Winter Wonderland Japan Part 7 - The Romantic Town of Nikko





29 Januari 2016.

Pepatah Jepun mengatakan "Nikko wo minakereba "kekkō" to iu na" ataupun dalam bahasa omputihnya "Don't say 'magnificent' until you've seen Nikko", menggambarkan betapa cantiknya Nikko. Itulah yang buat aku terpanggil -panggil nak Nikko ni.

Kami pergi ke Nikko untuk satu hari saja. Sebenarnya kalau nak cover keseluruhan Nikko ni kena pergi 2 atau 3 hari, sebab banyak tempat cantik di sana seperti Tasik Chuzenji dan air terjun Kegon yang dikatakan antara tercantik di Jepun tu. Kami hanya sempat pergi ke area shrine dan temple saja. Huhu, tak ada rezeki la kan, mungkin next time? Waah, ada lagi next time ke?

Daripada Tokyo ke Nikko mengambil masa 2 jam dan train kami dicover oleh JR Pass. Kami terlambat sikit harini, pukul 8pagi baru gerak, itu sebablah banyak tempat tak dapat pergi.

Daripada ramalan cuaca, Nikko pada hari ini mendung dan salji. Tapi apabila sampai ke Nikko, hujan lebat pula turun, ini melambatkan pergerakan kami.

Di Nikko Station kami membeli Nikko World Heritage day Pass berharga 500 yen seorang. Kami menaiki bas hingga ke Togoshu Shrine, destinasi yang pertama. Tiket masuk ke Togoshu Shrine agak mahal, 1300 yen seorang.

Untuk ke main gate shrine ni kene naik tangga, tapi tak de lah curam mana pun. Kami sempat berjumpa dengan dua orang rakyat Malaysia di situ. Sebenarnya dia yang tegur kami dulu, tolong offer gambil gambar family. Mamat Malaysia ni daripada Miri, berkerja sebagai engineer di Jepun.


Naik tangga menuju Toshogu Shrine 

Dapat juga gambar family yang proper, walaupun background tak cantik sangat. Jadilah kan..ada orang baik hati tolong ambil gambar.


Tangga ni menghala ke Pintu Gerbang Yomeimon. Tapi sayang pula, Yomeimon Gate yang popular tu masih lagi under construction, rasanya sampai 2018 baru siap.


Inilah Yomeinon Gate yang tengah under construction tu. Picture from Google. By Nerotaso - Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=17471788
Bila masuk ke kawasan shrine, barulah tau besar juga kawasan ni, berlapis lapis pintu gerbang.

Pagoda di pintu masuk 

Aku tak pula study map dalam shrine ni. Signboard pun dalam Japanese. Jadi kami ronda ronda saja. Kalau nak tanya bangunan apa, memang aku tak tau. Yang pasti, setiap bangunan di sini sangat unik dan sarat dengan ukiran- ukiran yang aku rasa complicated. Bangunan bangunan di sini berkonsepkan buddha dan sedikit shanto. Sebab tula ukiran dia sarat dan berwarna warni. Pandai tukang ukir dia.






Dengan cerita, patung gajah ni diukir oleh tukang ukirnya yang tak pernah pun nampak gajah dan mengukir berpandukan imaginasi dia saja. Okay sangat tu, hampir tepat. Syabbas beta!











Daripada level pertama, kami menaiki sedikit anak tangga ke level kedua. Di sini adalah kawasan main shrine. Cantik betul ukiran- ukiran bangunannya.



Ini pintu masuk ke dalam main shrine.










Bekas bekas mengisi sake



Di main shrine tersebut terdapat pintu antik yang berukir. Pintu ini membawa kami ke laluan ke atas bukit. 


Pintu ke laluan atas bukit

Kami naik saja tangga tersebut, tak tahu menuju ke mana. Tinggi jugaklah bukit ni. Tersemput- semput jugak aku. Lepas tangga pertama ada laluan lagi. Ingat dah habis. Di penghujung laluan tu ada anak tangga lagi. Ceh, tertipu!






