Travel Bersama Anak Kecil


Memang memenatkan. kadang-kadang rasa macam nak tinggalkan kat rumah je, tapi rasa bersalah je kan..Kalau bawak pula, memeningkan kepala.

Ada anak-anak yang baik, senyap je tak banyak masalah, dalam flight/train boleh behave. Ada pula anak -anak yang cranky, yang hyperactive, macam anak aku. tak boleh duduk diam sekejap, tak boleh bising -bising (tapi dia bising takpe), rasa nak lempang je kan..

Aku mula bawa Sofea travel sejak umur dia 6 bulan. Awal- awal tu bawa dia ke tempat yang dekat-dekat sahaja, masa tu kami ke Langkawi, naik flight pun 1 jam saja, tak berani pergi jauh-jauh. Berdasarkan pemerhatian aku terhadap anak aku yang sorang ni, aku dapat simpulkan beberapa perkara penting yang perlu diambilkira semasa travel bersama.

Persediaan keperluan dari rumah

First of all..persediaan dari rumah. Memang nak menyediakan barang-barang anak-anak untuk travel ni satu azab. Terlampau banyak barang nak dibawa. Bagi aku takde masalah nak bawak semua kelengkapan, tapi cara nak memilih barang tu yang penting. Barang- barang yang dibawa perlulah RINGAN, KOMPAK, DAN TRAVEL-FRIENDLY. Barang-barang travel friendly ni selalunya lebih mahal sket, tapi kualiti dia superb. Personally aku tak kesah nak melabur untuk barang-barang ni, sebab kita akan sentiasa guna untuk travel ke mana- mana.

Makanya persediaan untuk anak-anak sebelum travel:

Pakaian

Baju dan seluar/underwear : Depends kepada musim. 
  • Kalau musim panas bawa baju nipis saja, preferably dari jenis cotton yang serap peluh dan ringan. Bagi aku, tak perlu nak dressing anak-anak beria-ria sangat. Jeans pada aku sangat tak sesuai di negara- negara tropical yang panas, sian budak-budak tu berpeluh-peluh kat dalam. Kalau ada duit lebih, boleh beli baju/seluar dari kain yang travel friendly, Contohnya brand Coolmax (polyester) atau Cordura (nylon) yang ringan, serap haba dan cepat kering. Kalau winter pulak, ikutlah protokol winter (3 layers) tu, dan jeans sekali lagi tak sesuai. Better pakaikan mereka dengan warm-lining pants.
Summer time in Goldcoast
  • Beanie-mafla/mittens/ear- puff untuk winter. manakal hat dan sunblock untuk summer. Budak- budak senang cranky kalau terlampau sejuk atau terlampau berpeluh.
  • Winter boot (ankle boot) + wool/fleece sock untuk winter manakala untuk summer pakaikan je sandal ataupun breathable snickers (untuk walking purpose). Semasa sejuk, kite punya tangan dan kaki yang akan terasa sejuk dahulu baru diikuti dengan badan. Make sure tangan dan kaki anak-anak selesa dan warm sebelum memulakan exploration. Pengalaman sendiri di mana anak tak berjalan langsung sebab tangan & kaki sejuk. Masa tu musim spring je pun, pakaikan die snickers biasa, rupanya tak cukup warm.
Untuk anak yang menyusu ;

Bagi yang menyusu badan, senanglah, tak payah pening- pening fikir. Untuk yang minum formula milk, banyak bende yang kene disediakan.
  • Thermos : Sebagai bekalan air panas di airport/flight dan semasa berjalan. Aku memang bawa thermos kosong ke mana-mana. Kebanyakan airport ada sediakan air panas kat baby room. Kalau dalam flight boleh mintak attendant. Cuma kalau nak keluar berjalan kene bawak air panas sekali takut tak ada especially tempat-tempat yang terpencil.
  • Botol susu : Untuk travel, aku biasa guna botol susu khas. Pilihan aku adalah botol susu brand Nuby. Botol ni datang bersama liner. Liner dia dibuat dari platik (BPA free) dan disposable. Puting susu dia tak disposable. Cara nak guna, pasang liner dalam botol, bancuh susu macam biasa dan tutup botol, shake shake dah boleh bagi budak minum. So far aku gune botol ni susu xpernah leak.  Botol susu ni berguna dalam flight atau keluar berjalan. Aku perlu bawa satu botol dan 2-3 liner (depends berapa jam skali budak -budak menyusu). Bila budak dah abis susu, liner boleh buang dan ganti baru, guna botol yang sama. Cume puting tu kene basuhla sebelum guna balik. So tak payah la nak bawak 2-3 botol dalam bag. Brand ni yang aku rasa senang nak jumpe kat Malaysia. Aku selalu beli kat Anakku Alamanda. Brand lain tak pernah cuba. 
                  

