Winter Wonderland Japan Part 6 - Kota Keriangan Disneyland



Dari kawaguchi ke tokyo mengambil masa 3 jam menaiki 3 train. Sampai di Asakusa sahaja aku terus mencari arah ke apartment. Di Tokyo ni kami duduk di Suga Apartment Residence yang kami book melalui AirBnB. Harganya agak murah, RM200 semalam. Daripada Ginza Metro Station exit 5, aku cuba mencari arah ke arah apartment tersebut. Tapi map yang diberi oleh Momo agak confuse. Aku email ke Momo mengatakan kami tak dapat cari jalan ke arah apartment. Lama jugaklah berbalas email dgn Momo. Aku rasa Momo ni tak paham english sangat. Selama ni pun bila aku email, jawapan dia "Ok thank you" saja. Momo adalah pemilik apartment ini. Aku tak pernah jumpa dia, yang aku tahu, dia pakai kimono, mekap tebal, kuku panjang kaler merah pekat. 

Dalam setengah jam gak la aku berbalas email dgn Momo. Fazri muka dah masam saja, salahkan aku sebab tak tanya betul betul pada Momo sebelum ini. Eh, sebelum ni kalau dia salah jalan salah beli tiket tak de pun aku marah marah, aku relaks saja tolong dia. Tapi takdelah aku bising bising time tu. Tak da gunanya aku marah dia balik, nanti aku stress habis mood cuti cuti Jepun aku. Setelah beberapa lama, akhirnya Momo menyuruh aku mencari Retaurant Coco Curry. Katanya apartment Suga sebelah Coco Curry sahaja. Aku google map Coco Curry dan berjalan ke arah lorong kedai yang ditunjukkan dalam google tu. Masa tu dah pukul 6.30pm. Hari dah gelap dan banyak kedai yang dah tutup. Aku tak jumpa pula restoran Coco Curry tu. Fazri dah berjalan jauh ke depan. Aku tertinggal dengan luggage dan backpack dan Sofea. Nak email Momo pun tak boleh sebab wifi di dalam beg Fazri. Haish geramnya aku!. Dalam pada tu ada seorang gadis Jepun naik basikal menyapa aku.

" Hello, can i help you?"

Fuhh lega aku ada orang sudi menolong. Aku pun bagitau dia aku cari apartment suga yang berdekatan dengan Coco Curry. Terus dia keluarkan handphone mencari arah. Rupa rupanya kami dah dekat dengan restoran tu cuma kami berjalan di lorong belakang bangunan. Patutlah tak nampak. Aku mengucapkan terima kasih kepada gadis itu. Dia berlalu dengan basikalnya selepas mengucapkan selamat bercuti.

Time tu Fazri pun datang terkedek kedek. Aku senyap saja, Aku terus menuju ke arah yang ditunjukkan gadis tersebut. Suga apartment hanya bersebelahan dengan Coco Curry. Fuh lega. Aku mengambil kunci yang ditinggalkan oleh Momo di post box. Apartmentnya di tingkat 3. Masuk apartment saja aku dah kagum. Apartment ni sangat bersih dan banyak compartment. Ada katil double. Meja duduk 3 kerusi. Ruang dapur yang kecil. Dan ruang bilik air. Segala kemudahan lengkap. Ada dapur untuk memasak, microwave, mini fridge, kettle, vacuum dan free portable wifi. Dan yang paling best ada mesin basuh! Terus aku keluarkan baju- baju busuk 3 hari yang kami kumpul dan masukkam ke dalam mesin basuh. Lepas masuk baju aku terkebil2, tak tahu button mana yang perlu ditekan. Lama gakla aku godek2 mesin tu. Siap google lagi how to use japanese washing machine. Nasib baik akhirnya berjalan juga. Apartment ni banyak panel - panel elektrik yang canggih2 sampai kami pun tak tahu untuk apa. Di dalam bilik airnya ada palang di atas bathtub untuk menjemur kain. Kalau aku tekan button di syiling bathtub tu akan keluar angin panas macam drier supaya kain kering. Dan boleh set berapa lama kita nak menjemur. Ooh, macam tu rupanya diorang menjemur kain masa winter dan di apartment kecik. Waah aku jadi macam jakun sikit berada di rumah ni! Banyak lagi button button yang ada tapi aku tak usik sebab tak tahu apa function dia. Keseluruhannya apartment ni memang best. Kalau ke Tokyo lagi aku pasti akan duduk di sini lagi. Sewanya murah berbanding hotel dan ruang apartment nya lebih besar. Kalau tak silap aku Momo ada lagi bebearapa apartment di Asakusa yang boleh tempatkan kumpulan besar.

