Kuching Sarawak - Day 1 - Bersiar siar di Kota Kuching

Tarikh : 13 may - 16 May 2016

Sarawak, walaupun dah beberapa kali aku datang ke sini, trip smpena birthday aku ni, aku decide untuk ke sini lagi bersama Fazri dan Sofea. Tujuan utama aku sebenarnya nak ke Bako National Park, konon konon nak trekking lagi macam zaman muda muca dulu dan nak menikmati alam flora dan fauna kat sana. Tak taulah kesampaian tak hajat aku tu nanti. Lagi pun Fazri dan Sofea belum pernah ke sana lagi.

Untuk ke Kuching ni aku tak buat apa apa plan sgt. Ikut kaki je la..lagipun pergi 3 hari je. Kalau sesat pun masih dalam Malaysia lagi,hehe.

Flight aku ke sana malam..Sampai Kuching dalam kul 10 mlm. Adik aku, Munirah yang aku terbangkan khas dari Sabah dah tunggu kat airport. Dialah yang uruskan kereta sewa semasa kami di Kuching nanti. Kereta ni kami sewa di airport saja, Senang, nanti nak pulangkan pun kat sana jugak.



Dari airport kami ke Hotel terus, Aku book hotel Grand Margaritha, tepi Kuching waterfront tu. Senang nak jalan ke sungai nanti, naik kaki je.

First night di Kuching, kami tak buat apa pun..dah sampai lewat malam, sempat makan burger kat depan hotel tu. Lepas tu balik bilik tido je..





The next day kami di Kuching, kami pergi pasar Sarikin yang terletak di border Sarawak - indonesia tu dulu. Sebenarnya aku takde apa nak beli sangat kat situ..sebab dah pergi sebelum ni.Tapi saja je nak melihat suasana pasar di sana, ajak adik.aku jalan jalan. Fazri confirm tak minat tempat tempat camni, tapi aku buat tak tau je, hehehe.

Pasar Sarikin terletak lebih kurang 40km dari Kuching.Naik kereta dalam 40 minit dah sampai..

Sampai sana hujan pula turun.Sebab tak nak buang masa menunggu di kereta, kami berjalan saja ke pasar..sempat singgah beli payung di satu gerai.



Macam macam gerai ada kat Sarikin ni..Paling banyak kedai kain. Kebanyakkan nya kain kosong sulam. Aku sempat grab kain sulam buat basahan pegi kerja..Ada gak gerai baju, peralatan dapur, souvenier. Kat hujung pasar ni jual sayur dan byah. Kalau nak cari tikar sarawak boleh la cari kat sini. Mereka boleh bungkus pos ke semenanjung.





Tak shopping banyak pun kat sini.lepas habis satu round kami berjalan pulang ke tempat parking. Sebelum tu sempat singgah satu restoran muslim berdekatan parking untuk makan tengahari. Aku order mee kolok, salah satu makanan Sarawak yang terkenal.



Pulang dari Sarikin, kami singgah di Fairy Cave. Gua ni terletak di tepi jalan saja, on the way balik ke Kuching. Tak ada apa di sini, Fairy Cave ni lebih kepada tempat penyembahan agama Buddha. Tak begitu besar sangat keluasannya. Kami meninjau- ninjau dan bergambar di luar gua.


Dari dalam Fairy Cave

Sampai ke Kuching kami singgah hotel dulu untuk solat. Kemudian nya keluar balik berjalan- jalan. Aku tak ada plan yang spefisik masa di Kuching ni. Semuanya last minit. Kami naik kereta pusing- pusing sekitar bandar Kuching, dan akhirnya singgah di Fort Margaritha. susah sikit nak cari jalan ke sini. Tak ada signboard di jalan. Lauannya pun sunyi dan tak bertar.


The only signboard to Fort Margaritha.

Fort Margaritha ni sangat sunyi. Masa kami sampai tak ada sesiapa di situ. Pintu masuk ke kota pun berkunci. Jadi kami merayau- rayau di luar kota saja. Suasana ni situ memang tenang, pokok menghijau. kota kecil ni pun dah dicat semula, nampak baru.





Tak lama pun kami kat Fort Margaritha tu. Tak ada benda sangat nak buat. Kami naik kereta lagi pusing-pusing sekitar kawasan. Akhirnya Fazri park di satu tempat parking bersebelahan dewan undangan negeri (if i'm not mistaken la nama dia). Cantik jugala kawasan dia. Banyak rumput hijau. 








Di situ pun kami sekejap saja. Entah kenapa hari ni macam gloomy saja, masing- masing tak ada mood nak berjalan. Kami menaiki kerta lagi dan pulang ke hotel. Jam baru pukul 4.00 petang. Aku plan nak makan ais krim gula apong yang terkenal di Kuching tu. Daripada hotel kami berjalan kaki ke kedai ais krim. Dekat saja dari hotel. 

Singgah dulu bergambar di tugu kucing ni.

Di bangunan ni lah terletak kedai ais krim gula apong tu. Kedai nya kecil saja. Hampir tak perasan. 

Ais krim gula apong yang sedap. Must try dessert!

Kami makan dessert dulu baru pergi ke dinner, hehe. Dinner malam ini adalah di Top Spot, foodcourt yang terkenal dengan seafood nya. i'm a seafood lover, jadi memang order tak ingat orang keliling la. Udang, ketam, kerang semua ada. Aku juga ada order makanan tradisional orang sarawak;  umai dan ayam buluh (tak tau nama dia apa). Harganya memang mahal, lebih mahal daripada seafood. Tapi sedap.

Topsport, yang terletak di bumbung bangunan RTC Sarawak 

Seafood heaven 

Lama jugak la kami melantak di kedai seafood ni. Kebanyakkannya memang aku dan Muirah yang melantak. Fazri tak minat sangat seafood ni. 

Selesai makan, kami berjalan ke Kuching waterfront. Kami menaiki bot 50 sen ke seberang sungai dan berjalan- jalan di sepanjang sungai. Tak de apa pun, Cuma menikmati pemandangan malan di sekitar sungai Sarawak. 


Kuching Rivercruise. Tak naik pun yang ni..sebab mahal. 


Sempat membeli souvenir di di tepi sungai.




























1 comment:

  1. Vampires in the Enchanted Castle casino - FilmFileEurope
    Vampires ventureberg.com/ in the Enchanted Castle Casino. Vampires in the Enchanted Castle Casino. Vampires 바카라사이트 in the Enchanted Castle Casino. Vampires gri-go.com in https://septcasino.com/review/merit-casino/ the Enchanted Castle Casino. Vampires in filmfileeurope.com the Enchanted

    ReplyDelete