WInter Wonderland Japan Part 5 - Menikmati Mount Fuji di Sepanjang Tasik Kawaguchi


Haiku Chain - Mt Fuji

on this cold morning
in the shade of mount fuji
all seems fresh and clean

only dreams remain
as i usher my present
into my future

where you will sing songs
as the brightness of day whines
with the setting sun

26 Januari 2016.

Sesiapa yang membaca entry ini mungkin akan termuntah pada penghujung cerita. Sebab, it's all about Mount Fuji from the beginning to the end, hahaha.

Pada hari itu aku bercadang untuk menikmati pemandangan Mount Fuji puas puas sebelum bergerak ke Tokyo. Nasib memang baik, cuaca baik dengan matahari memancar riang.



Kami menunggu bas di depan hotel menuju ke stop yang terakhir, stop 22. Aku dengar stop 22 ni pemandangannya sangat cantik.

Naik bas ke sini sekejap saja, dalam 15 minit dah sampai. Walaupun winter, scenery di stop 22 ni memang sangat cun. Di sini boleh nampak keseluruhan bahagian mount fuji. Kami ambil masa melepak lepak di situ sambil mengambil gambar. Ramai juga pengunjung di situ. Kebanyakannya rombongan dari Thailand. Ada juga dua orang pakcik jepun yang datang untuk melukis.




Rumpun rumpun kecik tu sebenarnya pokok lavender. Bila dah matang dia akan keluarkan bunga berwarna ungu yang cantik. Masa ni pokok lavender masih togel lagi.






Di sini pun ada hotel yang. Tapi aku tak sure pula nama hotel. 

Puas menatap Mount Fuji, kami ambil keputusan untuk tidak menaiki bas, sebaliknya berjalan saja ke stop 21 dan 20. Kami menuju ke jalan raya. Ada laluan pejalan kaki tapi dipenuhi salji. Sudahnya kami berjalan di atas jalan saja. Bahaya jugak sebenarnya. Sebab jalannya sempit dan berliku. Takut kereta datang tak nampak kami.

VIew daripada jalan raya

Di tepi jalan raya.



Dia ni depan rumah orang pun sempat lagi golek dalam salji

Sampai di stop 21 barulah ada laluan ke tasik. Kami berhenti sekejap menikmati pemandangan. Stop 21 langsung tiada orang. Macam ini kawaguchi kami yang punya, hohoho. Terus Sofea ambil peluang bergolek golek dalam salji. Habis basah seluar dia. Salah aku jugak, memang tak sempat beli ski trouser untuk dia.

Pokok pokok banyak yang bogel




Tak ada rumput hijau di sini. Sepanjang menyusuri tasik, hanya pokok togel dan lalang lalang kering yang menemani kami. Angin pada masa ini sepoi sepoi sahaja. Meliuk lintuk (er betul ke?) lalang tu ditiup angin. Ini membuatkan pemandangan mount fuji menjadi lebih istimewa. I don't know how to describe it. It was more than placid. You have to come here and experience it yourself.




Daripada sini kami berjalan ke stop 20. Kali ni tak melalui jalan raya. Ada laluan betul betul di tepi tasik tapi sangat bersalji. Jadi susah sikit nak berjalan.Tapi kami tak rush pun, jalan leisure saja. Sepanjang menyusuri tasik ini, lalang lalang kering ditiup angin.






















Lama juga berjalan akhirnya kami tiba di stop 20. Juga sangat sunyi. Di sini sebenarnya adalah kawasan private yang dimiliki oleh hotel berdekatan. Kami main ceroboh saja, hahaha mintak maaf ya tuan rumah. Di sini ada bot angsa dan canoe tapi semuanya tak open masa winter.






Main salji di celah celah sampan

Isi snow dalam botol, dengan harapan boleh bawak balik Malaysia tunjuk kat teacher





Daripada stop 20 ke stop 19 agak jauh juga dan perlu melalui terowong. Kami naik ke jalan raya dan menaiki bas saja.

Stop 20
Stop 19 juga sangat sunyi, mana semua orang- orang ni? Di sini ada monkey show theater tapi kami tak masuk pun. Kira kira duit yen tinggal sikit saja. Kami berjalan ke depan sedikit hingga sampai ke bangunan restoran dan cafe. Semuanya tutup. Memang macam ni ke masa winter?

Manhole klasik

Yang ni cantik




Daripada deretan cafe ni kami turun ke tepi tasik. Okay kat sini lapar gila, walaupun sarapan tadi aku dah sumbat macam- macam. Di sini kami berhenti makan lunch. Menu harini nasi putih,kari daging dan telur itik rebus beserta kicap. Sedapnya makan di tepi tasik sambil memandang ke mount fuji!

Tasik yang sunyi

Minah ni tak abis abis lagi main snow

Hidangan hari ini. Masih panas lagi ni. Kicap letak dalam botol shampoo saja.
Last capture of Mount Fuji before heading to Tokyo

Lepas makan tengok jam. Alamak dah hampir jam 12.00. Nampaknya tak sempatlah nak cover keseluruhan Kawaguchi Lake ni. Sebenarnya ada lagi beberapa stop yang aku nak pergi. Stop 18, 17, 16 yang lebih happening. Di sana terdapat beberapa muzium seperti Forest museum dan lain lain. Tapi nampaknya memang tak sempatlah nak singgah. Kami terus menaiki bas pulang ke hotel di stop 11.

Selepas ambil luggage yang kami tinggalkan di hotel tadi, kami menaiki bas ke Kawaguchiko Station untuk ke Tokyo.

Memang best 2 hari di kawaguchi Lake ni. Bagi aku, 2 hari memang tak cukup kalau nak cover keseluruhan Kawaguchi dan Saiko Lake. Banyak tempat- tempat yang kami tak sempat singgah. Tapi takpelah, tujuan utama ke sini pun hanya untuk melihat Mount Fuji depan mata sendiri.

Bagi aku Mount Fuji ni seperti satu entiti bernyawa yang berdiri gagah di bumi Jepun ni untuk memberitahu aku betapa megahnya Tuhan yang mencipta dia. Bagi Sofea, Mount Fuji adalah Ice Cream Mountain yang kehilangan buah cherry seperti yang selalu ditonton di kaca TV. Bagi Fazri pula, ermm...tak tanya pulak. Tapi kalau aku tanya, mesti jawapan dia begini : Mount Fuji is Mount Fuji. It's a fact and you can't never change a fact.

Adios, jumpa lagi di Tokyo!

No comments:

Post a Comment