  • Powder milk dispenser. Ini standard la kan. Tapi pilih la yang paling compact dan ringan untuk travel.
Kalau nak lagi senang, train anak-anak stop susu botol. Anak aku dah lima tahun, so far dah kurang susu botol. Aku bagi susu kotak je sekarang, hehe.

Lain -lain keperluan 
  • Wet tissue (mini pack)
  • Plastik sampah. biasalah mana tau anak anak termuntah ke, terkencing kat seluar, tertumpah makanan ke. Multipurpose Plastic Tesco atau Giant selalunya nipis, ringan tapi tak mudah koyak.
  • Travel towel. Penting gak ni, kalau kalau anak termuntah/terkencing masa dalam flight atau pun semasa di luar hotel. Cadangan aku adalah beli travel towel yang ringan, nipis, dan serap air. Brand pilihan aku dalah Lifeventure travel towel. Ada beberapa size ikut kesesuaian anda. Sangat nipis dan serap air lebih banyak dari towel biasa dan cepat kering.  
  • Stroller. pemilihan stroller adalah sangat penting bagi tujuan travel. Perkara yang aku selalu ambilkira adalah RINGAN, TAHAN LASAK, COMPACT. Sekarang aku tengok macam- macam brand stroller untuk travel. Sekarang aku tengah guna Mclaren Mark II. Aku suka stroller ni sebab ringan (4kg) dan sturdy dan seat dia boleh tampung anak aku yang dah termasuk dalam kategori baby tua. Tapi baru baru ni aku macam minat satu stroller brand Pockit yang dikatakan world smallest stroller. Tak sempat nak survey lagi, ada sesiapa yang dah beli boleh la sharing-sharing info.
              

Goodbaby Pockit stroller, macam best kan



Persediaan sebelum/ semasa naik flight/train/kereta jarak jauh

Budak- budak, mana boleh tahan duduk lama-lama kan, terutamanya dalam ruang yang sempit macam dalam flight. kecualilah kalau kita bagi dia ipad ke, memang berjam-jam lah menghadap bende tu. Tapi, kalau boleh aku taknak jadikan tu sebagai habit, sampai satu masa anak anak dah tak teruja dan taknak ambik tau keadaan dunia luar.

Untuk mengurangkan keadaan tidak terkawal semasa dalam flight :
  • Ambil flight malam. Kalau boleh aku akan dapatkan flight malam dan sampai destinasi pagi. Sebelum naik flight, aku akan pastikan anak aku tak tido, bawak dia pegi playground ke supaya dia penat. So bila masuk flight dia akan keletihan dan tidur sepanjang perjalanan. Make sure perut dia kenyang supaya si manja boleh tido lena, chewah..Bile anak dah tido, korang pun kenela tido gak, jangan nak layan movie pulak..Mak- mak juga perlu cukup rehat dan tido sebagai persediaan menghadapi kerenah budak-budak masa berjalan nanti..
  • Kalau tak dapat flight malam dan perlu naik flight siang, Jangan paksa lak budak- budak ni tido kalau diorg tak nak tido. melainkan mereka ni jenis biasa tido petang dan malam. Kalau diorang taknak tido, bagi permainan/buku/colour untuk buat diorang leka. Tips yang paling berguna bagi aku, sebelum berlepas, aku akan beli mainan baru untuk anak. Budak- budak biasanya suka toys baru dan jangkamasa excitement dengan toys baru lebih lama dari toys lama. Tak payah beli yang mahal-mahal. Cukup beli mini playdough, stickers, colourig book + pencil colour, mini story book etc. Semasa travel, jangan bagi semua sekaligus. bagi satu persatu supaya diorang sentiasa excited dengan toys baru. Ini sebenarnya adalah teknik mengumpan, tapi efektif untuk anak aku, hua hua hua..
Lekakan anak dengan aktiviti mewarna semasa menunggu di airport

  • Pastikan juga bawa bekalan makanan untuk budak-budak (dan juga bapak budak) semasa dalam flight untuk mengelakkan kelaparan..
Persediaan berjalan- jalan di luar hotel

Aku rasa inilah yang paling mencabar keimanan aku sebagai mak seorang budak manja. Sampai sekarang aku masih mencari formula yang berkesan untuk pastikan anak aku enjoy semasa travel.