Rupa- rupanya anak tangga tersebut membawa kami ke moseleum Tokugawa Ieyasu, yang merupakan pengasas Shogunate (Military Dictatorship) yang memerintah Jepun dalam tahun 1603–1867. Sejarah ringkas mengenai Tokugawa Period boleh dibaca di sini : http://www.britannica.com/event/Tokugawa-period. Memang menarik.



Kami berhenti minum air cokelat yang panas di atas bukit ni, sebelum turun balik ke kawasan shrine tadi.


Semasa di main shrine aku mencari- cari ukiran three wise monkey (hear no evil, speak no evil, see no evil) yang popular tu. Tapi entah macamana aku tak berjumpa. Keadaan yang sejuk dan hujan ni macam tak ada mood sangat nak explore keseluruhan shrine ini. Akhirnya aku jumpa juga ukiran monkey tu, tapi di Google saja la, haha.


Three wise Monkey yang gagal dijumpai, haih. Jumpa kat Google saja. By MichaelMaggs - Own work, CC BY-SA 2.5, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=1607841


Keluar daripda toshogu shrine ni kami hilang arah lagi. Dalam hujan hujan camni susah nak cari arah. Lebih lebih lagi mengangkut luggage yang hyperaktif. Kami berjalan ke jalan besar. Sebenarnya aku nak pergi Futurasan shrine. Tapi kami termasuk Rinnoji temple pula. Memang selama ini kalau masuk ke shrine2 di jepun aku tak pernah masuk main building dia tempat orang sembahyang tu. Tapi di Rinnoji temple, lepas entrance saja terus kami dihalakan masuk ke dalam main temple. Tiada apa di dalamnya selain patung patung buddha. Okay, kami berjalan laju saja sehingga ke exit. 


Kekonon je tu..Tapi sebenarnya peta lah yang aku paling tak pandai nak baca, ahaks


Rinnoji Temple

Dari Rinnoji temple tu kami singgah di waiting building. Di dalamnya ada bilik yang ada heater. Jadi kami apa lagi, memang macam panda la duduk melepek dalam tu. Di luar hujan batu dan sejuk teramat.

Oleh sebab tak ada orang di dalam waiting room ni, kami buka bekalan makanan di sini. Sekali lagi lunch nasi putih, kari daging, relur rebus dan kicap.

Lama menunggu di dalam, hujan tak reda reda juga. Akhirnya kami keluar saja dari situ.


Bukan hujan biasa mahu pun salji, tapi hujan ais, patut laa sejuk sangat..

Kami menaiki bas yang menuju Nikko Station. Kami stop dahulu di Shinkyo Bridge. Ini juga adalah salah satu tempat yang aku listkan.
Shinkyo bridge dikatakan antara 3 jambatan tercantik di Jepun. Menurut sejarahnya, Shinkyo Bridge dipercayai diperbuat daripada 2 ekor ular pada sekitar tahun 778. Shinkyo Bridge disenaraikan sebagai World Heritage pada tahun 1999. Pada mulanya jambatan ini hanya boleh diguanakan oleh orang orang istana imperial. Tapi sejak tahun 1973, ia mulai dibuka umtuk orang ramai.

Shinkyo Bridge ni tutup semasa winter, maksudnya tak boleh melalui jambatan tersebyt untik cross sungai. Kami mengambil gambar dari tepi jalan saja. Semasa di sini hujan telah berganti salji pula.




Cuaca kurang baik hari ini. Hujan bertukar salji dan berkabus.




Di sinilah kami melepak sambil menikmati pemamdangan di Shinkyo Bridge.



Seterusnya kami menuju ke Nikko Station untuk pulang ke Tokyo. Aku batalkan hasrat untuk ke Lake Chujenzi dan Kegon Waterfall kerana hari telah pun lewat. Kecewa juga sebenarnya.




Nikko Station daripada luar







Kecil saja gate dia


-end -
We've been to Nikko!





No comments:

Post a Comment