Winter Wonderland Japan part 1 - Dari Tokyo ke Takayama


22 Januari 2016.

Tarikh ni bermulalah pengembaraan aku anak beranak memburu Samurai di Jepun.

Kami bergerak ke KLIA2 jam 10.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 11.00pagi. Masih awal lagi, jadi tak rush sangat. Selesai check in luggage kami mengisi perut di MarryBrown. Ada juga beli makanan dalam flight tapi kami reserve untuk dinner. Takut sampai sana malam sangat tak sempat nak cari makanan. 

9 hari punya bekalan ni

Sampai airport terus drop luggage untuk mengelakkan lewat.

Say goodbye to Malaysia

Flight ke Tokyo Haneda Airport jam 2.00 petang. Sepanjang flight aku cuba tidur tapi Sofea pula terbeliak mata jadi terpaksalah melayan kerenah dia. Nasib baikla sempat beli story book dan play dough, leka dia main, boleh la aku ngelat layan tidurr sekejap, hehe..Sampai di Haneda Airport jam 10.30 malam. Alhamdulillah flight tak delay. Takut jugak, sebab beberapa hari sebelumnya snow turun di Tokyo dan banyak local flight yang delay.

Mak nak tido, awak mainla sensorang yer..
Lepas imegresen saja kami cari bas limosin ke Sotetsu Fressa Inn yang terletak di Kamata. Kami ingatkan shuttle bus yang gerak daripada airport ke hotel-hotel tu, rupa-rupanya bas biasa saja. Kami membeli tiket di stesyen bas dan menuju ke Kamata Station. Dah jam 12.00 tgh malam. Cuma ada sorang dua je penumpang dalam bas, tapi pemandu tetap punctual dan professional.

Dalam bas di tengah malam, kepenatan.
Sampai hotel kami terus check in dan collect wifi yang dipos ke hotel ini. Sebenarnya hotel ini kami book untuk semalaman saja, sebelum meneruskan perjalanan ke Takayama keesokan hari. Hotel ni berharga RM300/mlm, sangat mahal just untuk tidur kurang dari 7 jam. Apa nak buat...RM300 harga sebuah mimpi yang indah, huhuhu.

Jejak kaki di bilik, masing- masing tak hengat dunia, terus terbungkang tidor. Sakit belakang duduk dalam flight 6 jam. Kan best kalau dapat naik bussiness class. Berangan sangat kan....

Hotel lobby

Wifi

Antara goodies yang diberi oleh hotel semasa check in. I loike..

23 Januari 2016

Esok hari pagi pagi lagi kami dah bangun, mandi- mandi dan terus bergerak dari Kamata Station ke Tokyo Station. Di Tokyo Station kami mengambil JR Pass yang dibeli dari Malaysia. Sangat efficient staff dia ni, sekejap saja dah settle. Dapat saja JR Pass kami berlari lari mencari shinkansen, kalau ikut plan shinkansen ke Toyama akan bergerak sekejap lagi. Train ni banyak pintu, aku dan Fazri masing- masing sibuk cari nonreserve coach. kami berlari dari satu coach ke coach yang lain tapi tak berjumpa yang nonreserve coach. Menggelabah jugaklah sebab train nak bergerak dah. Apabila Fazri bertanya dengan petugas stesyen, rupa-rupanya shinkansen ni tak ada yang nonreserve seat. Tak ada shinkansen yang ada kedua-dua reserve dan nonreserve coach. Ooo begitu rupanya.. Kami terlepas shinkansen tersebut. Bila tengok balik jadual, nonreserved shinkansen tak banyak dan sampai lambat. Jadi kami ambil keputusan untuk reserve seat sahaja bagi shinkansen seterusnya. Reserved seat bermaksud aku terpaksa memangku Sofea sepanjang perjalanan. Takpelah...redho..

Shinkansen yang kami naiki ni akan berhenti di Nagano sebelum ke Toyama. Pada awalnya aku plan untuk singgah di Nagano Snow Monkey Park sebelum ke Toyama. Tapi Fazri tak bersetuju sebab takut terlepas last train dari Toyama ke Takayama. Huhu kecewa sangat tak dapat tengok aksi- aksi snow monkey yang melepak dalam kolam air panas tu..sampai hati Abang F buat beta macam tu..

Tempat duduk yang luas, lagi best dari seat Air Asia.

