Winter Wonderland Japan Part 2 - Ke Shirakawa - Go Village Kita


24 Januari 2016.

Kalau ke Takayama, rugi rasanya jika tak berkunjung ke Shirakawa Go Village. Pagi itu kami bersiap awal. Plan ke Shirakawa Go tetap diteruskan walaupun cuaca dijangka mendung dan salji lebat akan turun. Tak ada masa kalau nak pergi esok. Kami ke stesyen bas Nohi yang berhadapan dengan Takayama Train Station. Tiket return ke Shirakawa Go berharga 4420 yen seorang untuk round trip. Harga dia sama saja sama ada kita reserve seat atau tidak. Kanak kanak bawah 6 tahun adalah percuma.

Stesyen bas Nohi. Platform 2 ni untuk bas ke Shirakawa Go Village.

Sempat lagi kuis kuis snow sementara tunggu bas datang 
Perjalanan ke Shirakawa Go mengambil masa selama 1 jam melalui highway. Sepanjang perjalanan hanya ada hutan salji dan terowong - terowong yang merentasi bukit bukau. Ada 13 terowong yg aku sempat kira. Tak termasuk yang aku terlelap atau berangan. Patutlah tambang mahal, agaknya nak cover kos tebuk bukit ni kot.

Kami sampai ke Shirakawa Go jam 10 pagi. Salji turun dengan lebat masa tu. Parking lot untuk bas ni pula tak ada bumbung. Keluar dari bas je kami bergegas ke tourist information centre yang berdekatan. Kecik je bangunan dia. Cuma ada kaunter, toilet dan waiting room yang kecil. Di sini kami bersiap pakai glove dan mafla. Time ni baru aku perasan skii glove untuk Sofea hilang. Seingat aku tertinggal dalam bas tadi. Fazri berlari ke dalam bas mencari tapi tak ada. Huhu sian la budak ni nanti pegang snow tak berglove. Aku pakaikan juga glove wool biasa yang aku sentiasa bawa. Kami tinggalkan stroller di bangunan ni sebab aku rasa tak mungkin aku nak nak tolak stroller dalam salji tebal ni. Ada coin locker disediakan di sini tapi kami tak guna dengan beranggapan tak ade orang nak ambik stroller tengah tengah kampung salji ni.


Bus Park
Daripada parking bas ni kami perlu menyeberang sungai Shokawa melalui Shirakawago Suspension Bridge (Deaibasi Bridge) untuk sampai ke Shirakawa Go Village.  Salji tengah lebat nak ambik gambar pun tak nampak apa sangat.

Suspension Bridge 

Lepas jambatan saja aku jadi lost tiba tiba, padahal dah study map beberapa kali sebelum datang. Mungkin dengan keadaan salji yang turun lebat dan semua arah pun nampak macam sama saja. Kami ambil keputusan untuk berjalan saja tanpa arah tujuan. Of course la Encik Fazri buat muka kelat.

Inilah map Shirakawa Go Village. Dah kaji banyak kali pun masih blurr lagi.
Suasana kampung yang dilitupi salji memang sangat cantik. Sofea sekali lagi jakun dan berbaring baring atas salji di tepi tepi jalan. Aku biarkan saja, lepas ni tak tau bila boleh ke sini lagi kan. Kami singgah masuk ke sebuah kedai Souvenir, bukan untuk beli barang, tapi nak panaskan badan, hehe. Tapi biasalah, kalau masuk kedai souvenir mulalah budak kecik ni rambang mata. Perangai tiba- tiba jadi behave semacam dan muka pun manis saja. Selalunya memang ada maksud tertentu.

Tengah pujuk ayah nak beli patung Sarubobo. Dah agak dah..
Setelah ayahnye terpedaya dan anaknye berjaya dapatkan barang yang dia nak, kami keluar dari kedai dan berjalan lagi, sehingga aku ternampak signboard Wada House. Kami masuk ke Wada House dengan entrance fee sebanyak 300 yen. Masuk dalam je terus lari ke heater julurkan kaki. Sejukk weii.

Signboard ke Wada House 
Family Wada ni adalah yang terkaya di kampung ni satu masa dahulu. Rumah mereka adalah yang paling besar di sini. Wada ni kirenye ketua kampung ni la dulu. Rumah mereka ni adalah pusat untuk membuat raw silk dan nitrate yang digunakan untuk membuat gunpowder. Sekarang tiada orang yang duduk di sini dan Wada house telah dijadikan muzium.

Ruang utama 

Tangga ke tingkat dua 

Tingkat Atas. Kagum aku tengok binaan rumah ni yang dibuat dari solid wood. Lantai tingkat atas ni sangat sejuk, perlu pakai selipar untuk ke sini

Ini adalah Wada House daripada luar, kalau tak silap aku. Time snow tebal ni semua rumah nampak sama saja.


Keluar dari Wada house kami berjalan lagi tanpa haluan. Aku snap gambar sana sini manakala Fazri melayan Sofea bermain snow.



Jalan punya jalan kami sampai ke Kanda House pula. Kami masuk dengan bayaran sebayak 300yen. Sebenarnya Kanda dan Wada ni adalah bersaudara. Encik Kanda adalah Anak kedua Tuan Wada. Encik Kanda telah menukar nama keluarga dia kepada Kanda (Divide Rice Field) sempena tapak rumah Kanda yang sebelum itu adalah sawah padi. Kemudian Encik Kanda mengupah tukang kayu daripada Ishikawa untuk membina rumah di tapak sawah padi ni. Proses membuat rumah ni mengambil masa 10 tahun untuk siap! 

Seperti rumah- rumah Gassho lain di Shirakawa Go, Kanda House juga menternak silkworm di tingkat atas, selain menghasilkan nitric acid yang digunakan sebagai gunpowder. 

Kanda House 
Di dalam Kanda House kami diberi minuman teh panas percuma. Rumah ini ada 3 tingkat dan attic. Fazri dan Sofea duduk di bawah saja sementara aku naik ke tingkat atas. Dari tingkat atas sekali boleh melihat pemandangan sekitar kampung.

Pemanas badan di ruang masuk

Minum teh dulu

Ruang tamu. 

Tingkat 2

Pemandangan daripada attic di Kanda House. Di sini boleh nampak sebahagian daripada kawasan kampung.

Selepas memanaskan badan barang sesuhu dua, kami keluar dari Kanda House. Masa tu ribut salji mula melanda. Pergerakan kami menjadi semakin terbatas. Kami ambil keputusan berjalan pulang saja ke parking bas. Lagi pun dah lama jugalah kami di sini, lebih 3 jam dah. Kami berjalan sambil melayan pemandangan winter wonderland di Shirakawa Go hingga sampai ke parking bas.














Menyeberang jambatan sekali lagi untuk ke parking bas 




Shirakawa Go Tourist Information Centre. Kami makan lunch di sini sebelum pulang ke Takayama.

Kami menaiki bas pulang ke Takayama jam 3.30 petang. Dalam perjalanan aku tidur saja, dah penat nak kira terowong. Shirakawa Go akan menjadi satu tempat yang aku tak akan lupa sehingga bila- bila. Berada di sana umpama memasuki satu alam lain yang dipenuhi salji. 

Yes, winter wonderland does exist!



No comments:

Post a Comment