hari-hari sampaila tarikh nak bertolak.

Passport/Visa - Macam biasalah, renew passport. Last sekali ke oversea 2 tahun lepas, nasib baik perasan passport dah expired. Senang je nak buat passport sekarang ni, setengah hari dah siap, bawak passport lama dan IC je, ambik gambar semua kat pejabat Imigresen. 

ItineraryAku rasa ni yang paling penting. Bila dah tau tempat mana nak pergi, barulah boleh decide hotel, transportation dan sebagainya. Penting sekali itinerary dibuat berdasarkan keadaan cuaca di sana. Aku takmau la jalan-jalan time hujan lebat kan, Itinerary ke Jepun ni banyak dibuat berdasarkan research dari www.japan-guide.com dan juga blog-blog Malaysians yang dah ke sana. Lepas tu aku akan compare dengan keadaan cuaca di www.accuweather.com. Ada hari-hari yang dijangka hujan jadi aku plan ke tempat-tempat indoor saja. Kita hanya merancang dan berusaha, namun Allah juga yang menentukan.. Kalau dilihat tempat-tempat yang kitorang pergi semuanya dekat-dekat Kansai dan yang tourist- friendly. Harus diingat yer Atiqah, ko pergi bawak seorang budak kenit yang manja dan perlukan kasih sayang. Ko tak akan mampu naik Mount Fuji pikul backpack berisi budak kecik. 

Itinerary yang dibuat sebelum ke Jepun
Hotel - Book la cepat-cepat, lagi awal book hotel, lagi murah harganya. Aku tengok banyak pilihan hostel/hotel/ryokan/apartment kat Jepun dari yang murah sampailah yang 5 star. Aku pilih duk hotel sebab bawak anak. Kalau bujang mungkin boleh hostel, atau silap-silap tido kat airport/train station je hehe. Hotel - hotel kat Jepun mahaal, Bilik standard twin sharing harga dia dalam RM300 above. Aku pilih hotel yang dekat dengan main train station. Di Kyoto kami duduk Kyoto Dai-Ni Tower Hotel, sebelah Kyoto Station jer, jalan tak sampai 5 minit. Hotel ni okay, bilik die tak kecik sangat. Di Osaka pula kami stay di Hearton Nishi Umeda Hotel, juga dekat dengan Osaka Station, lebih kurang 7-8 minit jalan. Hotel di Osaka lebih kecik dari yang di Kyoto. Harga untuk dua- dua hotel RM350++.Total harga hotel untuk 8H/7M dalam RM2500. Korek tabung lagi...

Transportation Bila dah confirm itinerary dan hotel, baru la boleh research pasal transport pulak. Semua orang tau, transport paling convinient di Jepun adalah train. Kat Jepun banyak sangat line, ada goverment trainline (JR Line), ada yang private punya. Aku memang sangat rajin mengkaji supaya ada rough idea pasal train kat Jepun ni. Walau pun aku banyak buat research pasal transport, bila sampai Jepun tergagau-gagau jugak la nak cari train, beli tiket etc. Tapi once dah tahu camna nak beli tiket, next timenye okay je. Ada orang yang beli Japan railway pass yang khas untuk tourist, tapi setelah menghitung dan mengira-ngira. kitorang decide nak beli tiket on the go je, lagi jimat untuk trip ni, sebab kebanyakkan tempat adalah dekat2 dengan Kyoto atau Osaka. Tak payah susah-susah, check Google Map untuk mengetahui dengan tepat train mana perlu diambil, dari platform mana, masa bertolak, masa perjalanan, berapa stations train tu stop, harga tiket semuanya ada. Ibaratnya Google map tu macam nyawa kami jugaklah masa kat Jepun.



Aku siap print lagi google map ni

Wi fi - Sangat penting bagi kami bende Wifi ni, untuk bukak google map. Walaupun open wi-fi banyak kat Jepun, ada sesetengah tempat terutama kat Kyoto yang tak ada. Wi-fi boleh disewa menerusi online atau bila dah sampai sana. Atas cadangan kawan aku yang baru ke sana, kami sewa online saja dari www.econnectjapan.com. Harga sewa sebuah pocket wi-fi untuk 8 hari dalam RM250-RM300. Bayar guna kad kredit, bila sampai Kansai Airport kami collect dari Kansai Airport Post Office. Cara nak pulang pun senang je, company tu dah bagi sampul dengan alamat siap-siap so before balik Malaysia aku drop je kat mana-mana post office, camtu... Wi-fi yang kami sewa ni boleh share up to 10 handphones/tablets, best kan?

Luggage - Bawaklah wheel luggage sebab kat train station ni banyak escalator dan lif. Tapi jangan bawak yang besar-besar kalau nak tinggal beg kat locker di train station, sebab locker die tak banyak untuk luggage yang besar. Fazri bawak satu wheel luggage dan aku bawak backpack. Tak boleh dua-dua bawak wheel luggage, nanti xde sapa nak tolak stroller.