Pemilihan destinasi
  • Aku rasa yang penting skali adalah pemilihan tempat yang sesuai. Yelaa, dalam satu keluarga citarasa tak semestinya sama. Macam laki aku suke tempat- tempat yang aman - damai tanpa rombongan bendera. Tempat shopping- shopping is a NO-NO-NO. Aku pulak lebih terbuka. mana- mana tempat aku suka (kecuali muzium). Budak- budak biasanya suka main pasir tepi pantai, playground, zoo..So pandai-pandai buat perancangan supaya tempat-tempat yang dikunjungi boleh cater semua keperluan ahli keluarga.
Sesekali bawak anak ke theme park

  • Kalau berjalan dengan anak kecil, pastikan jadual tak terlalu pack. Macam aku, selalunya akan tetapkan 2-3 tempat sahaja sehari. Ini untuk mengelakkan kite terkejar-kejar masa/train/bus dan membuatkan kite tension. Bile dah tension dan penat, dengar anak merengek pun dan naik darah nanti.
Semasa berjalan
  • Dah cerita kat atas, masa berjalan, harus dipastikan anak-anak cukup tidur dan makan, cukup selesa dengan baju yang sesuai
  • Bawa stroller, so kalau diorg penat berjalan boleh duduk dalam stroller. Aku masih lagi tak boleh train anak aku jalan lama. rasanya jalan 10 minit dia dah penat. Mungkin kene train dia jogging kat taman hari-hari kot.
  • Makanan ringan. Pastikan sentiasa ada dalam beg, terutamanya musim sejuk, sebab budak- budak akan cepat lapar. Makanan yang sesuai adalah nuts dan coklat bar sebagai penambah tenaga. Sebelum pergi aku akan bawa segala jenis nuts kegemaran si kecik seperti almond, cashewnut mix dengan raisin dan pack kecik- kecik. Satu hari bawak satu paket. Boleh gak bawak buah-buah tapi leceh nak potong. Kalau boleh elakkan keropok ringan sebab kandungan garam yang tinggi, budak-budak akan cepat haus dan penat. Bawak air kosong yang banyak juga untuk elakkan dehydration. Jangan bagi air teh/nescafe/chocolate sebab kandungan kaffein yang tinggi akan menyebabkan mereka- terkencing-kencing dan dehydrated. Air gas pun elakkan sebab gula yang terlalu banyak pun boleh sebabkan dehydration.
  • Lekakan anak-anak semasa berjalan. Aku akan bagi anak aku satu kamera kecik (kamera lama yang murah) untuk dia guna. Suruhlah dia ambik gambar binatang/bangunan/gamba aku & boyfriend. Bende ni pun boleh membuatkan anak-anak excited dan rasa dia pun penting dalam misi travel ini.

Kerjasama Ibu Bapa

Ni sangat penting sekali. Bapak- bapak janganlah nak lepas tangan dan berlagak macam raja pulak kan. Nak harapkan mak-mak yang pack barang. mandikan anak, siapkan makan minum, layan anak lagi. Tu belum lagi nak cari train, tanya orang masa sesat, cari jalan lagi. Hey baik I pergi travel sensorang je dari bawak you anak beranak tau. Kalau mak mandikan anak, bapak pandai-pandailah sediakan breakfast dan pack barang..kalau mak sibuk carik train atau tanya jalan, bapak kenela layan anak yang merengek tu, jangan tgk fb je atau bagi anak main ipad je, gitew...Apa yang penting, kerjasama!!

So far, aku rasa inilah tips yang rasanya agak menjadi untuk anak aku. Aku masih lagi belajar cara- cara terbaik untuk travel dengan anak- anak kecil. Kalau ada sesiapa yang ada tips- tips lain yang berguna boleh la share dengan aku ya?




4 comments:

  1. Anak sy travel ok je.part naik aeroplane tuu,fobia tempit sempit kut. Memang byk kali dah. Dah besar ni pn masih menangis2 nk turun kalau naik aeroplane �� kalau ingat balik mmg fobia nak travel tp tu laaa hati nak g berjalan haha

    ReplyDelete
  2. kat mane nak beli btl susu nurby tu ya..

    ReplyDelete
  3. Bagusnya ada tips macam ni. Dan betul juga, better ambil flight malam. Thanks sebab share.

    ReplyDelete
  4. boleh share tak kat mana boleh beli botol nuby + liner tu. dah try search shopee, lazada tak jumpa pula. sy ibu yang susah kalau nak beli brang walkin. kebanyakan barang baby semua beli online.

    ReplyDelete