Winter Wonderland Japan Part 9 - Ameyoko Street Euno, Harajuku,Shibuya dan Shinjuku

30 Januari 2015.

Plan kami pada hari ini adalah berkunjung ke Harajuku-Shibuya-Shinjuku : kota yang terkenal dengan tempat tempat shopping dan hiburan. Sebenarnya aku dan Fazri bukanlah suka sangat tempat tempat sesak macam tu. Lagi- lagi kami tak ada plan untuk bershopping. Tapi, kalau ke Tokyo tak pergi ke tiga tiga tempat ni macam tak lengkap pula kan. Jadi apa salahnya sekadar singgah untuk merasai sendiri suasana kesibukan di sana.

Kami keluar lambat hari ini, jam 11.30 pagi. Kami singgah di Euno dahulu untuk membeli kebab. Di Euno kami berjalan ke Ameyoko street, juga satu tempat untuk bershopping. Aku rasa makcik makcik mesti suka datang ke Ameyoko ni. Macam macam ada dijual di sini, daripada ikan segar, rempah ratus, buah buahan hinggalah ke baju dan kasut. Di sini aku tak nampak kedai kedai branded macam di Harajuku.

Kami singgah di Oskar kebab dan membeli 3 bungkus kebab untuk bekalan lunch. Satu kebab berharga 500 yen.











Setelah membeli kebab kami menaiki train ke Tokyo Tower. Tapi aku akan cerita tentang tokyo tower di entry lain. Sebenarnya kami pergi ke tower 2 kali selama di Tokyo! Sekali pada waktu malam dan sekali lagi pada waktu siang. Entah kenapa Fazri suka sangat dengan Tokyo Tower ni sampai nak pergi banyak kali.

Daripada Tokyo Tower barulah kami bergerak ke Harajuku. Keluar saja daripada Harajuku Station, terbeliak mata kami melihatkan terlampau ramai umat manusia di sana. Fazri dah mula berpeluh peluh dalam kedinginan, haha. Kami melangkah ke Takeshita dori (street), tempat yang terkenal dengan kedai- kedai menjual pakaian pakaian lolita dan fesyen yang pelik pelik. Oleh sebab kami datang hari Sabtu, kami tak berjumpa dengan lolita di situ. Spesis spesis ni selalu keluar pada hari Ahad.





Ramainya umat manusia di sini!





Harajuku juga terkenal dengan crepesnya yang lazat. Aku sempat singgah di Marion crepes dan memilih strawberry chocolate crepes untuk dinikmati. Rasanya memang sedap!.





Crepes ini berharga 450 yen

Kami berjalan lagi sehingga ke penghujung Takeshita dori. Kami melalui pintu masuk Tokyo Plaza yang unik. Dindingnya dibuat dari kaca pelbagai dimensi. Awalnya kami plan untuk ke Ometanda Hill, di mana terletaknya kedai kedai yang menjual barangan high end. Saja nak fefeeling jadi orang kaya kan. Tapi dari jauh kami nampak umat manusia berduyun duyun berjalan menghala ke sana. Mengerikan, mahu kene lanyak dek orang ramai nanti. Kami ni jalan terkedek - kedek tolak stroller. Terus kami pusing patah balik. Kami decide untuk terus ke Shibuya.


Tokyu Plaza

Kami menaiki train ke Shibuya. Daripada station kami keluar di Hachiko exit dan mencari tugu Hachiko. Hachiko ini adalah seekor anjing legend kepunyaan seorang professor Hidesaburō Ueno yang mengajar di Universiti Tokyo. Semasa hayat professor tersebut, Hachiko sentiasa menunggu professor di Shibuya Station setiap hari apabila dia pulang dari kerja.. Apabila professor tersebut mati pada tahun 1925 dan tidak pulang ke rumah, Hachiko tetap menunggu professor di Shibuya Station, selama 9 tahun, 9 bulan dan 15 hari lamanya, tanpa mengetahui tuannya telah mati. 
Hachiko mati pada tahun 1935. Mayatnya dibakar dan abunya disimpan di cemetery di Minato, Tokyo. Hanya kulitnya yang dibiarkan dan diawet, kini dipamerkan di National Science Museum, Euno. Menurut pakar, Hachiko mati disebabkan kanser dan juga filaria infection. Sedihnya membaca cerita Hachiko ni.

The faithful Hachiko

The faithful Sofea with her mum
Daripada Tugu Hachiko kami ke Shibuya crossing yang famous tu. Dekat saja tempatnya. Kami pun ambil peluang melintas di Shibuya crossing. Kami naik ke tingkat dua Starbuck untuk memerhatikan suasana di crossing dari atas pula.

Shibuya
Melintas jalan di Shibuya crossing, checked!





Shibuya crossing daripada level dua Starbuck. 

Shibuya crossing ni sentiasa ramai orang. Bila lampu hijau orang ramai dah cross pun ada ramai lagi yang menunggu. Aku tak tahu darimana diorang ni datang.



Kami sekejap saja di Shibuya ni, tak meronda kawasan lain pun. Kami cross balik di Shibuya crossing menuju train station. Destination seterusnya adalah Shinjuku. Kami menaiki subway ke Nishi Shinjuku Station. Daripada situ lebih dekat ke Tokyo Metropolitan Goverment building. Tujuan ke sana adalah untuk melihat pemandangan Tokyo pada waktu malam daripada viewdeck TMG. 

Masuk ke sini adalah percuma, tapi kawalan securitynya agak ketat. Setiap beg perlu diperiksa sebelum masuk ke bangunan. Yelah, bangunan kerajaan kan. Sama lah kalau kita masuk JPM di Putrajaya tu, perlu screen juga.

View deck dia adalah di tingkat 84. Tinggikan. Ruang dia kecil saja. Terdapat glass screen mengelilingi bilik dan kedai souvenir di tengah- tengah. Kami sempat juga lah ambil gambar Tokyo daripada glass screen tersebut.



Tokyo at night from TMG building


Lepas tu kami turun ke bawah. Sebenarnya aku nak berjalan di sekitar Shinjuku ni ke arah Shinjuku JR Station. Di sana lebih happening dan ada illumination semasa winter. Tapi Fazri dah kepenatan dan mengajak aku pulang ke apartment saja. Kami pun berjalan ke arah subway Nishi Shinjuku Station. Di sekitar kawasan ini sunyi saja. Kami tersesat sedikit ketika mencari arah ke station. Nasib baik ada seorang makcik Jepun yang baik hati membantu kami.

Tiba di Asakusa Station kami pergi ke belakang apartment. Apartment kami sebenarnya di sebelah sungai sahaja. Di situ kami menikmati pemandangan malam di Asakusa. Tokyo Skytree dapat dilihat dengan jelas daripada Sumida River ini.  


Tokyo Skytree from Sumida Riverbank





No comments:

Post a Comment