Ruang masuk apartment.


Dalam apartment :





Malam ni kami duduk di bilik saja sebab dah kepenatan. Fazri dah sampai apartment baru nak tegur tanya itu ini. Niat aku awal nak bagi Thai massage kat Fazri terus cancel. Merajuk, hahaha. Pergilah sana awak sapu yoko yoko sorang- sorang.

28 Januari 2016.

Hari ini kami keluar lambat, jam 10.30am. Kami akan ke disneyland tokyo dan bercadang berada di sana sehingga malam. Sebenarnya aku taklah beriya untuk ke sana. Tujuan ke Disneyland adalah untuk Sofea. Dari Asakusa ke Disneyland Tokyo mengambil masa dalam 30 minit.

Disneyland semasa winter tak begitu crowded. Lagi lagi weekday. Kami beratur sekejap saja membeli tiket yang berharga 6900yen dewasa dan 4500 yen kanak kanak. Sebelum masuk kami perlu melalui automatic gate. Di sini petugas Disneyland akan memeriksa dalam beg kami. Tak boleh bawa makanan masuk ke Disneyland. Aku ada bawa kacang dan coklat untuk kudapan, Berjaya sorok dalam lipatan sweater. 

Pintu masuk . Tiket dibeli di sini.

Ini kali pertama aku masuk disneyland. Fazri kata sama saja macam Disneyland Paris dan USA. Selama di dalam ini kami banyak menghabiskan masa di Fantasyland saja, yang aku kira permainan dia lebih sesuai untuk Sofea.

Map Disneyland

Masuk masuk saja area disneyland, terus budak kecik ni nampak belon. Sofea memang tak menoleh lain lah. "Apa- apa hal baik aku paw ayah dulu.



Okay, ayah tak boleh buat apa, budak ni memang sawan kalau nampak orang jual belon. Ayah terpaksalah keluar duit beli. Kalau kat Malaysia ni memang aku bolayan saja. harga belon berharga 1000yen! Mahal nak mati, aku boleh kenyang makan dua kebab dengan harga belon ni.







Ko pikir lah sendiri macamana cara nak bawak belon besar ni naik flight karang.




Di Fantasyland kami naiklah ride yang standard tu macam carousel dan tea party cup.  Kami masuk juga ke 3D Mickey Philar Magic. Yang tu best.

Makan popcorn dulu. Lapar dah












Baru naik beberapa ride, aku dah lapar. Makan popcorn bukannya kenyang mana pun. Tengok jam dah pukul 2 lebih. Patutlah. Kami singgah di sebuah pizza cafe dan membeli seafood pizza. Dapat juga mengisi perut.


Stop makan dulu

Perut dah terisi sambung main lagi.

Its a small world pun best juga.



Tapi macam creepy tengok patung ni menari. Tiba tiba teringat cerita Chucky.


Keluar dari its a small world ride kami terdengar announcement frozen winter parade akan bermula. Aku pun mencari tempat duduk untuk menonton parade tu. Yang seronok menonton adalah Sofea.



Frozen Fantasy Winter Parade:






Habis winter parade, kami menaiki beberapa lagi ride yang aku tak ingat sangat, sebab macam biasa- biasa saja.







Daripada Fantasyland kami singgah di restoran membeli fries dan hot coco. Itu saja lah dinner kami malam itu. Selepas dinner hari dah gelap. Kami masuk ke ToonTown dan Tommorow Land. Kami dah penat juga masa ni. Sebenarnya penat dah beratur tunggu turn. Macamana lah orang -orang Jepun ni boleh bersabar beratur berjam- jam semata- mata nak naik ride. Kami ambil keputusan hanya berjalan jalan saja melihat sekitar. Lagipun ride di sini lebih sesuai untuk remaja berbanding Fantasy Land yang sesuai untuk kanak kanak.


Kami berjalan balik ke hadapan cinderella castle. Di sini kami mencari tempat untuk menonton Disney Illumination Parade pula.



Cinderella castle at night











Parade ni habis dalam jam 7.00 petang. Aku berkira kira untuk stay menunggu fireworks jam 8.30 malam. Tapi macam lambat pula. Kami ambil keputusan untuk pergi ke Euno membeli dinner dan pulang ke apartment.

Secara keseluruhannya sofea sangat seronok berada di Disneyland. Yang ralatnya  kami tak jumpa pun dengan karakter- karakter Disney untuk bergambar. Ada Minie Mouse di hadapan gate siang tadi tapi ramai sangat yang beratur. Dalam Fantasyland kami tak jumpa pula.



Sebelum menaiki train pulang

No comments:

Post a Comment