Shinkansen ni banyak seat kosong, tapi kami tak dibenarkan duduk di seat lain. Haii, terpaksalah aku memangku Sofea sampai ke Toyama.
Sepanjang perjalanan ke Toyama aku cuma perhatikan pemandangan di luar saja. Sebelum sampai ke Nagano Station salji setompok tompok sahaja. Selepas Nagano sahaja terus kiri kanan jadi putih semuanya. Umpama memasuki satu alam lain. Excited betul tengok snow, maklumlah kite tinggal negara garisan khatulistiwa, jumpa snow dalam peti ais lama saja, kepal-kepal letak sirap. Tu pun peti ais modern dah tak ada dah ais kepal.

Di sini tak ada salji lagi

Salji semakin tebal 

Semuanya salji, tak ada apa yang tinggal
Dan akhirnya, yeayy, dah sampai Takayama. Dah lama dah teringin nak ke sini, sebelum ni asyik tengok kat internet saja. Harini dapat juga aku jejak kaki ke daerah yang dipanggil Tall Mountain ni.

Takayama adalah sebuah pekan yang terletak di daerah Gifu. Pekan ini telah wujud sejak Era Jomon lagi, iaitu lebih kurang 12,000 BC. Pekan ini terkenal dengan kehandalan tukang-tukang kayunya yang dikatakan bertanggungjawab membina istana dan kuil-kuil tersohor di Tokyo, Kyoto dan Nara.

Takayama bermaksud "tall mountain", sesuai betul dengan kedudukannya di perkarangan Pergunungan Alps Jepun. Pekan ini menerima salji boleh dikatakan setiap hari sepanjang musim winter. Kedudukannya yang menghadap Lautan Jepun menyebabkan pekan ini mengalami lake snow effect, menjadikannya salah sebuah kawasan yang menerima salji paling banyak dan konsisten di dunia. 

Err, lake snow effect tu ape ya?

Krik..krik..krik.....................................................................

Daripada Takayama Station kami berjalan ke hotel. Alahai dekat sangat Washington Plaza Hotel ni daripada train station, 2-3 langkah saja. Bilik hotel macam biasa standard hotel biasa di Jepun cuma suhu dalam bilik sangatla sejuk! Macam tak ada heater. Aircond pula centralized. Mungkin memang macam ni hotel-hotel kat takayama kot. Kami pun berbaju tebal di dalam bilik, pasrah!.

Depan hotel
Petang masih muda. Kami ambil keputusan untuk keluar meninjau kawasa sekitar hotel. Pemandangan di situ sangat cantik di mata aku. Salji bersepah- sepah di tepi jalan.

Sofea sangat excited nampak snow buat pertama kalinya. Ternampak saja snow yang banyak terus terjun dan buat sommersoult sambil baring. Oh my anak! Aku malu sekejap, sebab kami berada di tepi tempat lalu lalang. Orang lalu terkejut tengok. Hahaha sila lah bersabar ye mama, perangai saya memang macam ni. Aku daripada malu terus terhibur  tengok betapa excited nya dia.. Kami biarkan saja sofea berguling guling dalam salji tu.









Lama juga kami melepak tepi jalan tu. Aku tengok jam, baru jam 6. Kami beredar berjalan melalui satu jambatan berwarna merah yang digelar Nakabashi Brigde. Pemandangan di situ sangat cantik. Rumah - rumah di sini kebanyakannya diperbuat daripada kayu, sangat tradisional. Aku habiskan masa sekejap untuk ambil gambar kenangan di sekitar jambatan.






Di sebalik jambatan tu rumah- rumah orang. Cantik saja pemandangan di situ.




Hari semakin gelap, padahal baru jam 6.30 petang. Kami berjalan pulang ke hotel melalui kedai- kedai di pekan ini. Suasana malamnya juga sangat cantik dan tenang. Tak ramai orang waktu malam-malam macam ni. Kedai- kedai juga banyak yang tutup. Kami singgah membeli strawberry di sebuah pasaraya kecil. Sangat sedap dan manis!

Cantiknya pemandangan di waktu malam




Sampai bilik terus kami makan dinner. Menu malam ni hanyalah mee maggi, makan di bawah selimut haha. Semasa bersiap untuk tidur baru Fazri terperasan tingkap bilik terbuka sedikit. Patutlah sejuk nak mati! Lepas saja tutup rapat tingkap tu baru rasa panas. Nasib baik perasan, kalau tak sampai ke pagi la kami kesejukan.

Malam tu kami tidur saja, bermimpikan keindahan pekan Takayama di malam hari. 






No comments:

Post a Comment