Apparels etc - Pandai-pandaila estimate berapa helai baju yang perlu dibawa. Kalau rasa nak busuk sepanjang travel, bawak sehelai pun takpe. Aku tak boleh. Aku dah banyak kali dah cube tak mandi 2 hari, tapi gagal. Untuk 8 hari kat Jepun, aku bawak baju/seluar untuk 3 hari jer. Sebab hotel kami kat Osaka ada Coin Laundry. Sekali basuh 300yen. Drier pulak 100yen untuk 15 minit. Suhu kat Jepun bulan March ni masih sejuk, dalam 6-9 degree celcius, hujung-hujung March dah panas sedikit. So aku bawak layers berbanding jacket tebal. Aku bawak long john, cardigan, downlight dan jacket. Jangan lupa bawak mafla dan glove especially orang-orang yang xde lemak macam aku nih, hehe. Oh ya, underwear kami guna yang disposable je.

Makanan - Bagi orang yang suka japanese food, memang seronoklah pergi jepun. Aku ngan Fazri tekak orang Melayu, memang tak ngam langsung dengan makanan jepun. Tak banyak restoran halal area Osaka/Kyoto. Kalau ada pun sangat mahal. As alternative, kami bawak nasi berlauk ready-to-eat Pak Brahim. Aku rasa 2/3 beg kami penuh dengan makanan jer. Senang sangat RTE meal ni. masukkan bungkusan dalam air panas dalam 5-10 minit, dah boleh makan. Brahim ada macam-macam perisa; nasi beryani ayam, nasi beryani kambing, nasik cendawan, nasi goreng kampung, nasi lemak. Lauk dia pulak ada kari ayam, ayam masak merah, kurma daging, sambal ikan bilik. SEMUA aku beli, nak mengelak kebulur punya pasal hahaha. Tak cukup dengan tu, aku bawak jugak Maggi, Mushroom soup, tuna, coklat, biskut dan lain-lain. Percayalah, 3-4 hari je kami boleh tahan dengan makanan-makanan segera tu, lepas tu confirm termimpi -mimpi nasik putih panas dengan sambal belacan. 
                                      
                

 


Ubat- Bawaklah segala ubat yang dirasakan perlu, sebab ubat kat jepun memang mahal harganya. Ubat yang aku rasa perlu: Ubat batuk/selsema, ubat demam, ubat tahan muntah, ubat cirit birit, antacid, minyak angin, plaster. Aku bawak je semua, imigresen dia okay.

Plastik sampah - Pastikan bawak plastik kecik-kecik untuk isi sampah makanan. Sebab banyak tempat kat jepun ni takde tong sampah, kite kene simpan sampah bawak balik hotel.

Duit - Tukar duit siap-siap kat Malaysia, Untuk 8 hari di Jepun, perbelanjaan kami adalah seperti berikut : 
    • Flight tiket Air Asia - RM3000 termasuk 30kg luggage, meal on board
    • Hotel di Kyoto dan Osaka - RM2500
    • Transports/Entrance fee/souvenir dan lain-lain, tak termasuk makan- RM3000
Bagi mak-mak yang bawak anak-anak kecik, moleklah kalau bersedia dengan :
  1. Stroller- Yang paling simple dan ringan tapi sturdy. yang boleh disangkut kat bahu time naik tangga, preferable umbrella type. Pilihan aku adalah Maclaren Mark II stroller. Dah la ringan (less than 4kg), tahan lama, senang nak lipat, untuk anak aku yang dah nak masuk 5 tahun pun muat lagi. 
  2. Botol susu - Sila beli botol susu brand Nuby yang ada disposable plastic liner tu (jangan risau BPA free). Liner dia disposable, so dalam flight ke atau nak keluar jauh bawak satu botol je cukup, bila nak susu lagi, just tukar liner dia saja dan basuh puting dia, botol tak payah basuh.
  3. Termos - Untuk buat susu di dalam perjalanan. Untuk anak-anak yang minum susu formula sahaja..
  4. Wet tissue - Sangat penting, aku bawak 3 packet pun tak cukup. Anak aku akan sentiasa mengotorkan tangan die dan tangan orang-orang sekeliling dia, sama ada pegang tanah, pegang makanan, lap tingkap bas, lap lantai airport, masukkan tangan dalam mulut, korek hidung, ada dia kesah?
  5. Story books/toys- Aku bawak jugak storybook yang kecik, strickers, colour pencil, raw paper , patung hello kitty, untuk menghilangkan kebosanan anak aku dalam train/fight, and it really helps!! kalau tak asek nak mengaruk jer..
    Persediaan di atas ni bukan untuk light backpacker yer. Kalau sesiapa yang jenis light backpacker, bolehla bawak diri sendiri dan berus gigi saja. Untuk aku yang gedik-gedik ni, rasa nak angkut sekali je wardrobe baju kat kat umah tu! Boleh ke? Rasanya itu jer, ada lagi ker yang tertinggal?

    No comments:

    Post a Comment